Beliau adalah seorang utusan 
Allah s.w.t. Telah terjadi pertentangan antara beliau dan kaumnya tentang 
berhala yang bemama Ba'l. Nabi Ilyas menyeru di jalan Allah s.w.tdan mengajak 
kaumnya tetapi kaumnya mengabaikannya. Mereka cenderung kepada Ba'l. 
         
           
         
     
Selesailah halaman kehidupan dunia dan mereka dihadirkan di hadapan 
Allah s.w.tpada hari kiamat. Allah s.w.t menceritakan hal tersebut dalam 
firman-Nya: 
"Dan sesungguhnya Ilyas termasuk salah seorang dari rasul-rasul. 
(Ingatlah) ketika ia berkata kepada kaumnya: 'Mengapa kamu tidak 
bertakwa? Patutkah kamu menyembah Ba'l dan kamu tinggalkan 
sebaik-baik Pencipta, yaitu Allah Tuhanmu dan Tuhan bapak-
bapakmu yang terdahulu?' Maka mereka mendustakannya, kerana itu 
mereka akan diseret (ke neraka), kecuali hamba-hamba Allah yang 
dibersihkan (dari dosa). Dan Kami abadikan untuk Ilyas (pujian yang 
baik) di halangan orang-orang yang datang kemudian. (Yaitu) 
kesejahteran dilimpahkan atas Ilyas? Sesungguhnya demikianlah Kami 
memberi balasan hepada orang-orang yang berbuat baik. 
Sesungguhnya dia termasuk hamba-hamba Kami yang beriman." (QS. 
ash-Shaffat: 123-132) 
Hanya ayat-ayat yang pendek ini yang Allah s.w.t sebutkan berkaitan 
dengan kisah Nabi Ilyas. Dan pendapat yang paling kuat adalah pendapat 
yang menyatakan bahawa Ilyas adalah seorang Nabi yang bernama Ilya 
dalam Taurat. Injil Barnabas mengemukakan nasihat-nasihat Ilya. Tentu 
nasihat-nasihat tersebut tidak begitu terkenal dalam Taurat. Kami akan 
menyebutkan nasihat-nasihat tersebut kerana di dalamnya terdapat 
hikmah yang dalam dan ketulusan hati. Pesan tersebut terdapat dalam 
injil Barnabas dari ayat 23 sampai ayat 49. Disebutkan di dalamnya 
bahawa 
"Ilya adalah hamba Allah. Hal ini ditulis bagi semua orang yang 
menginginkan untuk berjalan bersama Allah Pencipta mereka. 
Sesungguhnya orang yang suka untuk banyak belajar maka ia akan sedikit 
takut kepada Allah. kerana orang yang takut kepada Allah maka ia akan 
merasa puas untuk mengetahui apa-apa yang diinginkan Allah saja. 
Hendaklah orang-orang yang menginginkan untuk mengerjakan amal-amal 
yang soleh memperhatikan diri mereka kerana seseorang tidak akan 
memperoleh manfaat ketika mendapati dunia mendapatkan keuntungan 
sementara ia mendapati kerugian. Selanjutnya, hendaklah orang yang 
mengajari orang lain berusaha untuk lebih baik daripada orang lain 
kerana tidak akan bermanfaat suatu nasihat yang diberikan oleh orang 
yang tidak mengamalkan apa yang dikatakannya. Sebab, bagaimana 
seorang yang salah dapat memperbaiki kehidupannya sementara ia 
mendengar seorang yang lebih buruk darinya berusaha untuk 
mengajarinya. Kemudian hendaklah orang yang mencari Allah berusaha 
lari dari percakapan dengan manusia kerana Musa ketika berada sendirian 
di atas gunung Saina' maka beliau menemukan Allah dan berdialog 
dengan-Nya sebagaimana seorang pencinta berdialog dengan kekasihnya. 
Dan hendaklah orang-orang yang mencari Allah berusaha keluar sekali 
setiap tiga puluh kali ke tempat yang biasa di jadikan perkumpulan oleh 
masyarakat dunia. kerana boleh jadi ia dapat melakukan suatu amal pada 
satu hari saja namun dihitung amalnya itu selama dua tahun, khususnya 
berkaitan dengan pekerjaan yang di situ ia mencari ridha Allah. 
Hendaklah ketika ia berbicara tidak melihat ke arah mana pun kecuali ke 
arah dua kakinya, dan ketika ia berbicara hendaklah mengatakan hal 
yang penting saja. Hendaklah ketika ia makan tidak berdiri dari meja 
makan dalam keadaan kekenyangan. Dan hendaklah mereka berpikir 
setiap hari kerana boleh jadi mereka tidak akan menemui hari 
berikutnya. Dan hendaklah mereka benar-benar memanfaatkan waktu 
mereka sebagaimana mereka selalu bernafas. Hendaklah satu baju dari 
kulit binatang cukup untuk mereka. Hendaklah mereka setiap malam 
berusaha untuk tidur tidak lebih dari dua jam. Hendaklah mereka 
berusaha berdiri di tengah-tengah salat dengan rasa takut. 
Kerjakanlah semua ini dalam rangka mengabdi kepada Allah s.w.t dengan 
menjunjung tinggi syariat-Nya yang Allah s.w.t kurniakan kepada kalian 
melalui Nabi Musa. kerana dengan cara seperti ini, kalian akan 
menemukan Allah s.w.t dan kalian akan merasakan pada setiap zaman 
dan tempat bahawa kalian berada di bawah naungan Allah s.w.t dan Dia 
akan selalu bersama kalian." Demikianlah apa-apa yang disebutkan dalam 
injil Barnabas melalui tulisan Ilya. ? 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan