Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada 
suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang 
menyiram air dikebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu 
melihat Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai 
Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku 
seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya." Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai 
saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu." 
Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk 
satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah." Oleh 
kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada 
Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia 
setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa 
maka beliau pun berlalu dari situ. Selang beberapa lama Nabi Isa a.s 
datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa 
a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun 
bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata 
kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila 
dan kini berada di atas gunung. 
Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau 
pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah 
kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka 
beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-
ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya 
memandang ke langit. 
Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi 
pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, 
"Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, 
sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah 
cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau 
engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak 
mengetahuinya." 
Pengajaran
Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari 
tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu. 
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia 
mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin 
mendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi 
tidak berani merendahkan dirinya. 
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan 
mencintai lima dan lupa kepada yang lima : 
1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat. 
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada 
hisab. 
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-
Khaliq. 
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat. 
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa 
kepada kubur." 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan