Negara jiran kita Brunei tidak menerima sebahagian penduduknya yang 
berketurunan Cina sebagai warga. Orang Cina ini hanya diberikan taraf 
pemastautin tetap (PR).
Sungguhpun golongan orang Cina ini sudah generasi kedua atau ketiga 
lahir di Brunei, mereka masih lagi PR sahaja (bermakna tidak memegang 
paspot Brunei).
Brunei agak luarbiasa. Ia mempunyai sistem pemerintahan beraja di mana 
Sultan Brunei adalah Muslim dan Brunei ialah sebuah negara Islam yang 
agama rasminya Islam. Akan tetapi taburan penduduk Muslimnya sekadar 
51.9 peratus sahaja, mengikut anggaran oleh Pew Research Center pada 
tahun 2008.
Hampir separuh (kira-kira 48 peratus) daripada penduduk di Brunei bukan 
Muslim kerana mereka kaum minoriti yang berstatus ‘stateless people’.
Kebanyakan penduduk bukan warga di Brunei adalah etnik Cina yang tidak 
mempunyai hak-hak penuh dan faedah yang dinikmati seorang warga biasa. –
 laporan tahun 2012 oleh badan hak asasi Freedom House 
Penduduk bukan warga (stateless people) tidak dibenarkan untuk memiliki tanah di Brunei. Mereka
 tidak mendapat rawatan kesihatan yang dibiayai penuh oleh kesultanan 
kaya-raya itu. Mereka tidak layak mendapat pendidikan percuma tahap 
pengajian tinggi. – laporan amalan hak asasi oleh Jabatan Negeri Amerika Syarikat (24 Mei 2012).
Brunei adalah sebuah negara kecil yang jumlah penduduknya pun kecil, 
iaitu 390,000 orang: Melayu (67%), Cina (15%), pribumi (6%) and 
Lain-lain (12%).
Jumlah stateless people 21,000 orang (5.4%) dan seperti yang disebut 
tadi, kebanyakan mereka Cina. Kewarganegaraan tidak diberikan secara 
automatik.
Sesiapa yang ingin memohon untuk menjadi warga Brunei dikehendaki lulus 
ujian yang mana calon tersebut wajib menunjukkan bahawa dia memahami 
budaya dan bahasa Melayu.
Jus sanguinis
Kewarganegaraan Brunei ditentukan melalui prinsip jus sanguinis 
(mengikut kerakyatan ibubapa). Istilah tersebut adalah bahasa Latin dan 
bermaksud “right of blood” atau hak keturunan.
Talian ‘darah’ amat mustahak bagi banyak negara bangsa.
In Brunei, seorang menjadi warga mengikut operasi undang-undang 
sekiranya dia Melayu — merangkumi Belait, Bisaya, Dusun, Kedayan, Murut 
dan Melayu Tutong (sumber sini).
Pada lumrahnya, manusia mementingkan etnik.
Ambil contoh United Kingdom yang terdiri daripada Ireland Utara, Scotland, England dan Wales.
Orang British menggelar diri mereka orang Irish, orang Scot, orang 
English dan orang Welsh, lebih kurang macam orang Malaysia menggelar 
diri kita Melayu, Cina, India dan sebagainya.
Kita di Malaysia berlainan agama dan berbeza warna kulit.
Orang asal Irish, Scot, English dan Welsh sama agama (Kristian) dan sama
 warna kulit (putih). Namun mereka masih lagi nekad untuk 
membeza-bezakan diri mereka.
Seorang Irish, misalan kata, enggan dikenali sebagai orang English.
Dua tahun kelak, Scotland akan mengadakan referendum untuk menentukan 
sama ada orang Scot mahu keluar daripada UK dan seterusnya negeri 
tersebut menjadi sebuah republik berdikari.
Perkembangan ini membayangkan betapa kuatnya jatidiri orang Scot, yang lebih Scot daripada British. Untuk
 sekian lama, gerila IRA telah berperang saudara berhasrat akan 
pemisahan Ireland Utara daripada Great Britain – pulau besar terdiri 
England, Scotland dan Wales – supaya boleh bergabung semula dengan 
Ireland kerana jati diri mereka ialah sebagai orang Irish.
Di serata dunia, pengenalan diri mengikut etnik adalah begitu mendalam. 
Contohnya orang Kurd mahu menubuhkan sebuah negara Kurdistan khusus 
untuk etnik mereka. Jadi kepada Cina Malaysia ataupun DAP khususnya, 
jangan 'macekeyo' kononnya memfitnah MALAYSIA ni tak adil dalam urusan 
kaum. Tanya kepada NEGARA ASAL KETURUNAN kamu sendiri, adakah mereka 
cukup adil dengan kaum-kaum minoriti di negara kaum asal kamu?

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan