Kerajaan
 Selangor menegaskan bahawa kerajaan persekutuan sepatutnya  memberikan 
kemudahan internet secara percuma dan bukan emel percuma,  kata Exco 
Kerajaan Selangor, Rodziah Ismail. Beliau mengulas projek yang 
dilancarkan kerajan bagi menyediakan  akaun emel kepada semua 
warganegara berusia 18 tahun ke atas untuk  urusan rasmi kerajaan yang 
dilaksanakan sebuah syarikat IT, Tricubes  Bhd.
“Dengan
 pemberian ini, bagaimana rakyat ingin menggunakan emel  percuma 
sekiranya perkara asas untuk menggunakan emel iaitu internet  tidak 
disediakan?
“Kerajaan 
Malaysia seolah-olah tidak tahu apa yang lebih penting  untuk rakyat dan
 tidak tahu apa keperluan dan kehendak rakyat di bawah,”  ujarnya dalam 
satu kenyataan media.
Bagaimanapun, 
 laporan media hari ini mendedahkan emel yang dikatakan  percuma itu, 
tidak percuma sepenuhnya kerana terdapat beberapa caj  sampingan yang 
dikenakan kepada pengguna.
Rodziah 
dalam kenyataannya membandingkan projek internet percuma yang  sedang 
giat dijalankan di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di  Selangor, 
yang merupakan sebahagian daripada manifesto di bawah Pakatan  Rakyat.
Menurutnya,
 projek Emel 1Malaysia yang dijalankan kerajaan  Persekutuan di bawah 
Barisan Nasional menunjukkan projek itu dibuat  secara tergesa-gesa, 
tidak teliti dan dirancang rapi.
Malah 
beliau turut mempersoalkan status Syarikat Tricubes Berhad yang  
dilaporkan mengalami masalah kewangan dan berstatus GN3 di Bursa  
Malaysia.
“Bagaimana
 syarikat yang mempunyai masalah kewangan ini dapat  menjayakan projek 
ini? Alasan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak  bahawa projek ini 
tidak menggunakan dana awam adalah sesuatu yang tidak  munasabah dan 
langsung tidak masuk akal,” katanya.
Justeru, 
katanya, beliau menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya  mendesak 
Kerajaan Malaysia menghentikan projek Emel 1Malaysia ini,  sebaliknya 
meminta kerajaan memberikan kemudahan internet percuma  seperti mana 
yang dilaksanakan Pakatan Rakyat.
Projek emel 1Malaysia yang diumum Perdana Menteri itu  rata-rata mendapat reaksi negatif daripada rakyat  Malaysia. 
Tinjauan  
dibuat di laman sosial Facebook dan Twitter  mendapati kebanyakan rakyat
 Malaysia merasa ragu-ragu dengan inisiatif  tersebut, malah turut 
menjadikan ia sebagai modal untuk gurauan.
Sehingga 
kini, di laman Facebook, Kumpulan membantah inisiatif  tersebut, ’1M 
Malaysians who don’t want Najib’s 1 Malaysia email’,  menjangkau 40,000 
penyertaan dalam tempoh kurang 48 jam, selepas projek  itu diumum Najib.
Bilangannya dijangka semakin bertambah.
Menurut 
status-status yang ditulis pengguna laman sosial tersebut,  ada yang 
berpendapat Emel 1Malaysia akan digunakan Najib sebagai saluran  kempen 
Barisan Nasional dalam pilihan raya umum (PRU) yang akan datang.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan