Rabu, 31 Oktober 2012

MENAIKI PESAWAT KAPAL TERBANG


Entah kenapa tiba2 memori menerawang saat kami sekeluarga ke Jepun mengikuti suami yang ditugaskan ke sana kira-kira 8 tahun lalu. Sewaktu itu anak saya 2 orang. Anak yang sulung berumur 2 tahun, sementara yang ke-2 baru selesai tempoh berpantang. Itulah pengalaman pertama saya membawa anak2 menaiki pesawat untuk tempoh perjalanan yang agak lama. Persiapan yang teliti amat perlu bila membawa bayi atau anak kecil. Di sini saya mahu berkongsi pengalaman untuk para ibubapa yang akan menempuh perjalanan seumpamanya:
• Gunakan backpack (beg sandang belakang) untuk hand luggage kerana dengannya tangan anda bebas dan mudah untuk melakukan banyak keperluan lain dalam perjalanan.

• Pastikan backpack anda mengandungi:
1. beberapa keping lampin pakai buang (anggarkan keperluan)
2. tisu basah (mini packed wet tissue)
3. dua persalinan baju
4. botol susu (jgn bawa air panas dalam thermos / air kosong dlm botol. Naik kapal terbang tak boleh bawa air/ cecair. Jgn risau, boleh minta dari cabin crew bila dh terbang nanti).
5. bagi bayi yang minum susu formula, gunakan bekas susu yang mempunyai beberapa ruang untuk mengisi susu yang telah siap disukat untuk sekali bancuhan. Jgn pula bawa tin2 sekali dlm backpack, tak praktikal. Tin susu boleh disimpan dlm beg besar.
6. bagi bayi yang sudah mula makan, elok dibawa makanan di dalam botol kecil – banyak dijual di pasaran (sesetengah kapal terbang ada menyediakan makanan bayi, anda perlu membuat tempahan awal untuk ini).
7. Permainan yang praktikal untuk dibawa. Bayi pastinya bosan duduk lama2 dalam kapal terbang. Permainan percuma di dalam pesawat ada juga (jika ada stok). Tetapi kadang2 ianya tidak sesuai untuk usia anak anda.
8. ‘Bantal busuk’ atau selimut kegemaran sekiranya ada.

9. Beg plastik kosong. Boleh digunakan kala kecemasan eg. nak buang lampin yg dipaliti ‘kuih’ yg tak tertahan dek idung, isi baju basah / kotor.
10. Sehelai baju si ibu. Menjaga bayi kadang kala memang comot. Dengan makanan yg tertumpah la, kebocoran lampin la… maka elok ambil langkah ini.
• Pastikan anda menempah awal bassinet untuk meletak bayi ketika di dalam kapal terbang nanti. Maklumkan ini kepada ejen pelancongan atau syarikat penerbangan. Jika tidak, anda harus memegang bayi anda di atas riba sepanjang perjalanan. Penat tu…
Bayi di dalam bassinet. Kedudukannya tergantung pada dinding kapal terbang. Hanya untuk tempat duduk hadapan sahaja.
• Untuk makanan bayi atau anak kecil, anda perlu membuat makluman awal juga kepada syarikat penerbangan.
• Bawalah stroller. Anda boleh membawa stroller hingga ke pintu kapal terbang. Apabila sampai di airport yang hendak dituju, dapatkan semula stroller di tempat yang sama sebelum ke baggage claim area. Kalau tak pasti, bertanyalah pada kakitangan di sana / cabin crew.

• Apabila kapal terbang berlepas dan mula naik ke udara, telinga akan berasa sakit dan berdengung. Ini pastinya akan membuatkan bayi tidak selesa dan menangis. Untuk mengurangkan ketidakselesaan ini, susukan anak anda / berikan dia minum menggunakan botol ketika pesawat sedang berlepas. Lakukan yang sama ketika proses mendarat.
• Bawalah bayi berjalan2 di dalam pesawat apabila dia sudah kelihatan bosan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin