Rabu, 24 Oktober 2012

KUASA KESULTANAN MELAYU DI PERKUKUHKAN SEBAGAI KUASA YANG TERTINGGI DALAM SISTEM POLITIK MELAYU



Dalam hierarki masyarakat Melayu yang berbentuk pyramid, raja merupakan golongan yang menduduki hierarki yang teratas. Ketinggian darjat raja dalam masyarakat telah memberikan mereka kuasa pemerintahan yang tertinggi. Kekukuhan kuasa raja tidak dapat dipertikaikan oleh pembesar mahu pun rakyat jelata.

Peranan raja sebelum kedatangan Barat.

Ketua Negeri


-Sebelum kedatangan Barat, raja dianggap sebagai ketua negeri yang tertinggi, berdaulat, dan harus dihormati. Baginda dianggap sebagai lambang perpaduan sesebuah negeri. Raja dianggap mempunyai satu kuasa sakti yang bertujuan untuk mengagung – agungkan seseorang raja. Rakyat yang melanggar perintah raja akan mendapat tulah atau kemalangan. Rakyat menaruh kepercayaan kuat kepada raja kerana percaya kepada fahaman bahawa raja adalah wakil Allah di bumi. Ini bererti segala titah raja tidak boleh disanggah kerana segala urusan pentadbiran raja bererti adalah perintah Allah, jika disanggah bererti melanggar perintah Allah. Tugas raja banyak tertumpu kepada aspek agama Islam dan adat Istiadat melayu.




Kuasa Politik


-Kuasa politk raja banyak dilaksanakan oleh pembesar. Oleh itu perlantikan pembesar adalah dibawah kuasa raja. Pembesar bertanggungjawab menjalankan pentadbiran di sesebuah kawasan yang telah dikurniakan oleh raja. Raja mendapat sokongan daripada pembesar dalam menentukan kedudukannya sebagai raja, contohnya perlantikan Sultan Perak banyak bergantung kepada sokongan Pembesar pada mnasa itu. Diantara tugas – tugas ialah:-

a. Raja mempunyai kuasa politik pusat ke atas kawasan yang ditadbir oleh raja contohnya di muara-muara sungai di bahagian yang terhad.

b. Baginda memainkan peranan dalam bidang kehakiman sebagai ketua hakim bagi mengadili sebarang perbicaraan yang memerlukan keputusan raja.

c. Raja mempunyai kuasa memungut cukai ke atas kawasannya contohnya cukai bijih timah. Sultan Abdul Samad menerima cukai hasil dari Kelang daripada Raja Mahadi.

d. Raja bertanggungjawab untuk mengawal keamanan dan kemakmuran negeri.



Keistimewaan Raja

-Kedudukan raja diperkukuhkan lagi dengan hak istimewa yang membezakan raja dan orang kebanyakkan raja memiliki alat kebesaran untuk membuktikan kekuasaannya , contohnya cop mohor, keris, payung, ceper, tombak dan kendi untuk membuktikan kedaulatan kerajaannya. Raja juga mempunyai keistimewaan dalam penggunaan arna tertentu, bahasa istana dan muzik khas raja seperti nobat.

Kesimpulan

Setelah sistem residen diperkenalkan, termeterainya perjanjian Pangkor pada tahun 1874 dankuasa raja mulai berkurangan. Kuasa raja hanya terhad kepada hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu. Pada dasarnya tugas residen adalah untuk menasihati Sultan tetapi sebenarnya telah menguasai seluruh kuasa pentadbiran negeri dan pungutan cukai di mana sebelum ini dilaksanakan oleh raja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin