SOALAN :
 ASSALAMUALAIKUM
 UZTAZ.SAYA NAK BERTANYA MENGENAI MENGAJAK ISTERI MENONTON FILEM LUCAH 
UNTUK TUJUAN MEMPELAJARI TENTANG CARA-CARA  MELAKUKAN SEKS.INI KERANA 
ISTERI SAYA TIDAK BEGITU PANDAI MELAKUKAN SEKS DAN UNTUK MERANSANGKAN 
NAFSUNYA DULU SEBELUM MELAKUKAN HUBUNGAN  KELAMIN.APA PENDAPAT USTAZ?
 JAWAPAN :
 Wa'alaikumussalam, 
 Hukumnya haram secara sepakat ulama walaupun niatnya baik. Ia diharamkan kerana :-
 Pertama : Islam mengharamkan melihat aurat orang lain, terutamanya bahagian sulit. Nabi SAW bersabda : 
 Ertinya : "Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain, dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain"
 Sudah
 tentu apabila melihat filem tersebut, akan dilihat aurat si pelakon 
tadi malah dalam keadaan yang tidak diizinkan oleh Islam pula.
 Kedua
 : Islam juga tidak berapa menggalakkan si suami melihat kemaluan isteri
 dan begitu juga sebaliknya, sebagaimana displin seks Islam yang 
dinyatakan oleh Sayyidatina Aisyah r.a berkenaan hubungannya dengan 
baginda SAW. ( Hadith ini adalah lemah, bagaimanapun ia dikira sebagai 
adab sahaja berdasarkan umum dalil-dalil lain). Jika demikian hukumnya, 
maka sudah tentu melihat kemaluan selain pasangan yang halal di dalam 
filem lucah lebih lagi ditegah oleh Islam. 
 Ketiga
 : Terdapat cara lain untuk mempelajarinya, iaitu dengan membeli buku 
panduan seks dalam Islam yang melakarkan gambar-gambar lukisan sahaja.
 Keempat
 : Filem-filem ini sudah tentu dilakonkan oleh orang bukan Islam serta 
sudah tentu menjalani hubungan seksual tidak menurut displin Islam dalam
 hubungan seks. Termasuklah melakukan seks secara yang diharamkan oleh 
Islam. Justeru, meniru teknik yang diharamkan sudah  tentu diharamkan 
juga.
 Sebagai
 contoh, Islam tidak menggalakkan suami isteri bersama dalam keadaan 
telanjang bogel sebagaimana disebutkan sebagai salah satu displin adab 
melalui hadith :-
  إذا جامع أحدكم أهله فلا يتجرد تجرد العيرين 
 Ertinya
 : "Apa seorang kamu 'bersama' isterinya maka janganlah kamu 
bertelanjang bogel ( bermakna perlu berselimut)"  ( Riwayat Ibn Majah 
1/619 no 1921 ) 
 Demikian
 juga displin dan adab-adab lain seperti berdoa sebelum bersama, tidak 
mendatangi isteri dari duburnya, tiada oral seks, berwudhu jika ingin 
bersama kali kedua sebelum mandi dan banyak lagi adab dan hukum Islam 
yang tidak akan dapat dipelajari dari filem lucah itu. ( Nizom al-Usrah,
 Dr Md Uqlah, 2/16-17)
 Kelima
 : Dibimbangi si suami atau isteri akan terbayangkan pasangan pelakon di
 dalam filem lucah tersebut. Maka ia jatuh ke dalam perkara haram yang 
lain pula.
 Nabi SAW bersabda :
 لا تباشر المرأة المرأة فتنعتها لزوجها كأنه ينظر إليها  
 Ertinya
 : janganlah seorang wanita melihat aurat wanita lain, lalu 
menceritakannya kepada suaminya sehingga seperti (suaminya) melihatnya (
 Riwayat Al-Bukhari )  
 Kesimpulannya, diharamkan menggunakan filem lucah samada untuk  menaikkan syahwat suami isteri mahupun sebagai pengajian. 
 sekian
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan