Khamis, 4 Oktober 2012

POLIS DI RAJA MALAYSIA TIDAK MEMPUNYAI DISPILIN BERBANDING DENGAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang mengamuk dan mencederakan dua pekerja hotel dua bintang di Seremban 2, di sini, Selalu lalu, didakwa di mahkamah hari ini.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Manan Md Hassan berkata, pihaknya sudah melengkapkan kertas siasatan kejadian itu dan laporan siasatan diserahkan kepada pihak pendakwaan.


“Kita menahan pegawai polis terbabit kira-kira jam 10 pagi Selasa lalu dan direman dua hari bagi membantu siasatan tetapi dibebaskan hari ini (semalam) dengan jaminan polis.


“Kita serahkan tindakan selanjutnya kepada mahkamah dan pegawai polis terbabit tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan tatatertib,” katanya kepada pemberita semalam.


Menurutnya, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota mahupun pegawai yang terlibat dengan kejadian mencemarkan nama baik Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Abdul Manan berkata, siasatan pihaknya mendapati pegawai polis berusia 32 tahun itu mahu menginap di hotel berkenaan untuk berehat selepas pulang bercuti bersama seorang lagi anggota polis.


“Insiden dipercayai berpunca daripada salah faham mengenai harga pembelian aiskrim dengan dua pekerja hotel terbabit.


“Pegawai polis berkenaan dipercayai mengalami tekanan perasaan dan dibebani masalah peribadi serta keluarga,” katanya.


Menurutnya, pihaknya tidak menemui sebarang senjata pada pegawai polis terbabit ketika ditahan.


“Dia telah serahkan pistol miliknya sebelum bercuti dan kita tidak mempunyai maklumat senjata yang digunakannya untuk memukul dua pekerja hotel itu ketika kejadian adalah pistol.


“Hasil ujian urin juga jelas menunjukkan pegawai polis berkenaan bebas daripada pengaruh dadah dan alkohol," katanya.


Abdul Manan berkata, pegawai polis terbabit baru lapan bulan berkhidmat di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban.


“Sebelum ini, dia bertugas di bahagian sama di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur dan sudah berkhidmat sebagai anggota polis selama 10 tahun.


"Dia tidak mempunyai masalah disiplin sebelum ini berdasarkan semakan rekod peribadi," katanya.


Menurutnya, kes akan disiasat mengikut  Seksyen 324/427 Kanun Keseksaan dan disiasat bersama Seksyen 506 Kanun Keseksaan.


Menurutnya, kedua-dua pekerja hotel terbabit cedera ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tuanku Ja'afar.Petikan di atas adalah seorang anggota polis yang tidak mempunyai dispilin samalah polis yang tembak seorang pelajar tingkatan 3 dan penjaga istana sultan kedah.Bagi saya semua anggota polis memang cukup kuarang ajar dan tidak mempunyai bahasa yang baik.Walaupun saya bekas seorang askar ada juga berhemah dengan masyarakat.Berbanding dengan polis tidak mempunyai percakapan yang baik.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin