Salam dan selamat
bersua kembali, sudah agak lama menyepi. Sepi bukan bereti tidak peduli tapi
memberi ruang agar sesuatu mampu terbentuk, sesuatu yang dinamakan rindu. Kali
ini dikongsi-kan mengenai mengapa kerajaan melayu-siam diserang oleh ‘THAI” sehingga-kan
dijarah tanah bertuah ini dan dimusnahkan segala kota tingalan sejarah. Kisah
kali ini lebih berkisar daripada nukilan ana-anai yang mana banyak merujuk
undang-undang kedah walaupun banyak pertikaian berlaku sebelum ini diantara
penkaji diluar dan anai-anai namun pendapat yang berdasar satu manuskrip
penting(Undang-Undang Kedah) diambil kira oleh pihak kami.
Kelemahan Islam di China selepas kejatuhan
Dinasti Yuan dan Ming (1368-1644M) juga menaikkan semangat Sukhothai Buddha
untuk menjajah Kerajaan Siam Ayutthaya Islam pada 1767. Selepas kejatuhan
Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di bawah pemerintahan Sultan Muhammad
(1776-1786) telah cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai (yang telah
mengalahkan kerajaan Ayutthaya). Bagaimanapun, pada 1785 pasukan tentera Thai
di bawah kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menewaskan Patani.
Maka 3 kerajaan Islam jatuh ke tangan bangsa Buddha yang mana sebelum Ayutthaya
dijajah Arakan telah menjadi mangsa mereka yang pertama. Rentetan daripada
kemengan pertama ini mereka membuak2 ingin menjarah tanah Islam.
Segalanya dikatakan
bermula apabila seorang raja dari keturunan Rama Khamheang Burma datang dari
Tibet. Mereka telah menubuhkan kerajaan Buddha Lanna Thai Chakri Sokho Thai di
Luang Phra Bang, dalam wilayah Benua Islam Siam Kedah. Pada tahun 1736, bermula
secara baik, bangsa Thai memasuki Benua Islam Siam Kedah, di zaman dinasti
Ayuthia Cau Pija Si Thammrat, Maha Thammaraja II (Boromokot) Sultan Muhiyuddin
Mansur Syah masih lagi memerintah (Undang-Undang Kedah muka surat 16 dan 17)
sebagai Syah Alam Yang Maha Mulia dan
bersemayam di Kota Palas, Pulau Langkawi Kedah.
Bukti
sejarah
mengatakan bahawa Raja Aluangphaya dari puak Kerajaan Buddha Lannathai
dari
bangsa Sukhothai telah menyerang dan menawan Ayutthaya pada 7 April
1767. Aluangphaya
ini dikatakan berasal dari Burma, namun dikatakan beliau bukannya
dilahirkan di Burma tetapi kesan daripada Kerajaan Islam Toung Oo, Burma
ditawan oleh Sukhothai dalam tahun 1757/8 dan mereka bertapak
disana, dengan itulah mereka dikatakan berasal dari Burma. Sebelum
menyerang
kerajaan Islam Toung Oo di Burma(ini bekemungkinana Arakan), mereka telah menubuhkan kerajaan Buddha
Lannathai di Luang Phrabang, di sempadan Laos. Mereka cuba menyerang Chieng Mai
namun gagal kerana terdapat banyak orang-orang islam disana termasuk
orang-orang Siam Islam dari rumpun Melayu dan orang-orang China Islam. Cerita
yang dikongsikan oleh anai2 ini ade dirujuk silang di wiki cume mungkin beda
dari segi name tempat( beza ikut bahasa) boleh baca disini
Di
Burma ketika itu diperintah
oleh anakanda Boromokot Sultan Muhiyuddin Mansur Syah, Maharaja
Ayuthia(Yg Dipertuan Agong Benua Islam Siam dr Ayuthia ke Borneo) yakni
Sharif Yang Di Pertuan (masih muda dan baginda memerintah di Toung Oo
dan
disana baginda bergelar Mahadammayaza, dari bahasa Arab bermaksud, ‘raja
dari
berlainan darah’ Berikutan serangan itu Mahadammayaza berundur ke
Ayuthia dan
di sana baginda digelar sebagai Boromoraja Ekataat V. Rentetan serangan
diBurma
ini lah yang membawa kepada serangan di Ayuthia(memburu gologan
bangsawan dari
Burma yang berundur). Baiklah kejayaan Raja Aluangphaya ini menawan
Ayutthaya sedikit sebanyak adalah
dibantu dengan berpaling tadahnya General tentera Ayutthaya yang bernama
Hussein, Hussein telah dilantik oleh menjadi pemerintah Ayuthia bergelar
Phya
Tak Sin pada 28 Dis 1767. ‘Phaya Tak’ adalah gelaran sahaja semasa
menjadi raja
daerah dan Sin adalah ringkasan bagi nama sebenarnya, Hussein (nama
penuh
Mokhtar Hussein). Apabila menjadi Raja Ayuthia yang baru, Phaya Tak Sin
tidak
menyerang Ligor dan meluaskan kuasa empayarnya kerana tahu mantan
Maharaja
Ayuthia, Boromoraja Ekataat V tidak dibunuh dalam serangan tahun 1767
dan masih
bersemayam di Ligor.
Baiklah kembali
kepada persoalan asas mengapa belakunya serangan pertama keatas Burma atau
lebih tepat kerajaan Islam Toung Oo dalam tahun 1757/8? Faktor pertama,
serangan ini dimulakan berikutan kemangkatan Boromokot Sultan Muhiyuddin Mansur
Syah, Maharaja Ayuthia yang bersemayam di Kota Palas, Ulu Melaka, Pulau
Langkawi (rujuk Undang-Undang Kedah). Faktor kedua sudah pasti perkembangan
agama dan faktor ketiga pengluasan kawasan penjajahan menjamin pulangan
perdagangan yang lumayan. Faktor perkembangan agama disokong oleh Dr. Jacques
P. Leider seabad kemudian dalam tulisannya bertajuk Arakan around 1830 – Social
Distress and Political Instability in the Early British, matlamat agama iaitu
agenda mengintegrasikan antara Buddha-Islam adalah antara agenda penting penjajahan
Burma ke Arakan. Malah Sami Buddha juga terlibat dalam usaha untuk menyatukan
semua agama di bawah Buddha.
Rasanya akan ada
pembaca yang mula pening apabila penggunaan Arakan dan Burma digunakan disitu.
Biarkan seketika perkara itu, abaikan dahulu. Pada 6 April 1782, Phya Tak Sin
telah dikhianati dan digulingkan oleh
Generalny juga iaitu Yot Fa Chulalok (dari Luang Phrabang) yang tidak berpuas
hati akan tindakannya. Chulalok bermaksud anak menteri. Dia membunuh Phya Tak
Sin dan melantik dirinya sendiri menjadi Raja Siam Buddha Dinasti Chakri yang
pertama bergelar Rama I. Dari tarikh tersebut bermula usaha mereka untuk
meluaskan kawasan, dan mengambil kembali kawasan jajahan Siam yang telah
hilang. Ia juga bertujuan untuk menghapuskan etnik Melayu dari rumpun Siam
Islam lantas menutup ketamadunan Islam di nusantara. Akan tetapi mereka lupa
semasa jajahan Siam dahulu, maharajanya beragama Islam, sementara raja-raja
dinasti Chakri ini beragama Buddha menyebabkan raja-raja Siam Islam di wilayah
selatan semenanjung tidak mahu tunduk kepada mereka, kecuali pembelot yang
tamak.
Apabila Rama I
mengambil alih pemerentahan dalam tahun 1782, Syarif Yang Di Pertuan telah
kembali ke Kedah dan bersemayam di Istana Kota Meang Kuang yang baru saja siap
dibina. Pada ketika itu Kedah masih lagi luas dan besar kawasannya, bermula
dari Segenting Kra dan diperentah oleh Syarif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia
Benua Islam Siam. Bukti status baginda sebagai pemerentah ada tercatit di muka
surat 43, Undang-Undang Kedah, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2005,
Transliterasi Teks Penyenggara Mariyam Salim.
Penkhianatan sekali
lagi berlaku dalam sejarah Negara Islam Siam apabila Pada tahun 1812, Sultan
Ahmad Tajuddin Halim Syah dilantik menjadi hulubalang oleh Syarif Yang Di Pertuan bagi membantu mengusir tentera
Raja Buddha Burma di Pulau Salang di Pho Kheag (hari ini, Phukhet), Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah telah belot
kepada Syarif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia. dengan memberi bantuan kepada
tentera Raja Rama II Chakri Sokho Thai untuk membunuh Raja Maha Besar Benua
Islam Siam Kedah, Syarif Yang Di Pertuan di Istana Kota Meang Kuang. Lokasi
sebenar Kota Meang Kuang telah di bocorkan oleh beliau (dan Tengku Anum) dan
serangan thai dari negeri Siam dilakukan secara serang hendap (lihat “Sejarah
Kedah Sepintas Lalu”, Haji Ibrahim Ismail).
Maka
berakhirlah
sejarah pemerintah terakhir kerajaan Siam (Ayuthia), Syarif Yang Di
Pertuan adalah
raja yang ke 33 dan. Apa yang menareknya daripada 33 raja yang
memerintah
Ayuthia hanya 3 makam sahaja berada di Ayuthia dan makam yang laen bukan
dimusnahkan namun berada di negeri mereka masing2 yang mana pada waktu
ini system
pengiliran raja dijalankan sepertimna system yang sama digunpakai oleh
Malaysia diwaktu ini bagi melantik Yang Dipertuan Agung(sebenarnya
model
pengiliran Sultan yang digunapakai adalah tradisis lama yang telah
diterapkan
oleh pemerintahan kita sejak dahulu lagi).
Negara Thailand hari
ini asalnya adalah negara siam islam. Mereka adalah puak tantera sukothai yang
menawan Ayuthia siam islam dalam tahun 1767. Mereka kemudian memperkenalkan
“Dasar Rathinayok” untuk meng thai kan bangsa siam islam.Pada masa inilah,
ramai orang-orang Melayu Siam di Kedah, Patani, Kelantan menderita dan di bunuh
atas alasan menentang dasar itu, kerana waktu itu kita belum lagi merdeka dan
menantu Chulalongkorn, Sultan Abdul Hamid menjadi Sultan di Kedah turut
menguatkuasakan arahan ini.
Penulisan Prof Dr Nik Anuar Nik Mahmud dalam Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954 membuktikan segalanya,
“Pibul telah
mengubal Dasar Siam Rathaniyom atau dasar adat resam Siam(bermaksud thai
disini). Di bawah dasar ini, kesemua penduduk di negara itu tanpa mengira kaum
dan agama dikehendaki memakai pakaian potongan Eropah, bertopi, makan dengan
sudu dan menggunakan meja sebagai tempat makan. Bagi memastikan dasar itu
berjaya, Pibul Songgram terlebih dahulu telah bertindak menghapuskan
penentang-penentangnya yang dianggap boleh menggagalkan rancangannya. Operasi
menangkap musuh-musuh politiknya telah dijalankan pada awal Januari 1940 atas
alasan untuk membersihkan anasir-anasir yang terlibat dalam komplot untuk
menggulingnya. Antara mereka yang ditahan termasuklah Putera Chainat, bapa
saudara Raja Ananda Mahidol, Kolonel Phraya Song dan Leftenan-Jeneral Phraya
Thephusdin. Pibul memulakan rancangannya dengan mengumumkan tujuh dikri atau
arahan bersifat perundangan dalam tahun 1939. Ketujuh-tujuh dikri itu adalah
mengenai cara untuk menanamkan semangat cintakan negara di kalangan rakyat
negara itu. Sejajar dengan semangat itu nama negara itu telah ditukar daripada
“Siam” kepada Thailand “.
Seperkara
yang tidak
disebut diatas ialah mengenai penggunaan bahasa. Bahasa Siam tidak lagi
boleh
dituturkan. Hanya bahasa thai saja boleh digunakan di Thailand, diajar
di
sekolah-sekolah dan pada hari ini bahasa siam tidak lagi digunakan,
malah pupus
di Patani pun. Kejatuhan kerajaan Ayuthia ini sebenarnye yang bayak
mencerminkan kerajaan dan sempadan negara kita hari ini. Sebenarnya
British byk membantu thai dalam meperolehi apa yang dimahukan mereka
perjanjian British-Siam ataupun perjanjian Bangkok sebenarnya telah
menerbitkan senpadan baru dan sedikit sebanyak mengelapkan sejarah
negara kita terutamanya bagi negeri-negeri dipantai timur dan utara
Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan