Rabu, 24 Oktober 2012

ORANG INDIA MALAYSIA

Orang India Malaysia ialah rakyat Malaysia yang berasal dari India. Kebanyakan mereka datang ke Malaysia semasa zaman penjajahan British di Malaya. Namun, sumber-sumber sejarah membuktikan bahawa kaum india tiba di Malaysia sejak zaman keagungan Dinasti Chola. Kini, kaum ini merupakan kaum ketiga terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu dan Cina.

Isi kandungan

Sejarah

Rencana utama:Senarai Orang India Malaysia
Orang-orang India telah datang berniaga ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu berdasarkan kitab Ramayana yang menyebut mengenai cengkih. Kitab Ramayana yang ditulis kurun ke lima atau empat sebelum masihi (2,500 tahun dahulu).[1][2] menyebut mengenai cengkih[3], [4], [5] (yang berasal dari kepulauan Indonesia).
Kumpulan-kumpulan seperti komuniti Chitty Melaka dan komuniti Mamak merupakan keturunan penghijrah semasa Kesultanan Melaka dan kemudiannya semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda. Perolehan Negeri-negeri SelatPulau Pinang, Melaka dan Singapura — oleh pihak British antara tahun 1786 hingga 1824 memulakan satu aliran masuk tidak putus-putus yang terdiri daripada buruh, pedagang, supai, dan banduan yang melibatkan diri dalam bidang pembinaan, pertanian dagangan, pertahanan, dan perdagangan. Bagaimanapun, penghijrahan orang India secara beramai-ramai dari subbenua India ke Tanah Melayu menyusul:
  • peluasan pemerintahan British ke negeri-negeri Melayu yang terletak di pantai barat sejak dekad 1870-an; dan
  • pertumbuhan ekonomi perladangan getah yang kemudian.
Penduduk India di Tanah Melayu dan Singapura sebelum kemerdekaan terdiri terutamanya daripada orang dewasa lelaki yang meninggalkan keluarga mereka di India and Sri Lanka. Oleh itu, dengan kedatangan dan kepulangan mereka, bilangan penduduk India naik turun dengan kerap. Pada tahun 1901, bilangan penduduk India di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah lebih kurang 120,000. Menjelang 1931, bilangan ini telah bertambah menjadi 640,000 di Tanah Melayu dan Singapura, dan di negeri Selangor, bilangan mereka melebihi orang Melayu pada tahun itu. Bilangan penduduk India hampir-hampir tidak berubah sehingga 1947 disebabkan mereka pergi ke Myanmar semasa pendudukan Jepun sebagai rekrut untuk Angkatan Tentera Kebangsaan India, dan kuli untuk Landasan Kematian. Pada tahun 2005, orang India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta).

Perkataan Tamil dalam Bahasa Melayu

Elemen budaya penting dalam menjalankan perdagangan pada zaman dahulu. Sejarahwan J.V. Sebastian, K.T. Thirunavukkarasu, dan A.W. Hamilton merekod bahawa Tamil merupakan bahasa yang digunakan dalam perdagangan di Malaysia dan Indonesia semasa zaman dahulu.[6]

Kata-kata Tamil dalam bahasa Melayu

Pinjaman dari bahasa Tamil termasuk kata-kata harian seperti:.[6]
Bahasa Tamil Bahasa Melayu
akka kakak
kadai kedai
kappal kapal
katikam ketika
muthu mutiara
nagaram negara
purva purba
raja raja
suniyam sunyi
tali tali
udayam udaya
vakai bagai
bhumi bumi
Surya Suria
Bumiputeran Bumiputra

Penghijrahan Tamil

Sebahagian penghijrah India yang amat besar terdiri daripada penutur bahasa Tamil dari negeri Tamil Nadu. Pada tahun 1947, mereka merupakan 77% daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu dan Singapura. Orang India Selatan yang lain, khususnya orang Malayalee dan Telugu, merupakan lagi 14% pada tahun 1947, dan baki komuniti India terdiri daripada orang India Utara, terutamanya orang Punjabi, Bengali, Gurjarati, dan Sindhi.

Pembahagian pekerjaan

Pembahagian etnik lebih kurang mengikuti pengkhususan pekerjaan. Umpamanya ketika zaman kolonial British, kebanyakan orang Tamil India bekerja sebagai buruh ladang, terutamanya di ladang getah, walaupun sebahagian kecil juga bertugas di jabatan-jabatan perkhidmatan awam. Kebanyakan orang Telegu juga bekerja sebagai buruh ladang, sedangkan komuniti Malayalee pula dibahagikan kepada mereka yang bertugas sebagai pekerja pentadbir di ladang-ladang serta sebagai pekerja kolar putih pentadbiran di bandar. Kaum Tamil Ceylon pula dibawa bertugas dalam kerajaan kebanyakannya pada taraf kerani dan keatas. Kerjaya setiap kaum dari India dan Ceylon (Sri Lanka) telahpun dipra-tentu oleh Kerajaan British yang menjajah Malaya ketika dahulu. Maka, keperluan pelbagai tenaga kerja akan diperolehi dari suku kaum yang sudahpun dipratententukan.
Orang India Utara, kecuali orang Sikh, terdiri terutamanya daripada pedagang dan peniaga. Umpamaya, Gujarati dan Sindhi memiliki sebilangan syarikat tekstil yang penting di Tanah Melayu. Orang Sikh biasanya bertugas sebagai polis atau pemgawal.
Selepas tahun 70-an, Pekerja estet kaum Tamil dan Telugu sudah mula berhijrah ke bandar akibat banyak ladang-ladang getah telah ditutup dan dimajukan untuk tujuan lain. Terdapat pekerja yang telah bekerja berpuluh-puluh tahun telah diberhentikan begitu sahaja dan tidak diberikan apa-apa pampasan.[7].
Pada 22 Ogos 2009, YB Dato Dr. S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia menyatakan bahawa kerajaan sedang mengambil langkah meningkatkan taraf hiidup pekerja ladang, terutamanya orang India yang berkerja di ladang.[8] Kerajaan nampak turut bersimpati dengan keadaan kaun India terutama sekali dalam bidang ekonomi, sosial serta pelajaran. Oleh kerana kerajaan menghargai dan mengiktiraf sumbangan kaum India terhadap asas ekonomi negara Fasa 1 (Getah sebelum 1975)dan Fasa kedua (Kelapa Sawit 1975 hingga 1990). Kerajaan sejak dulu lagi telah memberi banyak sokongan kepada kaum India Malaysia. Terdapat peruntukan RM1 juta pada tahun (2006) menerusi tabung bantuan pendidikan Pembangunan Insan Kemahiran Teknikal, bagi tujuan melatih belia-belia India yang gagal dalam pelajaran untuk mengikuti kursus jangka pendek di Kolej Industri dan Pendidikan Negeri Selangor (INPENS). Belia India bukan sahaja diberi latihan dalam bidang kemahiran teknikal, tetapi mereka juga diberikan bimbingan keagamaan setiap hari Jumaat oleh guru agama mereka. Selain itu wang saku juga diberi sebenyak RM100 sebulan. Selain itu, Kerajaan negeri Selangor turut mewujudkan Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Estet negeri Selangor untuk membantu anak-anak ini melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dikendalikan oleh Yayasan Selangor dengan peruntukan sebanyak RM1 juta setahun. Peruntukan sebanyak RM3 juta setahun juga diberikan untuk rumah ibadat bukan Islam termasuk kuil-kuil berdaftar. [9]
Kini, hampir 16% pekerja profesional di Malaysia terdiri daripada kaum India. Ini termasuk doktor (28.4%), peguam (26.8%), doktor gigi (21%), doktor veterinar (28.5%), jurutera (6.4%), akauntan (5.8%), juruukur (3.0%) dan arkitek (1.5%). Terdapat juga peningkatan jumlah perniagaan dalam masyarakat India. Kebanyakan golongan profesional terdiri daripada kaum Tamil Sri Lanka dan Kaum Malayalee. Manakala, kaum Sindhis, Gujaratis dan Punjab juga terlibat dalam perniagaan.[perlu rujukan]

Kelompok etnik yang lain

Selain daripada kumpulan orang India yang tersebut di atas, terdapat juga tiga kumpulan etnik dan agama yang mempunyai kepentingan politik dan ekonomi yang jauh melebihi bilanganya. Dua daripadanya ialah komuniti perniagaan yang penting, iaitu:
Kumpulan ketiga ialah Tamil Sri Lanka yang kebanyakannya bertugas dalam Perkhidmatan Awam dan bidang-bidang profesional.

Taburan geografi

Kesepadanan yang rapat antara pembahagian etnik dan pekerjaan komuniti India dibayangkan dalam taburan geografi kaum India di Tanah Melayu. Orang Tamil India Selatan bertumpu, khususnya di ladang getah dan landasan kereta api Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan, walaupun sebilangan mereka juga bekerja di limbungan Pulau Pinang.
Orang Telugu banyak terdapat di ladang-ladang getah Perak Bawah dan beberapa bahagian di Selangor, sedangkan orang Malayalee tinggal terutamanya di Perak Bawah, Kuala Lumpur, beberapa bahagian di Negri Sembilan, serta di Johor Bahru.
Komuniti-komuniti perniagaan, iaitu komuniti Gujarati, Sindhi, Chettiar, dan Muslim Tamil, bertumpu di kawasan bandar, terutamanya Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Ipoh. Tamil Sri Langka pada umumnya juga merupakan komuniti bandar, walaupun sebilangan mereka juga tinggal di kawasan-kawasan luar bandar sebagai kakitangan ladang.
Negeri Peratus kaum India(%)
Perak 20
Negeri Sembilan 16
WP Kuala Lumpur 13.4
Selangor 13.3
Pulau Pinang 13.3
Kedah 7.1
Johor 6.9
Melaka 6.5
Pahang 5.0
WP Putrajaya 2.7
Perlis 1.3
WP Labuan 1.3
Sabah 0.5
Kelantan 0.3
Terengganu 0.2
Sarawak 0.2
Sumber: Statistik Bancian Negara Malaysia tahun 2000, Jabatan Perangkaan Malaysia.
  • Statistik data Putrajaya pada tahun 2004, dan anggaran rasmi pada tahun 2010 ditambah kedalam populasi Selangor.
  • Anggaran populasi dibundarkan dalam angka ratusan terdekat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin