|  | 
| Republik Malaysia | 
Pernah tak anda bayangkan PRU ke 13 
akan datang akan dimenangi oleh Pakatan Rakyat? Dengan kata lain BN 
tumbang dan tidak lagi berkuasa di Malaysia. Jika Pakatan Rakyat menang,
 apa yang akan berlaku kepada Malaysia? Bolehkah mereka mentadbir negara
 ini dengan baik & memberi keadilan kepada seluruh rakyat?
Sekarang aku nak bawakan anda 
semua satu analisis yg aku buat secara peribadi perkara-perkara yang 
bakal @ mungkin berlaku kepada negara ini sekiranya Pakatan Rakyat 
ditakdirkan memerintah. Jom kita lihat:
1. Jika Pakatan Rakyat (PR) 
memerintah, Malaysia mungin akan diheret ke kancah huru-hara akibat 
ketidaksefahaman di kalangan pemimpin PR dalam pembentukan kabinet. 
Buktinya kita sudah dapat lihat sekarang. Belum lagi berkuasa, mereka 
sudah berbalah tentang siapa yang lebih layak jadi Timbalan Perdana 
Menteri. PR juga sampai kini belum mampu mengeluarkan senarai kabinet 
bayangan (shadow cabinet) sekiranya mereka memerintah negara.
Jika mereka asyik berbalah 
tentang jawatan, bila masa pula mereka dapat mentadbir negara ini. 
Ekonomi negara mungkin merudum, pelabur akan angkat kaki dan kehidupan 
rakyat semakin terhimpit. Inikah yang kita mahukan?
2. Jika PR berkuasa, mereka 
mungkin akan meminda Perlembagaan Persekutuan. Sudah pasti perkara utama
 yg sudah lama diidam-idamkan mereka (baca : DAP) untuk dipinda adalah 
semua perkara yg bersangkut-paut dengan keistimewaan Melayu-Bumiputera 
(Perkara 3, 152 & 153). 
Jadi tiada lagi hak keistimewaan
 Melayu dan bumiputera, Islam bukan lagi agama rasmi, bahasa kebangsaan 
bukan lagi Bahasa Melayu, tiada lagi peruntukan biasiswa untuk 
Melayu-bumiputera dan pemansuhan kuota biasiswa pendidikan untuk 
Melayu-bumiputera. Sekarang, semuanya berdasarkan merit. Siapa yang kaya
 @ kuat dialah yg akan menang.    
3. Jika PR mentadbir, sistem 
pemerintahan negara ini mungkin akan menggunapakai sistem republik. 
Dengan kata mudah, sistem Raja Berperlembagaan & Demokrasi 
Berparlimen yg diamalkan sekarang akan dimansuhkan. Nama negara ini 
bukan lagi Persekutuan Malaysia tetapi Republik Malaysia.
Ketua negara bagi sistem 
republik adalah Presiden. Jadi, sudah pasti kuasa Raja-Raja Melayu akan 
dihapuskan. Raja-Raja Melayu akan hidup seperti rakyat biasa yg tiada 
kuasa (tidak pasti sama ada jika ini berlaku adakah orang Melayu akan 
bangkit menentang? Mungkin juga tidak kerana org Melayu sudah berpecah 
teruk ketika ini).
4. Jika PR berkuasa, kuasa 
politik & ekonomi kaum Cina akan bertambah kukuh. Mereka akan 
menjadi dominan dalam apa jua bidang di negara ini. Dengan kuasa politik
 di tangan mereka (baca : DAP), sudah pasti mereka akan menentukan hala 
tuju negara ini mengikut telunjuk mereka. Sesiapa yg menentang (baca : 
Melayu), akan disumbat ke dalam penjara @ ISA (jika PR tidak mansuhkan).
5. Orang Melayu n bumiputera 
akan dipinggirkan. Tiada lagi keistimewaan kepada mereka. Di bawah PR, 
org Melayu bakal merempat di bumi sendiri. Kehidupan mereka akan sengaja
 disusahkan. Peluang untuk berniaga diketatkan, kerjaya di perkhidmatan 
awam dihadkan dan tiada layanan istimewa untuk mendapat biasiswa 
melanjutkan pelajaran. Nasib org Melayu-bumiputera bakal menjadi seperti
 org Melayu Singapura.
6. Jika PR memegang kuasa, 
rusuhan kaum persis peristiwa 13 Mei 1969 berkemungkinan besar akan 
berlaku. Ini kerana jika tindakan mementingkan satu kaum sahaja (Cina) 
dalam semua bidang/layanan tidak sama rata, kaum-kaum lain akan bangkit 
memberontak. Tidak mustahil rusuhan kaum bakal terjadi. Segalanya 
mungkin.
7.  Jika PR mentadbir, 
jawatan-jawatan strategik negara seperti Ketua Polis Negara & 
Panglima ATM mungkin akan dipegang oleh kaum Cina (jika kaum lain pegang
 pun tidak lebih sebagai boneka saja). DAP tahu dengan memegang jawatan 
tersebut, kuasa mereka akan terus terjamin. Mereka boleh menggunakan 
kuasa ketenteraan pada bila-bila masa untuk menghapuskan golongan yg 
cuba menentang mereka.
8. Negeri berpenduduk majoriti 
Cina seperti P. Pinang akan diberi autonomi atau kuasa pemerintahan 
sendiri. Jadi DAP boleh menjadikan P. Pinang sbg Singapura ke-2. Dasar 
untuk men'cina'kan P. Pinang dapat direalisasikan.
9. Jika PR memerintah, 
kampung-kampung Melayu/kawasan berpenduduk majoriti Melayu mungkin akan 
dirobohkan. PR (baca : DAP) akan memastikan tiada lagi kawasan yg kaum 
Melayu menjadi penduduk majoriti. Strateginya ialah untuk memecahkan 
undi Melayu. PR telah buat semua ini di P. Pinang, di mana DAP telah 
merobohkan Kg. Buah Pala (kampung tradisi kaum India) & kampung 
tradisi Melayu di Balik Pulau dengan pelbagai alasan.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan