Thailand merupakan sebuah negara-bangsa moden yang wujud sejak perisytiharan kedaulatan Westphalia pada 1648 dan selepas Perang Dunia Kedua. Thailand sebenarnya sebuah negara pelbagai bangsa walaupun penduduknya berbahasa kebangsaan dengan bahasa Thai semata-mata. Banyak spekulasi mengenai asal-usul perkataan "Thai" dan salah satunya menyentuh mengenai sejenis etnik iaitu etnik Tai.
Seperti banyak rujukan, orang Tai atau etnik Tai dikatakan berasal dari 
Barat Daya China. Mereka dikatakan berhijrah gelombang demi gelombang 
dari Barat Daya China ke Dataran Tanah Besar Asia Tenggara sejak 
beberapa abad yang lampau. Sebutan terawal mengenai kewujudan mereka di 
rantau Asia Tenggara ini adalah menerusi nama lain iaitu nama Siam. Ia 
digunakan pertama kali oleh orang Khmer untuk merujuk orang-orang ini di
 kompleks kuil Hindu Angkor Wat di Kemboja. Perkataan Siam dikatakan diambil dari bahasa Sanskrit, iaitu bahasa kelompok kasta atasan dalam masyarakat Hindu di Kemboja iaitu Syaama bagi merujuk orang berkulit sawo matang tapi dalam nada menghina. Pelbagai kaum dari zaman pra-Siam
 pernah dikerah menjadi kuli batak di empayar Angkor Wat sebelum berlaku
 pemberontakan puak-puak dan kerajaan persekutuan di Teluk Siam.  
Semasa pemerintahan Raja Rama III (1824-1851) dari wangsa Chakri, 
seorang pedagang Skotland pernah membawa matawang ujian ke England atas 
perintah raja itu. Walaupun tidak digunakan meluas, tapi nama negara 
mereka dititikkan pada matawang pertama mereka sebagai Muang Thai dan 
bukan Siam. Perkataan lain bagi merujuk etnik ini adalah Shan dan Ahom. 
Charles (1921) dalam bukunya The Project Gutenberg E-Book of Hinduism and Buddhism, An Historical Sketch, Bil. 3
 menyatakan bahawa nama Sanskrit merujuk kepada orang Thai mungkin bukan
 nama asal sebaliknya cuma satu penyelewengan berbentuk perkauman yang 
dibuat-buat oleh orang yang memperhamba mereka.
Rujukan empayar Siam pula pertama kalinya mungkin dibuat oleh orang 
Portugis yang merupakan orang Eropah awal yang memberikan maklumat awal 
tentang kewujudan negara orang Siam. Catatan Portugis juga menyebut 
mengenai raja Rameswara Bramha Trailoganat dari wangsa Sukhothai yang menghantar tentera ke kerajaan Melaka di Semenanjung Tanah Melayu pada 1455. Raja ini memerintah dua negara
 iaitu negara Sri Ayuttaya dan negara Sukhothai di Phitsanulok yang 
disatukan sebaik sahaja pertabalan baginda sebagai raja. Berikutan 
kejatuhan negara kota Melaka ke tangan pentadbir Portugis pada 1511, 
pihak Portugis menghantar duta bagi hubungan diplomasi dengan negara Sri
 Ayuttaya.   
Seabad kemudian, pada 15 Ogos 1612, The Globe, iaitu pedagang mewakili 
Syarikat Hindia Timur membawa surat dari Raja Jamaes I di England tiba 
di "Jalan Syaam". Bermula penghujung abad ke-19, Siam mula menjadi 
rujukan kepada negara puak-puak ini yang pusatnya terletak di 
negara-kota Sri Ayuttaya. Negara Thailand yang dikenali oleh orang ramai
 hari ini pula adalah hasil perjalanan sejarah dan susunan takdir ilahi 
sama juga seperti semua kejadian lampau di dunia ini. 
Negara Thailand mempunyai wilayah-wilayah yang antaranya diserap, kalah 
perang zaman lampau lalu diserap menjadi bahagian empayar dan 
sebagainya. Antara kerajaan bentuk kehinduan yang pernah berada dalam 
wilayah-wilayah Thailand hari ini adalah kerajaan orang Mon di Tengah 
dan Barat, kerajan orang Melayu di Selatan dan kerajaan orang Khmer di 
Timur. Orang Tai atau Thai sendiri mempunyai kerajaan negeri mereka 
sendiri di wilayah Utara Thailand bermula dengan kerajaan Sukhothai pada
 abad ke-12 M, Chiang Saen pada abad ke-13 M, kerajaan Sri Ayuttaya pada
 abad ke-13 M, Chiang Mai dan kerajaan Lanna pada abad ke-13 M. 
Negara kota itu semua berperang sesama sendiri dan juga pernah menerima 
ancaman dari orang Kemboja, orang Burma dan orang Vietnam. Di Burma, 
India Timur dan Vietnam pun ada etnik jenis Tai tapi berbahasa dengan 
bahasa yang sedikit berbeza dengan bahasa orang Thailand disebabkan 
perbezaan geografi dan muka bumi. Bermula abad ke-19 dan awal abad ke-20
 M pun, muncul kuasa penjajah dari Eropah pula yang berebut-rebut 
hendakkan tanah seberang laut bagi kemajuan revolusi perindustrian dan 
perdagangan mereka. Thailand atau empayar Siam terselamat disebabkan 
oleh keputusan Perancis dan England untuk memberikan status kawasan 
neutral bagi mengelakkan pertelingkahan yang lebih besar antara koloni. 
Thailand memansuhkan sistem monarki mutlak pada 1932 dan selama 60 tahun
 berada di bawah pemerintahan junta tentera. Selepas itu baru wujud 
sistem kerajaan berdasarkan pilihanraya seperti sekarang.
Manusia itu boleh menjadi nasionalis tapi bukan menjadi nasionalis yang pelampau, membuta tuli, menyodok rata macam sungkur atau dalam erti kata lain yang mungkin kasar sedikit, tongong dan poyo. Manusia bukan pemilik mutlak dunia yang maya mahu pun dunia mana-mana pun dan istilah khalifah atau cakravartin bukan untuk menjadikan manusia perasan. Yang Maha Memiliki "seluruh" alam adalah Yang Maha Esa.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan