Kajian menunjukkan 
kira-kira 60 peratus daripada kehamilan adalah tidak dirancang. Proses 
kehamilan yang tidak dirancang dapat dicegah dengan menjalankan aktiviti
 pendidikan kepada pasangan suami isteri tentang kaedah kontraseptif 
(pencegah hamil) yang dapat diamalkan dan bersesuaian dengan cara hidup,
 kepercayaan serta kehendak pasangan tersebut.
 Konsepsi
 adalah penyatuan telur (wanita) dan sperma (lelaki). Kontrasepsi adalah
 pencegah kehamilan secara sukarela. Agen, alat atau kaedah kontraseptif
 dapat mencegah konsepsi dengan menghalang proses persenyawaan atau 
mencegah atau memperlambatkan percantuman sperma dan telur. 
Permilihan
 kaedah kontraseptif yang terbaik bergantung kepada beberapa faktor 
seperti tahap kesihatan wanita, umur wanita, kekerapan hubungan seks dan
 kehendak pasangan suami isteri untuk mendapatkan anak. 
 Kaedah kontraseptif yang boleh diamalkan 
Kaedah
 kontraseptif yang dipilih mungkin berubah dari semasa ke semasa. Antara
 faktor yang menentukan pilihan kaedah kontraseptif ialah kesesuaian 
dengan cara hidup pasangan suami isteri, keberkesanan kaedah, ciri 
keselamatan dan kemampuan untuk mengamalkan kaedah tersebut. 
 1. Pil Kontraseptif 
Wanita
 kerap mengambil pil kontraseptif secara oral sebagai langkah pertama 
mencegah kehamilan. Pil-pil yang berada di pasaran mengandungi 
hormon-hormon estrogen dan progestin atau mengandungi hanya hormon 
progestin. 
Pil
 kontraseptif dalam bentuk kombinasi hormon dikatakan dapat mencegah 
penyakit inflamasi pelvik dan kanser ovari dan endometrial. Pil jenis 
ini selamat bagi kebanyakan wanita kecuali wanita yang merokok atau yang
 mempunyai serjarah keluarga yang berpenyakit jantung. Wanita-wanita ini
 mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung jika 
menggunakan pil kontraseptif. 
Wanita-wanita
 yang mempunyai sejarah penyakit kanser payu dara atau endometrial dan 
darah beku juga tidak dibenar menggunakan pil tersebut. Antara kesan 
sampingan yang boleh dilihat mual, sakit kepala, peningkatan berat 
badan, sakit pada bahagian payu dara, pendarahan dan masalah tekanan. 
Pil
 kontraseptif yang hanya mempunyai hormon progestin tidak akan 
menyebabkan masalah pembekuan darah. Pil jenis ini sesuai untuk wanita 
yang menyusukan anak dan mereka yang tidak boleh mengambil hormon 
estrogen disebabkan sakit kepala, atau darah tinggi akibat estrogen. Pil
 yang hanya mengandungi progestin akan menyebabkan perubahan haid, 
peningkatan berat badan dan sakit pada bahagian payu dara. Adalah 
dianggarkan sebanyak 0.5% (1 dalam 200) wanita akan hamil jika pil 
diambil secara konsisten dan betul. 
2. Suntikan Progestin dan Progesteron 
Kehamilan
 boleh dicegah sehingga tempoh tiga bulan dengan suntikan Depo Provera. 
Depo Provera mengandungi hormon yang hampir serupa dengan progestron. 
Penggunaan Depo Provera berkesan kerana wanita hanya dikehendaki 
berjumpa dengan doktor atau jururawat untuk mendapatkan suntikan setiap 
tiga bulan. Faedah dan kesan sampingan Depo Provera adalah serupa dengan
 pil kontraseptif yang mengandungi progestin. Bagi wanita yang memilih 
kaedah ini, dianggarkan sejumlah 0.3% (3 dalam 1000) akan mengalami 
kehamilan yang tidak tidak dirancang dalam tahun yang pertama. 
 3. Implan 'Norplant" 
 Implant
 "Norplant" adalah hormon progestin sintetik. Ia terdiri daripada enam 
kapsul kecil yang fleksibel (sebesar batang mancis). Kapsul-kapsul ini 
ditanam di bawah kulit lengan bahagian atas. Ia boleh mencegah kehamilan
 secara berkesan selama lima tahun. Bagi wanita yang memilih kaedah ini,
 dianggarkan sejumlah 0.1% (1 dalam 1000) akan mengalami kehamilan yang 
tidak dirancang dalam tahun yang pertama.
Implant
 "Norplant" adalah hormon progestin sintetik. Ia terdiri daripada enam 
kapsul kecil yang fleksibel (sebesar batang mancis). Kapsul-kapsul ini 
ditanam di bawah kulit lengan bahagian atas. Ia boleh mencegah kehamilan
 secara berkesan selama lima tahun. Bagi wanita yang memilih kaedah ini,
 dianggarkan sejumlah 0.1% (1 dalam 1000) akan mengalami kehamilan yang 
tidak dirancang dalam tahun yang pertama. 
 4. Alat Instrauterin (IUD) 
Alat
 ini berbentuk 'T' dan dimasukkan ke dalam uterus oleh doktor. Ia adalah
 alat yang fleksibel. Ia mengganggu pergerakan sperma dalam ruangan 
uterin. Terdapat dua jenis IUD: 
- Paragard Copper T 380A yang melindungi terhadap kehamilan selama 10 tahun.
- Progestasert Progesterone T yang perlu diganti setiap tahun.
Dianggarkan 3-5 peratus wanita akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun yang pertama. 
 5. Span (Sponge) 
Span
 mengeluarkan gel spermisida dan bertindak menghalang serta membunuh 
sperma atau merencatkan pergerakan sperma sebelum sampai ke serviks dan 
masuk ke uterus. Span boleh dimasukkan beberapa jam sebelum melakukan 
hubungan seks dan boleh dibiarkan selama 12 jam selepas melakukan seks. 
Wanita yang mempunyai alahan terhadap nonoksil-9 tidak boleh menggunakan
 kaedah span. 
 6. Diafram 
Saiz
 diafram boleh diubah oleh doktor untuk disesuaikan dengan wanita 
tersebut. Ia bertindak menghalang sperma daripada memasuki uterus. 
Spermisida digunakan bersama diafram untuk membunuh sperma. Diafram 
boleh dibiarkan selama enam jam. Bagaimanapun, spermisida perlu 
digunakan jika hendak melakukan persetubuhan lagi atau melakukan 
hubungan selepas enam jam yang pertama. Diafram tidak boleh ditinggalkan
 di dalam faraj lebih daripada 24 jam kerana dikhuatiri boleh mendapat 
sindrom kejutan toksik (TTS). Dianggarkan sebanyak enam peratus 
kehamilan akan berlaku jika ia digunakan dengan betul dan konsisten. 
 7. Penghalang serviks (Cervital Cap) 
Ia
 hampir serupa dengan diafram. Ia juga dapat diubah saiz mengikut 
individu. Spermisida diperlukan bersama dengan penghalang serviks. Ia 
boleh mencegah daripada hamil bagi tempoh 48 jam dan dalam tempoh ini 
aktiviti seks boleh diulangi. Ia tidak digalakkan untuk digunakan lebih 
dari 48 jam kerana risiko kejadian sindrom kejutan toksik meningkat 
serta boleh menghasilkan bau dan lendiran (discaj) yang busuk. 
Dianggarkan sebanyak 9% kehamilan akan berlaku jika ia digunakan dengan 
konsisten dan betul. 
 8. Spermisida vagina (Vaginal Spermicides) 
Ia
 dijual dalam bentuk krim, aerosol (foam), filem, pesari, supositori 
atau tablet. Ia mengandungi bahan kimia yang mampu membunuh, merencat 
pergerakan sperma dan mengurangkan keupayaan sperma bersenyawa dengan 
telur. Bagaimanapun, keberkesanannya mencegah kehamilan diragui kerana 
peratusan kegagalan agak tinggi. Oleh itu, ia mesti digunakan secara 
kombinasi dengan kaedah kontraseptif yang lain. Wanita yang memilih 
kaedah ini harus mengikut arahan penggunaan seperti yang tercatat di 
atas label. Spermisida hendaklah dibiarkan berada dalam faraj selama 6-8
 jam (jangan basuh) selepas hubungan seks untuk memastikan semua sperma 
mati. Jika ia digunakan dengan cara yang betul dan konsisten, 
dianggarkan enam peratus daripada wanita yang menggunakannya akan hamil.
 
 9. Kaedah semulajadi (Natural Family Planning) 
Pasangan
 suami isteri yang memilih kaedah ini harus memastikan tempoh kesuburan 
wanita. Kaedah ini biasanya digunakan bagi pasangan yang tidak ingin 
mengambil apa-apa ubat. Pasangan yang memilih kaedah ini tidak boleh 
melakukan seks pada hari-hari yang dikatakan 'subur' (masa ovulasi). 
Kaedah ini menganggarkan perubahan mukus membran serviks dan suhu badan.
 Terdapat empat jenis kaedah; kalendar, suhu badan basah, kaedah mukus 
seviks dan kaedah simptomtermal. 
 10. Azal (Withdrawal) 
Keberkesanan
 kaedah ini bergantung kepada keupayaan suami mengeluarkan kemaluannya 
dari faraj sebelum ejakulasi (pengeluaran air mani). Jika teknik ini 
diamalkan dengan betul dan konsisten, jumlah kehamilan dianggarkan 
sebanyak empat peratus. 
 Ketidaksuburan dan tiada haid akibat penyusuan (Lactational Amenorrhoea Method (LAM) 
Wanita
 yang menyusu sepenuhnya boleh mencegah kehamilan sehingga enam bulan 
selepas bersalin jika haidnya masih belum dialami. Aktiviti penyusuan 
akan menekan proses ovulasi. Ia sangat berkesan jika digunakan dengan 
betul. Kaedah ini berfungsi dengan menghalang telur daripada dihasilkan 
oleh ovari. Jika penyusuan dihentikan atau wanita teleh mengalami haid 
semula, kaedah pencegahan hamil yang lain perlu digunakan. 
 11. Pembedahan (Surgical Sterilization) 
Kaedah
 pemandulan ini dipilih hanya apabila pasangan suami isteri telah 
bersetuju untuk tidak mahu hamil dan mempunyai anak lagi. Kaedah ini 
dapat dilakukan ke atas suami ataupun isteri. Kaedah ini bukanlah kaedah
 yang sementara untuk mencegah hamil. Pembedahan akan menutup tiub yang 
menghasilkan sperma (lelaki) atau telur (wanita). Kaedah ini amat 
berkesan bagi mencegah kehamilan. 
 12. Kondom 
 Kondom
 diperbuat daripada sama ada getah, plastik atau membran semula jadi. Ia
 patut digunakan bersama-sama kaedah kontraseptif yang lain seperti 
spermisida. Penggunaan pelicin bersifat minyak harus dielakkan kerana ia
 boleh merosakkan kondom. Apabila ingin menggunakan kondom, hanya salah 
seorang daripada pasangan suami isteri yang boleh menggunaan kondom pada
 waktu melakukan hubungan seks. Kondom hanya boleh digunakan sekali 
sahaja dan tidak boleh digunakan semula. Dianggarkan sebanyak 3-5 
peratus kehamilan akan berlaku jika ia digunakan dengan betul dan 
konsisten.
Kondom
 diperbuat daripada sama ada getah, plastik atau membran semula jadi. Ia
 patut digunakan bersama-sama kaedah kontraseptif yang lain seperti 
spermisida. Penggunaan pelicin bersifat minyak harus dielakkan kerana ia
 boleh merosakkan kondom. Apabila ingin menggunakan kondom, hanya salah 
seorang daripada pasangan suami isteri yang boleh menggunaan kondom pada
 waktu melakukan hubungan seks. Kondom hanya boleh digunakan sekali 
sahaja dan tidak boleh digunakan semula. Dianggarkan sebanyak 3-5 
peratus kehamilan akan berlaku jika ia digunakan dengan betul dan 
konsisten. 
 13. Menggelakkan daripada melakukan persetubuhan (Abstinence) 
Pasangan
 yang memilih kaedah ini akan mengelakkan diri daripada melakukan 
persetubuhan. Ia memerlukan motivasi yang tinggi daripada kedua-dua 
belah pihak. 
 Keberkesanan kaedah kontraseptif 
Keberkesanan
 dan kebolehpercayaan kaedah pencegah hamil yang digunakan banyak 
bergantung kepada motivasi dan tujuan penggunaan tersebut. Setiap kaedah
 kontraseptif mempunyai tahap keberkesanannya. Sudah pasti ia lebih baik
 berbanding dengan kaedah di mana pasangan suami isteri tidak 
mengamalkan sebarang kaedah. Yang penting, penggunaannya harus betul 
(seperti dalam arahan penggunaan) dan konsisten. 
Dianggarkan
 bahawa 80 peratus wanita yang tidak mengamalkan sebarang kaedah 
kontraseptif akan hamil dalam setahun. Khidmat nasihat dan kaunseling 
harus diberikan kepada pasangan suami isteri yang ingin merancang 
kelahiran anak dan mencegah kehamilan. Pasangan suami isteri boleh 
mendapatkan khidmat tersebut dengan berjumpa doktor, ahli farmasi dan 
jururawat di hospital dan klinik kerajaan ataupun swasta.
Jika anda fikir topik ini berfaedah kepada anda, ada baiknya anda kongsikan maklumat ini bersama rakan anda yang lain. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan