Sabtu, 6 Oktober 2012

SABAH DAN SARAWAK DI PASANG PARABOLA


KOTA KINABALU: Usaha berterusan perlu bagi memperluaskan pengunaan jalur lebar di Sabah yang masih lagi rendah berbanding Semenanjung Malaysia dan Sarawak.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang berkata penggunaan jalur lebar di Sabah masih rendah iaitu kurang daripada 35 peratus.


Oleh itu dengan pelancaran perkhidmatan P1, ia dapat menyumbang kepada pencapaian objektif kerajaan untuk mencapai sehingga 50 peratus perluasan jalur lebar di Sabah, katanya.


Perluasan jalur lebar di Malaysia telah mencapai sebanyak 63.95 peratus, manakala jumlah pengguna internet telah mencecah seramai 17.5 juta pengguna.


Beliau berkata, pelancaran perkhidmatan P1 di Sabah akan membantu meningkatkan perluasan jalur lebar di negeri ini dan ia akan membolehkan ramai orang di Sabah merasai pengalaman gaya hidup digital.


“Oleh itu, saya menyeru orang Sabah untuk memanfaatkan perkhidmatan jalur lebar,” katanya ketika merasmikan perkhidmatan Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd (P1), di sini 12 September lalu.


Joseph berkata, beliau tidak merasakan masalah liputan sebagai isu sebenar kerana jumlah pengguna jalur lebar di Sabah masih rendah walaupun kualiti dan liputan sudah bertambah baik.


“Walaupun Sarawak lebih luas kawasannya dari Sabah, tetapi Sarawak mencatatkan jumlah pengguna jalur lebar yang tinggi dan sekarang sudah hampir mencapai 48 peratus.


“Maka, kita di peringkat kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengenalpasti kenapa penggunaan jalur lebar masih rendah di Sabah berbanding di tempat lain.


“Dengan pelancaran perkhidmatan P1 ini adalah diharapkan penggunaan jalur lebar di Sabah akan meningkat,” katanya.


Menurut Joseph, di Sabah mereka telah membuat tinjauan dengan operator telefon mengenai jumlah pengguna di Sabah yang menggunakan telefon pintar. Ia kerana telefon pintar juga mempunyai perkhidmatan internet dan ia lebih mudah dibawa ke mana-mana.


Katanya, bagi mencapai objektif yang ditetapkan di bawah Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI), pelbagai kempen kesedaran dan promosi jalur lebar telah dilaksanakan dengan skala yang besar.


Antaranya, inisiatif yang dilaksanakan termasuklah pusat jalur lebar komuniti seperti Pusat Internet 1Malaysia yang akan bertambah kepada 628 buah pada akhir tahun ini, kampung tanpa wayar 1Malaysia yang akan mencecah lebih 4,000 kampung pada akhir tahun dan Program Laptop 1Malaysia yang diagihkan kepada lebih satu juta kepada pelajar dan masyarakat di luar bandar.


Apabila ditanya mengenai pengharaman parabola, beliau berkata ia perlu dilihat dari segi undang-undang kerana tiada sebab untuk mengharamkan pengunaan parabola ini.


“Saya tidak rasa parabola dapat meningkatkan perluasan jalur lebar. Ia tidak berkaitan sama sekali.


“Ia telah diharamkan namun masih ramai orang yang telah menggunakan parabola di premis mereka.


Persoalannya di sini, kenapa ia dibenarkan berlaku? Saya tidak merasa ia sesuai digunakan untuk kita.

“Sudah ada ribuan parabola di Sabah dan Sarawak, persoalan di sini adakah mereka telah membuat permohonan lesen atau tidak?

“Saya cuma tertanya-tanya sama ada Timbalan Ketua Menteri Sabah telah berbincang mengenai isu berkenaan dengan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan daripada bercakap isu berkenaan dengan pemberita,” katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin