Selasa, 25 November 2014

MALAYSIA CELAKA BAIK DENGAN NEGARA ISRAEL.

Kita semua tahu bahawa Malaysia tiada hubungan diplomatik dengan Israel. Pendirian tidak mengiktiraf kewujudan Israel sebagai negara yang sah jelas melalui Pasport Malaysia yang membenarkan rakyat Malaysia masuk ke mana-mana sahaja negara di dalam dunia kecuali Israel. Kita tidak membuka Pejabat Kedutaan Israel dan tiada juga kita membenarkan pembukaan Kedutaan Israel di Malaysia.

Walaubagaimanapun tidak ramai di kalangan kita yang mengetahui bahawa Malaysia mempunyai hubungan perdagangan dengan Israel. Maksud perdagangan ini adalah Malaysia ada mengeksport barangan ke Israel dan juga mengimport barangan dari Israel.

Pada tahun 2012, Timbalan Menteri Perdagangan Antabangsa dan Industri Dato' Sri Mukhriz Mahathir (kini MB Kedah) mengakui bahawa Malaysia membenarkan perdagangan antara syarikat yang berpengkalan di Malaysia dengan Israel di dalam laman web sosial Twitter beliau seperti dibawah:





Jadi ianya bukan lagi rahsia bahawa Malaysia sememangnya berdagang dengan Israel walaupun tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. 

Statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia tidak menunjukkan nilai jumlah dagangan dan juga jenis dagangan yang dibuat antara Malaysia dengan Israel. Walaubagaimanapun data tentang barangan yang dieksport dan diimport oleh negara kita dengan Israel boleh diperolehi di laman web Central Bureau of Statistics Israel.
Pada separuh tahun pertama 2013, Laporan Perkembangan dan Trend Eksport Israel mencatatkan bahawa Malaysia berada di tangga ke-11 destinasi eksport Israel. 99% daripada barangan yang dieksport ke Malaysia adalah komponen elektronik. Jumlah dagangan Januari hingga Jun 2013 adalah NIS590 juta atau lebih kurang RM500 juta. Ekport komponen elektronik ini adalah daripada rantaian bekalan global Intel di mana kilang di Israel membuat cip-cip elektronik kemudiannya dieksport ke Malaysia untuk pemasangan cip dan komponen elektronik tersebut di fasiliti pemasangan dan percubaan (assembly and testing facilities) di Pulau Pinang dan Kulim. Maknanya di sini yang bertanggungjawab atas perdagangan Malaysia dengan Israel adalah Intel.
Pertumbuhan eksport Israel ke Malaysia pada 1H 2013 juga adalah antara yang paling pesat iaitu pertumbuhan pada kadar 124% berbanding negara-negara lain.

Data untuk tahun 2013 pula menyaksikan Malaysia sebagai destinasi ekport Israel naik ke tangga ke-7 seperti yang dilaporkan didalam Developments and Trends in Israeli Export 2013. Seperti yang diterangkan di atas kebanyakan eksport ini adalah yang melibatkan satu industri dan rantai bekalan global Intel. Jumlah eksport Israel ke Malaysia pada tahun 2013 adalah NIS1.5bil atau RM1.4bil.
m/s 28

Malaysia berada pada tangga ke-7 destinasi eksport utama Israel hanya di belakang USA, UK, China, Turkey, Netherlands dan Germany. 

Selain daripada Malaysia mengimport barangan dari Israel, kita juga ada mengekport barangan kita ke Israel. Senarainya amat panjang tetapi anda boleh merujuk jenis barangan dan nilai barangan berserta kod barangan yang dieksport dari Malaysia ke Israel di sini: Import from Malaysia 2013 - CBS Israel.

Dalam pada masa yang sama ada juga beberapa pihak telah mendedahkan perdagangan Malaysia dan Israel melalui syarikat perkapalan Zim World Shipping Sdn Bhd antara Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Ashdod di Israel. Kami menyarankan anda membuat carian sendiri tentang berita tersebut kerana kami cuba mengelakkan unsur-unsur politik di sini,

Jadi adakah negara kita antara penyumbang kepada Israel? Jawapan kami adalah ya. Intel Israel menjual barangan kepada Intel Malaysia yang kemudiannya menerima bayaran dan akan dimasukkan kedalam hasil dan keuntungan Intel Israel. Intel Israel kemudiaannya akan membayar cukai pendapatan korporat (24% daripada keuntungan kasar) kepada kerajaan Israel. Daripada cukai itu kerajaan Israel pasti akan memperuntukkan perbelanjaan mereka termasuklah perbelanjaan pertahahan yang akan disalurkan kepada Israel Defense Forces.

Ada yang akan berkata bahawa kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab kerana hubungan dagangan ini adalah B2B atau Business to Business dan bukannya G2G atau Government to Government. 

Kami bersetuju dan tidak menafikan hubungan dagangan Malaysia dengan Israel adalah B2B dan bukan G2G tetapi yang memberi kebenaran kepada syarikat-syarikat ini berdagang dengan Israel adalah kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Jika MITI tidak membenarkan perdagangan ini berlaku, maka ia tidak akan berlaku. 

Selain daripada komponen elektronik Intel, ada juga barangan lain yang dieksport dan diimport dengan Israel yang disenaraikan oleh Central Bureau of Statistics Israel di sini (eksport ke Israel) dan (import dari Israel). Ini bermakna MITI juga membenarkan syarikat selain Intel berdagang dengan Israel seterusnya memberikan hasil dan kelebihan ekonomi kepada Israel melalui cukai, peluang pekerjaan kepada warga Israel di atas tanah Palestin yang dirampas dan pembukaan kilang di penempatan haram Israel di atas tanah Palestin (Tebing Barat).

Kami mengalu-alukan kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapha Mohamed bahawa kerajaan akan memperhalusi hubungan dagang syarikat multinasional dengan Israel: Astro Awani


Kami seru mereka yang betul mahu-mahu negara kita tidak menyumbang kepada Israel supaya peka dengan hubungan dagangan antara Malaysia dengan Israel. Jika perlu diadakan perhimpunan aman untuk menuntut MITI menangguh (atau menghentikan) hubungan dengan Israel ia sangat dialu-alukan malah lebih baik daripada perhimpunan kurang aman di depan restoran makanan segera yang berlaku baru-baru ini.

Artikel berkenaan Intel akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Berapa jumlah nilai jualan Intel dari Israel ke Malaysia juga akan kami senaraikan. Ini tidak bermaksud kami memanggil anda untuk memboikot produk Intel (di dalam komputer, handphone dan lain-lain) tetapi tujuan utama adalah supaya kita boleh memberi tekanan kepada kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan kita kepada Israel.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin