Selasa, 23 Oktober 2012

PERISTIWA MAMALI DI BALING,KEDAH


Maran: Peristiwa Berdarah MAMALI sejak 24 Tahun yang lalu mengimbau kembali sejarah hitam dalam perjuangan Islam di Malaysia. Para Syuhadah yang diketuai oleh Ustaz Ibrahim Libya telah syahid ketika cuba mempertahankan akidahnya untuk menyebarkan agama Islam di Kedah.

Kerajaan di bawah pimpinan ditaktor Tun Dr Mahadhir telah menghantar polis dan tentera dalam menghapuskan pengaruh Asy Syahid Ibrahim Libya terutamanya dalam menyebarkan agama Islam yang sebenar bersama beberapa orang islam yang lain, sedangkan ketika itu beliau memegang jawatan sebagai pendakwah bebas di Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Agama Islam Kedah.

Dalam memeberi penerangan dan kefahaman kepada generasi muda, Ketua DPP Pusat iaitu Ust Nasaruddin Hassan At Tantawi membuat sesi penerangan melalui ceramahnya di seluruh negeri. Usaha ini sedikit sebanyak akan memberi semangat kepada generasi muda untuk bangkit kembali dalam memperjuangkan dan mempertahankan agama suci Islam daripada dinodai oleh kerajaan UMNO-BN.

Semasa memberi ceramah di Pasti Hassan Al Bana, Kuala Sentul, Beliau menyarankan agar generasi pemuda bangkit daripada kongkongan dan penidasan UMNO-BN sejak 52 tahun merdeka lagi. Islam di negara ini terjejas dan teraniaya akibat daripada pentadbiran sekular yang hanya mementingkan diri sendiri dan korni yang berkepentingan sahaja.

InsyaAllah, dengan mandat yang akan diberikan oleh rakyat kepada pas pada PRU 13 nanti, satu perubahan besar akan berlaku terutamanya dalam membenarkan kata-kata Allah bahawa Islam adil dan sesuai untuk semua manusia di dunia ini.

Malah, orang2 yang bukan Islam telah menaruh keyakinan dan kepercayaan kepada pas untuk mentadbir PR serta negara ini kerana negeri-negeri yang dipimpin oleh pas iaitu Kelantan, Kedah dan Perak memberi gambaran yang sangat positif bahawa Islam mampu memimpin Perubahan.

Pas Maran berharap, semua rakyat pahang dan umumnya Malaysia tidak akan memberi peluang lagi kepada UMNO-BN untuk menindas serta merompak hak rakyat pada PRU13 akan datang. Malah, rakyat telah maju dari segi pemikiran dan ilmu dalam menilai pemimpin yang layak dan beramanah dalam mentadbir negeri dan negara bagi menjamin kesejahteraan generasi sekarang dan akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin