Sabtu, 13 Oktober 2012

NEGARA BRUNEI DARUL SALAM MENGGUNAKAN PARABOLA DENGAN SECARA YANG SAH

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Ogos – Kementerian Perhubungan mengeluarkan peringatan kepada orang ramai tentang perlunya mempunyai lesen sah bagi pemilikan TVRO (Televisyen Receive Only) yang lebih dikenali sebagai Parabola, di Negara Brunei Darussalam.
TVRO kali pertama diperkenalkan di Brunei Darussalam dalam tahun 1990an dan terus menjadi salah satu media popular bagi hiburan keluarga. Bagaimanapun tidak ramai yang mengetahui tentang lesen yang disertai bersama pemilikan TVRO di bawah Akta Penyiaran (Bab 180)
Baru-baru ini satu dialog telah diadakan di Kementerian Perhubungan dengan peniaga-peniaga TVRO untuk menangani penjualan peralatan TVRO yang dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan Dato Paduka Haji Awang Alaihuddin POKDG Haji Mohammad Taha.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, semasa dialog berkenaan beliau telah menekankan bahawa peniaga TVRO seharusnya hanya menjual peralatan mereka kepada pemegang lesen TVRO yang sah.
Di bawah Seksyen 23 Akta Penyiaran (Bab 18), lesen diperlukan bagi memasang dan memiliki peralatan TVRO. Bayaran lesen bagi orang ramai untuk memiliki peralatan TVRO (FST) adalah B$360 untuk satu unit, manakala bagi kafe dan restoran (FSR) B$500 satu unit. (TVRO atau Parabola berfungsi sebagai penerimaan sahaja dan tidak dapat menyiarkan macam fungsi walkie talkie yg lebih murah lesennya).
Permohonan mendapatkan lesen TVRO yang dinyatakan boleh dibuat di Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Brunei Darussalam (AITI) bagi pihak Kementerian Perhubungan.
Mengikut Seksyen 41 Akta Penyiaran (Bab 180) pemasangan dan operasi peralatan TVRO tanpa lesen boleh dikenakan denda sehingga B$40,000 dengan penjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali manakala peralatan itu akan dirampas oleh pihak kerajaan.
Sehubungan itu orang ramai digalakkan dimestikan mendapatkan lesen yang sah untuk mengelak dikenakan denda atau ditangkap.
Keperluan bagi lesen TVRO telah wujud sejak 1990an di bawah skop Jabatan Telekom Brunei dan kemudian di bawah Pejabat Perdana Menteri, sebelum ia dipindahkan kepada Kementerian Perhubungan pada 21 Mei 2008.
Kementerian Perhubungan akan terus mengawasi bagi memastikan semua pemilik peralatan TVRO di Brunei Darussalam mempunyai lesen TVRO yang sah. Kementerian itu menasihatkan semua pengguna supaya membeli peralatan TVRO melalui peniaga yang berlesen.
Borang permohonan lesen boleh diperolehi di Pejabat AITI dan pemohon mestilah menghantar borang yang lengkap diisi kepada yang alamat yang dinyatakan di sini.
Borang permohonan boleh diperoleh di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan, Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komuniksai Brunei Darussalam (AiTI), Blok 13, Simpang 32-5, Kg Anggerik Desa, Jalan Berakas, BB 3717, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin