Umum mungkin sedia maklum tentang masyarakat Melayu di selatan Thailand, namun tidak ramai yang tahu tentang kewujudan masyarakat minoriti Thai di Malaysia terutama di utara Semenanjung. Masyarakat yang mendiami negeri-negeri seperti Terengganu, Kelantan, Kedah & Perlis ini sebenarnya berbeza dari bumiputra Malaysia yang lain. Selain beza dari segi ethnologi, bahasa pertuturan mereka juga tergolong dalam kelompok berlainan iaitu dari kelompok Tai-Kadai.Kelompok bahasa Tak-Kadai dikatakan berasal dari keluarga bahasa Sino-Tibetan. Bagaimanapun kini ada pendapat mengatakan kelompok bahasa itu sebenarnya adalah subgroup dari keluarga bahasa austronesia (sekeluarga dengan bahasa-bahasa Malayo-polynesia) Saya secara peribadi menolak pendapat tersebut dan menganggap kelompok bahasa ini tetap merupakan subgroup dari keluarga bahasa Sino-tibetan. Ini memandangkan kedekatan bahasa ini dengan bahasa-bahasa di China (Kelompok Chinese) iaitu salah satu kelomok bahasa di dalam keluarganya. Lihat perbandingan dibawah.AUSTRONESIA SINO-TIBETANMalayo-polynesia Tai-kadai ChineseMelayu Jawa Tagalog Thai Mandarin Kantonissatu siji isa neng yi yatdua loro dulawa song er yitiga telu tatlu sam san samempat papat ampat si xe seilima limo lima ha wu emenam anam anim hok liew loktujuh pitu pitu chet chi chatlapan walu walu pet pak paksembilan songo siyam kau shieo kausepuluh sepuluh sampoh sip se sapPerhatikan bahasa Thai yang merupakan salah satu bahasa dari kelompok Tai Kadai di atas. Jelas dilihat kemiripannya dengan kelompok Chinese. Dibanding dengan kelompok Malayo-polynesia, bahasa Thai jelas berbeza. Ini membuktikan kelompok bahasa Tai- Kadai sekeluarga dengan kelompok Chinese sekaligus tergolong dalam keluarga bahasa Sino-Tibetan.Berbalik kepada suku manoriti Thai di Malaysia. Menurut sejarah, Pengaruh Thai (Siam) pernah sampai hingga ke selatan Semenanjung Tanah Melayu semasa pemerintahan empayar Siam Ayudhya (1350 – 1760 TM). Beberapa buah kerajaan lama di sini pernah jatuh ke tangan Siam seperti Klangkiu (Johor) dan Gangga Negara (Perak) tetapi merosot selepas kemunculan Melaka. Bagaimanapun kekuasaan wilayah ini bukanlah bukti sahih menunjukkan kedatangan orang-orang Siam ke Tanah Melayu.Kemunculan kerajaan Siam Rattanakosin (Bangkok) membuka lembaran baru kepada hubungan Siam dan Tanah Melayu. Pada abad ke 18, Negeri-negeri Petani, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis meminta ‘perlindungan’ Kerajaan Siam bagi mengelak serangan dari luar. Sebagai penghormatan, kesemua kerajaan melayu ini diminta menghantar bunga emas setiap beberapa tahun sekali kepada raja Siam sebagai tanda terima kasih.Tawaran perlindungan yang diberi kepada negeri-negeri melayu ini sebenarnya satu muslihat Siam untuk meluaskan wilayah mereka. Penghantaran bunga emas itu telah dianggap oleh Siam sebagai kesaksian raja-raja Melayu kepada ketuanan Siam. Kerajaan Siam mula memainkan peranannya di negeri-negeri melayu ini dengan menghantar angkatan tentera sebagai alasan ‘melindungi’. Semanjak itu ramai orang-orang keturunan Siam dari utara berpindah (dipindahkan?) ke selatan dan mula mendiami negeri-negeri Petani, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Mereka turut membawa agama, budaya dan bahasa selain membuka kampung-kampung sendiri. Hakikat sebenarnya, lima negeri Melayu ini telah dikuasai tanpa disedari.Penguasaan Siam keatas empat dari lima negeri Melayu ini berakhir apabila Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diserahkan kepada Inggeris menerusi perjanjian Siam-Inggeris 1909. Bagaimanapun Negeri Petani tidak diserahkan bersama dan kekallah ia dibawah kekuasaan Siam secara rasmi. Daerah Tabal yang termasuk dalam negeri Kelantan turut berpindah tangan ke Negeri Petani dan secara automatik terletak dibawah kekuasaan Siam . Tabal mengikut sebutan Siam menjadi Tak Bai.Migrasi masuk orang-orang Siam semakin merosot selepas empat negeri Melayu ini diserah kepada Inggeris . Sebaliknya orang Siam yang tinggal di negeri-negeri tersebut pula yang lari ke Petani. Bagi memudahkan pentadbiran, Siam memecahkan negeri Petani kepada 4 wilayah (province) iaitu Narathiwat, Pattani, Yala dan Setul (Saturn). Hinggalah ke hari ini, orang-orang Siam masih dihantar ke wilayah Melayu di selatan negara itu dengan membawa slogan perpaduan. Walhal mereka sebenarnya mengikis identiti Melayu dan dinafikan hak sebagai warganegara. Hasil slogan ‘perpaduan’, generasi muda Melayu Petani kini menggelar diri mereka sebagai Thai muslim. Ramai dikalangan mereka yang tidak lagi mampu berbahasa Melayu.Sementara itu, serpihan orang Siam yang tidak ‘pulang’ ke Petani telah memilih untuk kekal di Negeri-negeri Melayu. Semasa Era kolonial Inggeris, Masyarakat Siam tidak dilayan sama sebagaimana layanan terhadap orang Cina. Mereka kekal bertani di kampung-kampung sebagaimana orang-orang Melayu sedangkan orang-orang Cina yang dibawa masuk ke Tanah Melayu ditempatkan di bandar, diberi bantuan berniaga dan mendapat kebenaran meneroka lombong-lombong timah. Seingat saya, tiada sumber yang menyebut tentang masyarakat Siam ketika zaman Kolonial Inggeris di Tanah Melayu.Sehinggalah berdirinya sebuah negara bernama Malaysia, masyarakat Siam disini terus mengaku taat setia kepada nagara tanpa berbelah bagi. Walaupun dipisahkan beberapa kilometer dari tanah leluhur, mereka tetap mendaulatkan Malaysia tanpa sedikitpun rasa taksub pada Thailand, tanah asal-usul mereka. Sehingga kini dianggarkan terdapat seramai 50,000 orang masyarakat Siam Malaysia dimana lebih separuh dari mereka tinggal di Kedah dan Kelantan. Sebagai menghormati hak-hak masyarakat berbilang kaum di Malaysia, Keturunan Siam Malaysia bebas mengamalkan bahasa, agama dan budaya mereka dalam kehidupan seharian. Kebebasan ini terlihat bilamana mereka masih mengekalkan ciri-ciri Siam pada nama keturunannya sama seperti nama keturunan mereka di negara Jiran.Bagaimanapun, dewasa ini masyarakat Siam Malaysia lebih selesa berbahasa Melayu dalam pertuturan harian mereka
KERAJAAN MALAYSIA MEMANG ZALIM KEPADA RAKYAT SATU MALAYSIA TIDAK MEMBERI PELUANG KEPADA RAKYAT MALAYSIA MENGGUNAKAN PARABOLA TVRO DI UTAMAKAN KEPADA MAHARAJA FIRAUN,MENTERI,HOTEL DAN KEDUTAAN ASING.MALAYSIA ADALAH SEBUAH NEGARA CELAKA DAN HARAM JADAH.ALLAH SWT PATUT TURUNKAN BALA DAN LAKNAT DI NEGARA MALAYSIA HARAM JADAH.MALAYSIA ADALAH SEBUAH NEGARA SYAITAN DAN IBLIS PENGHISAP DARAH RAKYAT MALAYSIA.BENDERA MALAYSIA PATUT DI BAKAR DAN DI PIJAK.
Sabtu, 6 Oktober 2012
MASYARAKAT THAI DI MALAYSIA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
KETURUNAN SIAM MALAYSIA.
Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan