Saya dengan hormatnya menyatakan bukti-bukti kesan-kesan sejarah tersebut.
Sejarah realiti peperangan di medan perang Tanah Merah Daerah Pendang, 
Kedah Darul Aman, Malaysia pada tahun 1876 Masihi di antara tentera Raja
 Buddha Thailand Rama V Chakri Sukho Thai Chulalongkorn dengan tentera 
Raja Islam Melayu Siam Malacca Benua Siam Kedah Nai Long Sultan Jaafar 
Muadzam Shah.
Kesan-kesan bukti sejarah realiti nama tempat-tempat berbahasa Melayu Siam Malacca Benua Siam Kedah.
Dinamakan Tanah Merah Pendang Kedah pada tahun 1876M. Tanah Merah 
Pendang Kedah - tanah menjadi  merah di tempat tersebut oleh kerana 
banyaknya darah manusia mangsa peperangan tersebut tumpah ke bumi 'Tanah
 Merah Pendang Kedah'. Pendang dalam bahasa Siam bermakna 'bunyi 
senapang'. 
Dalam peperangan tersebut, Raja Melayu Siam Malacca Benua Siam Kedah 
dibantu oleh tentera Islam Majapahit Indonesia maka tempat penempatan 
tentera Majapahit tersebut digelar Kampung Majapahit Tanjong Radin 
daerah Pendang Kedah. Tentera Islam Patani ditempatkan di Kampung Patani
 Guar Kepayang Tanah Merah daerah Pendang Kedah. Tentera Islam Melayu 
Siam Malacca Benua Siam Kedah ditempatkan di Pelabuhan Tok Pija Nai Long
 Sultan Jaafar Muadzam Shah di Padang Besar Kweng We Tobiar Mukim Tobiar
 daerah Pendang Kedah.
Di sini terdapat sebuah tongkang purba telah ditemui oleh ahli Persatuan
 Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Tempat 
tersebut digelar dengan bahasa Melayu pelat Siam sebagai 'Alor Berala' 
bermaksud Alor Berhala Buddha Thailand. Dan tidak jauh dari kawasan 
tersebut digelar dalam bahasa Siam 'Bang Ba Rak' bermaksud 'Kuala Gila 
Mencantas' dalam bahasa Melayu.
Pada tahun 1876M tentera Raja Buddha Thailand telah membunuh Raja Melayu
 Siam Malacca Benua Siam Kedah di Gurun, Kedah Darul Aman, Malaysia. 
Maka negeri Kedah dijajah oleh tentera Raja Buddha Thailand selama 5 
tahun kemudian mereka mewujudkan negeri Kedah Darul Aman dan Sultan 
Abdul Hamid Halim Shah dilantik menjadi Sultan Kedah darul Aman yang 
pertama di tahun 1881M.
Hubungan persaudaraan di antara Sultan Abdul Hamid Halim Shah dengan 
Sultan Muhammad I Kelantan ialah Sultan Abdul Hamid Halim Shah 
berketurunan Paduka Seri Sultan Abdullah Mukaram Pulau Pinang dan 
Sulatan Muhammad I Kelantan berketurunan Tengku Long Putra Sultan Legeh,
 yang bersemayam di Kampung Raja Legeh, Ayer Lanas, Kelantan. Manakala 
Paduka Seri Sultan Abdullah Mukaram pula bersemayam di Istana Bukit 
Gelugur, Pulau Pinang semasa menjadi Raja Daerah Pulau Pinang Siam 
Malacca Benua Siam Kedah. Pada tahun 1786M Paduka Seri Sultan Abdullah 
Mukaram 'belot' dengan menyerahkan daerah Pulau Pinang Siam Malacca 
Benua Siam Kedah kepada penjajah Inggeris. Manakala Paduka Seri Dato' 
Raja Long Putra kekanda Abdullah Mukaram menjadi Raja Legeh Siam Malacca
 Benua Siam Kedah dibunuh pada tahun Musuh Bisik 1821M di Kepala 
Bendang, Mukim Tualang, Kedah oleh tentera Raja Buddha Thailand Rama V 
Chakri Sukho Thai.
Pada tahun 1881M pihak penjajah Thailand mewujudkan negeri Kedah Darul 
Aman dan Chulalongkorn melantik menantunya yang berkahwin dengan Mak 
Enchik manjalara Raja Perempuan Thai Negeri Kedah darul Aman iaitulah 
Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Sultan Abdul Hamid Halim Shah dipaksa 
oleh penjajah Thailand supaya menceraikan dam membunuh isterinya yang 
bernama Nai Sofea @ Syarifah Sofea yang merupakan anak saudara Maharaja 
Islam Melayu Sultan Jaafar Muadzam Shah, Sultan Melayu Siam Malacca 
Benua Siam Kedah. Dan puteranya ialah Tunku Badlishah, tetapi Che Wan 
Muhamad Arsyad menyerahkan kepada Sultan Muhammad I Kelantan Nik Diah, 
akhirnya Wan Muhamad Arsyad lari ke India. Wan Muhmad Arsyad ditangkap 
di India dan dibawa pulang ke negeri Kedah serta di paksa menulis 
sejarah Negeri Kedah darul Aman secara imaginasi dan metos. Sejarah 
Imaginasi Negeri Kedah Darul Aman dihasilkan oleh Wan Muhamad Arsyad 
secara paksa untuk mengelak dirinya dibunuh oleh penjajah Buddha 
Thailand.
Apabila Raja Kubang Pasu Nai Sim @ Nai Hashim Ibni al-marhum Nai Cau Doi
 dibuang ke Kulim Kedah pada zaman Sultan Abdul Hamid Halim Shah maka 
Syarifah Sofea lari berlindung di Kulim Kedah bersama keluarga Nai Sim 
dan berkahwin di sana. Manakala puteranya Tunku Badlishah dipelihara 
oleh nenek saudaranya Dato' Nai Mariam isteri kepada Sultan Muhammad I 
Kelantan di Kampung Alor Pak Ngah Mukim Tajar, Kota Star Kedah. Pada 
zaman Kedah Darul Aman di tahun 1881M Raja Kubang Pasu masih wujud di 
bawah pemerintahan Paduka Seri Sultan Nai Sim Ibni al-marhum Nai Cau Doi
 yang bersemayam di istana Paduka Seri Sultan Dato' Paduka Maharaja di 
Kampung Pulau Maharaja, Tunjang Kubang Pasu, Kedah Darul Aman. Nai Sim 
ialah Raja Kubang Pasu Kedah dan beliau ialah cicit kepada Sultan Syarif
 Yang Dipertuan Yang Maha Mulia.
Nai Sim ialah adik pupu kepada Maharaja Melayu Siam Malacca Benua Siam 
Kedah Nai Long Sultan Jaafar Muadzam Shah waris mutlak Syarif Yang 
Dipertuan Yang Maha Mulia Siam Malacca Benua Siam Kedah. Di dalam buku 
Cempaka Sari muka surat 140 dan 148 sejarah Negeri Perak Darul Ridzuan, 
Malaysia ada mencatitkan Sultan Jaafar melantik Che Ngah Ibrahim menjadi
 menteri di Larut, Perak dan Putera Raja dari Kedah Raja Alang pula 
dilantik menjadi Bendahara oleh Sultan Mudzaffar Shah Ibni Pho Chan Koya
 Long Raja Siam Kemboja tahun 1758M. Raja Alang @ Sultan Syed Alang 
Alauddin Dato' Ku Raja Chenak @ Raja Siam Songkla ada di catitkan di 
muka surat 43 buku Undang-Undang Kedah yang diselenggara oleh Dewan 
Bahasa dan Pustaka 2005.
Putera Raja dari Kedah Raja Alang @ Syed Alang Alauddin Panglima Bukit 
Gantang @ Dato' Ku Chenak @ Raja Chenak ialah ayahnda Nai Long Sultan 
Jaafar Muadzam Shah. Kubang Pasu pada zaman Maharaja Melayu Siam Malacca
 Benua Siam Kedah Sultan Jaafar Muadzam Shah ialah cicit kepada Maharaja
 Melayu Siam Dinasti Ayuthia ke-33 Boromoraja V Ekataat Syarif Yang 
Dipertuan @ Raja Ligor tahun 1767M yang diusir oleh tentera Burma dari 
Ayuthia Siam Malacca Benua Siam Kedah. Paduka Seri Sultan Nai Sim Raja 
Siam Kubang Pasu dilantik oleh Sultan Jaafar Muadzam Shah pada tahun 
1862M dengan Che Ngah Ibrahim menjadi menteri di Larut, Perak. Paduka 
Seri Sultan negeri Kubang Pasu ini dibuang atau dilucutkan jawatan Raja 
Kubang Pasu oleh Sultan Abdul Hamid Halim Shah pada tahun 1881M apabila 
penjajah Thailand mewujudkan Negeri Kedah Darul Aman dicantumkan dengan 
negeri Kubang Pasu Siam Malacca Benua Siam Kedah.
Menarik perhatian keturunan Raja Kubang Pasu "Dato' Paduka Maharaja" 
Koya Abu Kasim @ Nai Cau Doi @ Megat Manja masih ada hingga sekarang 
seperti YB Dato' Johari Baharum Timbalan Menteri Pertanian Malaysia, 
Dato' Dr. Afifuddin Haji Omar pekan Napoh dan lain-lain menjadi bukti. 
Dengan wujudnya Negeri Kedah Darul Aman pada tahun 1881M dan Raja Melayu
 Siam negeri Kubang Pasu dibuang jawatan oleh penjajah Thailand serta 
dibuang daerah ke Kulim, Kedah Darul Aman Malaysia. Kewujudan Kedah di 
tahun 1881M bersamaan pembinaan Wat Buddha di Negeri Kedah Darul Aman 
bergelar Wat Buddha Bakar Bata Kanchut, Alor Setar Kedah Darul Aman 
Malaysia. Wat Buddha ini berada di belakang Muzium Negeri Kedah 
sekarang.
Apabila Raja Muda Kedah meninggal dunia iaitu Tunku Sulong @ Tunku Aziz 
diganti oleh Tunku Badlishah, dari sinilah bermulanya keturunan Syarif 
Shah Raja Ligor mendapat tempat dalam urusan Negeri Kedah Darul Aman. 
Nai Long Mahmud Ibni Nai Long Haji Yasin cucunda kepada Sultan Jaafar 
Muadzam Shah pula dilantik menjadi penghulu di mukim Tajar daerah Kota 
Star Kedah. Baginda adalah abang pupu kepada DYMM Sultan Badlishah 
sebelah bondanya Syarifah Sofea. Pada tahun 1909M pihak penjajah 
Thailand menyerahkan Semenanjung Malacca Benua Siam Kedah (Malaya) 
kepada penjajah Inggeris. Pada tahun 1941M, Tunku Badlishah dan Nai Long
 Mahmud Penghulu mukim Tajar Kota Star telah membawa masuk tentera Jepun
 melalui Bukit Kayu Hitam untuk mengusir penjajah Inggeris dari Malaya, 
usaha tersebut berjaya menyebabkan Sultan Abdul Hamid Halim Shah 
kehilangan kuasa dan magkat digantikan oleh Tunku Badlishah menjadi 
Sultan Kedah Darul Aman Malaysia.
Bukti kenyataan ahli sejarah Inggeris James low dari buku Sejarah Kedah 
Sepintas Lalu, catitan Raja Penjajah Thailand Rama V Chakri Sukho Thai 
Chulalongkorn mengarahkan tenteranya menghapus dan membakar 
habis-habisan kesan bukti sejarah Raja Melayu Siam Dinasti Ayuthia 
Boromoraja V ke-33 Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Malacca Benua 
Siam Kedah :-
1. Termasuk Istana Raja Melayu Siam Islam ke-33 Kota Mengkuang mukim Wang Tepus Kubang Pasu Kedah.
2. Istana Raja Muhammad Hatta Raja Siam Pertama Perlis @ Istana Raja 
Melayu Siam Syburi Sultan Kaifa Tabim Sheikh Ali di Bukit Raja, Utan 
Aji, Perlis.
3. Istana Raja Melayu Siam Dinasti Ayuthia Rama Tibodi II Sultan 
Rijaluddin di Kota Naga dan Kota Siputih daerah Kubang Pasu Kedah.
4. Istana Kota Serjana Alor Ganu Kota Star Kedah Darul Aman Raja Melayu 
Siam ayahnda Maharaja Siam Dinasti Ayuthia Rama Tibodi I Ananda Pagan 
Ibni Sultan Muhammad Yang Adil, baginda mereka cipta wang syiling emas, 
sekarang ada buktinya disimpan oleh Muzium Kedah.
5. Istana Dato' Paduka Maharaja tempat bersemayam Raja Melayu Siam 
Kubang Pasu, Nai Sim Ibni al-marhum Nai Cau Doi di Kampung Pulau 
Maharaja Tunjang Kedah.
7. Istana Sultan Sheikh Abdul Kadir Ibni Husin Shah Alirah di Kota Raja Pekan Langgar Kedah.
8. Istana Raja Melayu Siam Islam Husin Shah Alirah di Kota Pagar Ayer mukim Limbong Kota Star Kedah.
9. Istana Sultan Saidina Ali Ibnu Sultan Saidina Jamalulalam Badrul 
Munir di Bukit Choras, Pendang Kedah. Perigi Raja masih wujud di kampung
 tersebut.
10. Istana Maharaja Melayu Siam Islam Phodiset @ Sultan Saidina 
Jamalulalam Badrul Munir di Kampung Kota Pinang Tunggal, Kulim Kedah.
11. Istana Merong Maha Wangsa @ Sultan Muzaffar Shah I (700 Masihi) di Kampung Sungai Mas Kuala Muda, Kedah.
12. Candi-candi kubu tentera Islam Raja Iskandar Zulkarnain di Lembah Bujang, Kuala Muda, Kedah.
13. Istana Majlis Iskandar Zulkarnain di Pulau Tiga, Sungai Merbok Kuala
 Muda, Kedah dan gok arang Raja Melayu Siam Nai Long Sultan Jaafar 
Muadzam Shah di Pulau Tiga, Kedah. Catatan bukti di muka surat 49 buku 
Undang-undang Kedah Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2005.
14. Pusat pembuatan senjata api Raja Melayu Siam Nai Long Sultan Jaafar Muadzam Shah atau tempat melebur besi di Merbok, Kedah.
15. Istana Maharaja Melayu Siam Kedah Bukit Meriam, Merbok Kedah.
16. Istana Raja di Bendang Raja, Kubur Panjang daerah Pendang Kedah 
ialah istana Sultan Muzaffar Shah III Raja Melayu Islam Siam Koya Long @
 Pho Chan Raja Kemboja tahun 1788M.
17. Istana Raja Legeh Tunku Long Taha Ibni Tunku Long Putra di Kampung 
Raja Kota Burha Che Long, mukim Padang Kerbau Pendang, Kedah.
18. Istana Raja Melayu Siam Patani, Raja Idris Jammu Patani di kampung Kota Oo Pelantek, Sik Kedah.
19. Kota Istana Raja Melayu Siam Patani Raja Idris Jammu Patani di Kota Ruman, Sik Kedah.
20. Kota Istana Bukit, Nai Long Sultan Jaafar Muadzam Shah di Jeniang Kedah.
21. Istana Raja Melayu Siam Kemboja Pho Chan @ Koya Long Sultan Muzaffar Shah III di Kampung Dusun Raja, Padang Terap Kedah.
22. Istana Raja Melayu Siam Songkla, Nai Long Sultan Alang Alauddin di kampung Nai Lang, Durian Burung sebelah Thailand.
23. Istana Raja Melayu Siam Dinasti Ayuthia ke-31 Sultan Syed Maharaja 
Boromokot Muhiyuddin Mansor Shah Ibni Sultan Mahmud Shah Siam Malacca di
 Padang Mat Sirat, Pulau Langkawi Kedah.
24. Istana Sultan Yaccob Putra Jalij @ Maharaja Jalil Raja Melayu Siam 
Dinasti Ayuthia @ Khrun Waran Wangsa, Kedah Langkasuka tahun 1548M di 
Yan Kedah.
25. Istana Tanjung Puteri Kuala Ketil Kedah, perigi Tunku Puteri Dayang masih ada lagi di tempat tersebut.
Saya berharap pihak Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Kedah dan
 Muzium Negeri Kedah membuat kajian semula terhadap bukti-bukti sejarah 
yang saya nyatakan tersebut.










 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan