Assalamualaikum, alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta
alam, selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW dan keluarga
baginda, sahabat-sahabat baginda dan orang-orang yang mengikuti baginda
sehingga dunia ini dimusnahkan Allah SWT.
Sesungguhnya maksud dengki itu adalah bercita-cita atau ingin nikmat itu hilang daripada orang lain, samada ianya nikmat dunia atau nikmat agama atau bercita-cita akan turun bala atasnya. Dan itu adalah haram lagi berdosa besar bahkan ia adalah satu penyakit yang besar daripada segala penyakit hati.
Ketahuilah bahawa hasad atau dengki itu adalah satu daripada maksiat batin yang boleh membinasakan seseorang. Imam Al-Ghazali menegaskan bahawa ia adalah sebesar-besar kejahatan manusia yang dicela oleh syarak. Katanya lagi, ketahuilah hasad itu haram dan maknanya ialah engkau suka hilang nikmat daripada orang yang engkau dengki atau turun bala kepada orang itu [Hidayatus Salikin 206]
Ibn Masud meriwayatkan, Rasulullah pernah bersabda bermaksud: "Tidak digalakkan adanya perasaan iri hati melainkan pada dua keadaan. Pertama, keadaan orang yang dikurniakan Allah harta benda dan membelanjakannya kepada perkara kebajikan. Kedua, keadaan orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan Agama lalu ia beramal dengannya dan mengajarkannya. [Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmizi]
Dalam hadis ini, Rasulullah menerangkan dua nikmat pemberian itu amat besar kelebihannya sehingga mustahaklah tiap-tiap orang beriri hati dan berusaha dengan bersungguh-sungguh semoga Allah mengurniakan nikmat itu. Dengan itu dapatlah ia menggunakannya menurut cara sebaik-baiknya seperti yang digunakan oleh dua orang itu.
Tidak hairan dunia hari ini, ramai manusia sering bermusuhan, berbalahan dan berbunuhan lantaran penyakit hati ini dan ianya akan berterusan jika tidak diusahakan dengan menghilangkannya dari bertapak di hati. Rasulullah SAW mengingatkan kita semua dalam hadisnya, "Dengki itu memakan ia akan segala kebajikan, seperti memakan oleh api akan kayu api. [Riwayat Abu Daud daripada Abi Hurairah r.a.] Maksud dengan memakan di sini ialah membinasakan atau menghilangkan segala amalan soleh.
Wahai sahabatku, ketahuilah olehmu bahawasanya penyakit hati seperti dengki tiada ubatnya melainkan dengan dicampurkan ilmu dengan amal seperti makjun. Maka dengan adanya ilmu secara langsungnya diketahui bahawa dengki itu mendatangkan mudharat kepada si pendengki itu sendiri dan ianya tidak mendatangkan mudharat kepada mereka yang ia dengki atau iri hati. Bahkan memberi manfaat kepada mereka. Mengapakah sedemikian?
Adapun bahawasanya dengki itu memberi mudharat kepada orang yang dengki kerana ianya membatalkan atau menghilangkan pahala kebajikan mereka dan sekaligus ianya mendatangkan kemurkaan Allah SWT. Murkanya Allah SWT kepada mereka disebabkan mempersoalkan qadha' Allah yang meluaskan perbendaharaan~Nya atas hamba~Nya. Perkara ini mudharat kepada agamanya.
Seperkara lagi yang perlu kita ketahui ialah adapun bahawasanya dengki itu memberi manfaat kepada orang yang didengki iaitu nikmat yang Allah kurniakan kepada mereka tidak akan hilang bahkan digandakan akan kebajikannya, kerana dipindahkan pahala kebajikan si pendengki itu kepada mereka. Alangkah ruginya mereka akibat dari perbuatan dengki. Kerana itulah Islam melarang sekeras-kerasnya akan adanya sifat dengki dalam diri kita.
Ubat keduanya sebagai merawat penyakit dengki untuk menghilangkan kemudharatan yang bakal menimpa iaitu dengan menzahirkan rasa syukur dan sukacita atas nikmat yang Allah kurniakan kepada kawan-kawan kita baik ia merupakan kenaikan pangkat, keuntungan perniagaan dan sebagainya. Pujilah mereka dan berdoalah kepada Allah agar mereka mendapat kebaikan yang banyak dari nikmat yang mereka terima. Inilah dikatakan perbuatan yang amat terpuji.
Ketiganya, ingatlah kita sentiasa diawasi oleh Allah SWT, baik atau buruk semuanya dalam perkiraan~Nya. Setiap satu kebaikan atau keburukan yang kita lakukan akan dihisab kelak. Oleh kerana itu, pastikan sentiasa berada di atas jalan kebaikan. Ini penting agar kita tidak meniti di jalan yang salah sehingga terperosok jauh ke jurang kesalahan. Jangan ikuti hawa nafsu yang menggelincirkan kita dari semua jalan kebenaran. Jangan mengambil mudah perintah Allah dan jangan pula menentang~Nya dengan perlakuan yang menyimpang.
Seterusnya keempat, gunakanlah nikmat akal yang Allah kurniakan agar dapat memetik pelajaran dan berhati-hati dalam bertindak. Binakan dalam hati rasa takut kepada Allah. Berhati-hatilah terhadap tipu daya kesenangan dan keburukan yang samar. Jangan pula membiarkan dirimu diselimuti dengan perasaan iri hati, dengki, permusuhan dan sikap-sikap buruk yang lain.
Sahabatku yang dikasihi, setelah kalian mengetahui dan memahami hal yang benar, takutlah kepada Allah SWT untuk mengulangi kesalahan untuk kali yang keduanya. Jangan sampai akal dan ilmu yang kalian miliki kembali menjadi bencana bagimu. Kalian dapat mengatasi semua hal ini dengan keutamaan ilmu dan akal yang kalian miliki, dengan iringan kehendak dan niat yang tulus.
Sekian untuk kali ini, mohon maaf atas kekurangan. Berusahalah dan mohonlah kepada Allah SWT pertolongan~Nya untuk menghindari segala sifat yang tercela kerana tanpa pertolongan~Nya kita tidak akan mampu menjauhi segala maksiat yang dicipta~Nya untuk menguji keimanan kita. Semoga Allah memberi anugerah pada kita berupa kemampuan untuk melaksanakan dan mensyukuri batas-batas nikmat yang diberikan~Nya...aamiin.
Wallahu'alam...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan