IMAN DAN PERCAYA
Saya sebagai seorang islam hanya wajib beriman
 dan percaya kepada Allah dan Rasulnya. Begitu juga anda tidak dapat 
tidak mesti percaya 100%. Kepercayaan kepada keduanya diterjemahkan 
melalui pegangan dan amalan seperti yang ditunjukkan di dalam Al-Quran 
dan Hadis. Semua amalan tersebut bersandarkan kepada beberapa asas iaitu
 kerana inginkan pahala yang boleh membawa ke syurga dan enggan kepada 
dosa yang boleh membawa ke neraka. Juga kerana takutkan perkara – 
perkara dahsyat di padang mahsyar seperti melintas titian sirat, 
matahari sejengkal di atas kepala, tenggelam di dalam peluh sendiri, 
timbangan amalan baik dan buruk dan berbagai lagi peristiwa akhirat. 
Semua peristiwa tersebut berlaku setelah kematian kita. Tidak ada siapa 
pun di antara  kita yang pernah melihatnya. Kalau ada tentulah mustahil 
sebab orang yang telah mati di dunia tidak akan kembali semula ke situ. 
Jadi bagaimana kita tahu peristiwa-peristiwa tadi? Mestilah melalui 
Kalam Allah dan Sabda Rasulnya. Percaya saya kepada keduanya adalah 
sepenuhnya tidak berkurang sedikit pun walaupun hanya sekadar cerita. 
Jika tidak begitu, cacatlah iman saya!
Ada pun percaya kepada manusia hendaklah dengan hati hati dan tidak mutlak. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T yang bermaksud :
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang 
kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti
 agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa 
mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu 
itu.“
( Alhujuraat : 6 )
Ayat di atas meminta kita menyelidik terlebih 
dahulu sesuatu berita yang disampaikan kepada kita. Jangan terus 
mempercayai sepenuhnya.
BERDIRI SENDIRI ATAU ADA YANG MENDIRIKAN?
Selepas media melaporkan sejadah berdiri di 
dalam surau sebuah sekolah di Kelantan, hari – hari berikutnya turut 
menyaksikan sejadah turut berdiri di beberapa tempat lain seperti di 
Kedah dan Pulau Pinang. Yang menariknya sejadah yang dikatakan berdiri 
sendiri itu bukannya berdiri tegak seperti persepsi saya semasa mula – 
mula membaca tajuk isu berkenaan. Rupanya selepas melihat gambar, tidak 
seperti yang disangkakan. Keadaan yang boleh dibuat oleh tangan manusia.
Soalan : Bolehkah beberapa orang budak nakal 
menceroboh masuk ke surau tersebut pada waktu malam dan meletakkan 
sejadah mengikut acuan orang yang sedang duduk solat?
Soalan lagi : Tidak perasankan bahawa sejadah itu yang jenis tebal dan keras semuanya? Mengapa tidak ada yang nipis?
YANG TAK HAIRAN DAN YANG HAIRAN
Yang Tak hairannya bagi saya ialah :
1) Sejadah yang dikatakan berdiri tapi tak berdiri pun. duduk saja.
2) Media yang kerjanya adalah untuk mencari 
cerita menarik dan mensesasikannya walaupun tahu isu itu hanya untuk 
bagi laku akhbar saja.
Yang hairannya pula ialah : ORANG RAMAI YANG 
BERPUSU-PUSU MELIHAT KEJADIAN YANG BELUM TENTU BENAR ATAU TIDAK. LAINLAH
 KALAU KITA LIHAT DENGAN MATA KEPALA KITA SENDIRI.
Secara tak langsung orang yang datang tengok 
dah diperbodohkan oleh orang lain. Saya rasa orang yang buat kerja tu 
tengah gelakkan orang yang percaya. Media pun sama sekali la. Mungkin 
mereka tahu tapi buat-buat tak tahu.
KHURAFAT DAN TANGGUNGJAWAB
Janganlah kejadian seperti ini membawa kepada 
khurafat yang boleh menjejaskan akidah orang islam. Sepatutnya orang 
yang mula-mula melihatnya kena sembunyikan cerita dan jadikan ianya 
pengajaran untuk diri sendiri bukannya menyebarkan kepada orang lain 
yang belum tentu selamat dari fitnah atau tidak. Kalau betul pun, itu 
untuk dirinya. Nah sekarang apa dah jadi? pening orang dibuatnya. Kalau 
kejadian itu palsu habis semua kena tipu. Mana lebih baik dia sorang 
yang tertipu berbanding semua orang kena tipu. Tengoklah sekarang ni 
sejadah tempat lain pun berdiri sama. Ntah-ntah esok lusa semua sejadah 
di semua masjid berdiri habis.
MANA LEBIH BAIK ANTARA PERCAYA DAN TIDAK?
Bagi saya lebih baik jangan percaya sebab 
cerita tu datang dari manusia bukannya dari Al-Quran mahupun Hadis. 
Biarlah orang yang melihatnya sahaja yang percaya dan menganggap dirinya
 dipilih untuk melihat kejadian tersebut. Untuk orang lain…selidik 
dahulu dan jika ada alasan yang kukuh untuk dipercayai, terpulanglah. 
Asas yang boleh dilihat untuk percaya cerita seseorang ialah si 
pencerita itu adil atau tidak( maksud adil ialah tidak fasik / tidak 
melakukan larangan Allah dalam kehidupannya ). Syarat ini bertepatan 
dengan ayat 6 surah Al-Hujuraat.
Si pendakwa kejadian ini boleh kiaskan ianya 
dengan mimpi. Jika seseorang itu bermimpi perkara yang baik, eloklah 
diceritakan kepada ahlinya sahaja yang pandai menafsirkan mimpi. Tidak 
boleh diceritakan kepada sebarangan orang takut nanti disalah tafsirkan 
mimpi itu, buruk padahnya. Lebih-lebih lagi mimpi buruk, jangan 
diceritakan kepada sesiapa. Itu yang diajar oleh islam.
حديث أبى سعيد الخدرى : إذا رأى أحدكم الرؤيا يحبها ،فإنما هى من الله ،فليحمد الله عليها وليحدث بها،وإذا رأى غيرذلك مما
يكره فإنما هى من الشيطان فليستعذ من شرها ولا يذكرها لأحد فإنها لا تضره
“Apabila seseorang darimu melihat mimpi yang 
menggembirakannya maka hendaklah ia mengucapkan Alhamdulillah dan 
ceritakannya kepada orang yang lain, dan sebaliknya apabila ia melihat 
mimpi yang menduka citakannya, maka mimpi itu adalah dari syaitan, 
kerana itu hendaklah ia mengucapkan Isti’azah dan jangan ceritakannya 
kepada orang lain kerana mimpi itu tidak mendatangkan mudarat kepada 
nya.”
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Abi Sa’id.
Begitulah  yang sepatutnya dilakukan oleh 
orang yang mula-mula melihat sejadah dalam keadaan” berdiri” itu. (Pada 
saya duduk.tengok gambar betul-betul).
PENGAJARAN
1) Selidik cerita adalah suruhan Allah.
2) Jadikan kisah tafsir mimpi sebagai timbangan.
3) Iman manusia mudah terusik jika diuji sedikit sahaja oleh Allah S.W.T.
4) Bertaubatlah dari segala bentuk penipuan jika ada.
5) Mendirikan solat tetap kewajipan kepada semua orang islam. Jangan abaikan. Berita balasan neraka lebih perlu dipercayai.
Sekian Terima kasih.
Wassalam.
Wahabi Dan Realiti Di Malaysia
Malaysia sebuah negara yang sudah sekian lama 
masyarakat islamnya mengamalkan ajaran mazhab Syafii termasuklah tradisi
 berwirid selepas solat, bertahlil, azan jumaat dua kali dan sebagainya 
lagi. Inilah yang dipegang tanpa rasa ragu-ragu. Harus diingat bahawa 
amalan orang awam cukup sekadar ikutan(taklid) tanpa perlu kepada 
dalil(bukti nas). Jika lebih dari itu, adalah lebih baik.Ini kerana 
orang awam sudah tidak mampu untuk mencari dalil yang dikehendaki. Hal 
tersebut akan menyusahkan mereka dan islam tidak menyusahkan umatnya. 
Lihatlah di mana sahaja orang awam akan merujuk segala masalah kepada 
para ulama dan ustaz. Jawapan yang diberikan tidak perlu ditanya pula, 
mana dalilnya? Biar ulama dan ustaz itu sahaja yang tahu dalil tersebut.
Pengaruh Wahabi
Asalnya wahabi ini ialah nama pengasasnya 
Muhamad bin Abdul Wahhab At-Tamimi (1703-1791). Mengikut kajian pengaruh
 wahabi datangnya dari negara-negara arab yang dibawa oleh pelajar 
Malaysia yang belajar di sana. Pelajar-pelajar ini ingin membuat 
perubahan di Malaysia dengan harapan menjadi pendakwah yang membuat 
perubahan masayarakat ke arah yang lebih sunnah, lebih baik dari yang 
sedia diamalkan. Tetapi bukan mudah niat itu dilaksanakan kerana di sana
 terdapat hujah lawan yang sangat kuat untuk dihadapi. Amalan Wahhabi 
banyak boleh dilihat di Negeri Perlis. Pergilah kemasjidnya pada waktu 
solat. Anda akan lihat pengaruhnya.
Hujah Lawan
Antara hujah atau alasan pembawaan wahabi ini ditolak oleh ulama tradisi ialah :
1) Apakah ajaran ulama terdahulu yang dipegang
 oleh penduduk islam Malaysia sehingga sekarang sudah tidak relevan?. 
Bukankah zaman mereka lebih hampir dengan zaman Nabi Muhammad dan para 
sahabat? Jika hendak dibandingkan dengan mereka zaman kita lebih 
terkebelakang. zaman kita penuh dengan fitnah dan kekotoran. Jiwa 
tercemar dengan segala maksiat walau sedikit ia tetap dosa. Sedikit dosa
 zaman kita, besar nisbahnya pada zaman mereka.
2) Bukankah perbezaan pendapat itu harus 
dihormati? Mengapa mempertikaikan amalan orang lain yang tidak 
disetujui? Kamu lakukanlah apa yang kamu ingin lakukan asalkan ianya ada
 hujah. Jangan pertikaikan amalan kami yang juga ada hujah tersendiri. 
Kami tidak mempertikaikan anda maka janganlah anda mempertikaikan kami. 
Siapakah anda jika hendak dibandingkan dengan ulama terdahulu?.Lakum 
diinukum wa liya diin….
3) Jika hendak dilakukan pembaharuan 
lakukanlah ianya untuk diri sendiri yang mungkin ada dalil yang boleh 
dipakai. Jangan di fatwakan pada masyarakat umum. nanti pening jadinya. 
Berlapang dadalah dengan amalan orang awam. Tidak salah bukan jika 
mereka lakukan yang sudah diwarisi sejak turun temurun?. Itu lebih baik 
dari fitnah yang bakal tercetus jika terus mempertikaikan amalan orang 
lain.Ingat kata kunci “Jangan Pertikai”dan “jangan fatwakan pada orang 
awam”. Anda tahu anda buat.
4) Amalan wahabi berasal dari negara timur 
tengah. Ianya diperkenalkan untuk mengatasi masalah khurafat dan bidaah 
yang berlaku di sana. Orang arab mudah terpengaruh dengan kedua-duanya 
jadi sebagai jalan terbaik untuk menghapuskan khurafat dan bidaah adalah
 dengan menyuruh mereka melakukan perkara yang perlu sahaja. Jika amalan
 tersebut hendak diperkenalkan di Malaysia, tidak sesuai jadinya. 
Masyarakat islam Malaysia tidak sama dengan masyarakat arab. Mereka 
tidak mudah terpengaruh dengan perkara khurafat dan bidaah. Amalan 
mereka sentiasa dipantau oleh para alim ulama.Malaysia adalah Malaysia. 
Tidak cukupkah badan pemantau yang ada di Malaysia.
Kesimpulan
Pertembungan dua fahaman ini tidak akan 
berkesudahan jika pihak wahabi tidak berlapang dada dengan amalan pihak 
tradisi. Selepas ini konflik antara kedua-dua pihak mungkin tercetus 
lagi. Kita sama-sama tunggu dan lihat.
Berbakti Kepada Ibu Bapa
Alhamdulillah di kesempatan, cuti yang 
sekejap hujung minggu ni untuk saya menyambung penulisan saya, yang 
terhenti hampir 2 bulan. Dan terniat saya untuk menulis ni atas usaha 
menyampaikan kepada semua, moga-moga manfaat akan kita peroleh bersama. 
Syukur juga semalam saya dapat menghadiri majlis ilmu di kolej dan tajuk
 ini lah yang disampaikan oleh al-fadhil Ustaz. Dan kata-kata guru saya 
dulu, andai kita tak dapat berdiri dikhalayak untuk menyampaikan 
(Seperti seorang ustaz dan pemimpin), maka jangan tinggalkan usaha 
menyampaikan, dan bermula dari sini lah usaha saya untuk menyampaikan 
yang bermanfaat melalui penulisan. Dan kalau dilihat, ramai lagi 
para-para ilmuan, ustaz dan ustazah menyampaikan ilmu mereka melalui 
karya penulisan mereka. Ini hanyalah sekadar intro =). Perenggan 
seterusnya akan mengulas lebih lanjut tentang tajuk yang ingin saya 
sampaikan.
Pertamanya, dalam penerangan al-fadhil ustaz berdasarkan surah Luqman yang telah dibaca oleh student, maksudnya “Dan
 Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua  ibu bapanya; ibunya 
telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas  kelemahan dan 
menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah  kepada-Ku dan 
kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Akulah tempat  kembalimu.” dimana
 disini secara jelas hukum mentaati dan berbakti kepada orang tua iaitu 
ibu bapa kita adalah WAJIB, dan dijelaskan lagim oleh ustaz, bahawa 
antara dosa-dosa besar adalah mensyirikkan ALLAH, derhaka terhadap ibu 
bapa, membunuh orang dan lari dari medan perang. Dan maksud derhaka 
disini ialah tidak berbakti dan tak mentaati ibu bapa. 
Sebenarnya , dalam Al-Quran itu 
sendiri selain daripada surah Luqman itu sendiri, ada banyak lagi ayat 
dalam Al-Quran berkaitan dengan kewajipan mentaati ibu bapa, antara lain
 yang saya tahu dalam surah Al-Isra’ ayat 23 dan 24 yang bermaksud “Dan
 Tuhanmu memerintahkan  agar kamu jangan menyembah melainkan hanya  
kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada orang tua. Dan jika salah  
satu daripada keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut dalam  
pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu menyatakan kepada  
keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak keduanya. Dan  
ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu  
terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “ Wahai  
Tuhanku, sayangilah mereka keduanya, sebagaimana keduanya menyayangi aku
  waktu kecil” . Dan dalam surah An-Nisa’:36 bermaksud ”Dan
 sembahlah Allah dan janganlah menyekutukan- Nya dengan sesuatu dan  
berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang  
miskin, tetangga jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya,  
sesungguhnya Allah tidak menyukai orang sombong dan membanggakan  
dirinya”
Ayat di atas menunjukkan bahawa berbakti 
kepada ibu bapa menduduki  peringkat kedua selepas mentauhidkan 
(mengesakan) Allah dalam beribadah.  Sebab itu tidak mungkin terjadi 
bagi seorang yang mengaku bertauhid  kepada Allah, tetapi ia derhaka 
kepada kedua-dua orang tuanya. Allah  yang Mencipta dan Memberikan 
rezeki. Maka Allah sahajalah berhak  diibadahi. Ibu bapa adalah sebab 
adanya anak. Maka kedua-duanya berhak  diperlakukan dengan baik. Oleh 
itu menjadi kewajipan bagi seorang anak  untuk beribadah kepada Allah 
kemudian diiringi dengan berbakti kepada  kedua-dua orang tuanya.
Hukum taat kepada ibu bapa itu wajib, maka
 haram untuk kita meninggalkan kewajipan tersebut, maksudnya disini 
seorang anak itu wajib mentaati kedua ibu bapa, dan jika tidak 
mentaatinya, maka dikira sebagai anak derhaka. Harus diingat 
sesungguhnya keredaan ALLAH itu terletak pada keredhaan kedua-dua orang 
tua kita.
Bagaimana pula cara berbakti kepada ibu bapa?
 Ingatlah bahawa doa orang tua terutama ibu adalah doa mustajab. Maka  
janganlah sekali-kali menyakiti hati mereka meskipun kita dalam pihak  
yang benar. Sesungguhnya hak ibu bapa kita atas diri kita lebih besar  
dan berlipat ganda banyaknya sehingga apapun kita lakukan dan sebesar  
manapun penderitaan kita rasakan ketika kita membantu mereka, hal itu  
tidak akan dapat membalas jasanya. Maka cara berbakti kepada mereka 
adalah memenuhi hak mereka.
Disini ada satu kisah, ketika Abdullah bin
 Umar melihat seseorang mengendong ibunya untuk tawaf  di Kaabah dan 
kemana saja si ibu inginkan, orang itu bertanya: “Wahai  Abdullah bin 
Umar, dengan perbuatanku ini apakah aku sudah membalas jasa  ibuku?” 
Jawab Abdullah bin Umar: ”Belum, setitis pun engkau belum dapat  
membalas kebaikan kedua-dua orang tuamu.”
Al-fadhil ustaz juga menyebut, daripada 
seuah hadis, bahawa sesungguhnya kita tidak akan dapat membalas jasa 
orang tua kita, melainkan apabila mereka itu menjadi hamba, dan kita 
membeli serta memerdekakan mereka. Seterusnya adalah kita harus jalankan
 amanah yang diberikan mereka kepada kita, doakan kesejahteraan mereka 
walaupun mereka telah tiada, berbuat baik dengan sahabat-sahabat mereka 
dan mencukupkan keperluan mereka.
Tidakkah kita ingin diluaskan rezeki dan dipanjangkan umur oleh Allah?  Sabda Rasullulah s.a.w: “Barang
 siapa yang suka diluaskan rezekinya dan  dipanjangkan umurnya maka 
hendaklah ia menyambung tali siratulrahim.”  (Hadis Riwayat: Bukhari, 
Muslim, Abu Dawud) sesungguhnya ibu bapa  keluarga terdekat kita. Mereka
 mempunyai hak yang lebih untuk kita  dahulukan dalam masalah 
siltulrahim.
Cukup sekadar ini sahaja lah penulisan 
saya, dan harapan semoga ini banyak memberi manfaat bersama. InsyaALLAH 
ada masa akan saya sambung dengan penulisan yang lain. 
****Terima kasih buat al-fadhil ustaz, dan kebanyakan isi 
dalam penulisan ni hasil perkongsian dari ustaz dan juga blog 
ustaz-ustaz di certain IPT =) Moga-moga ALLAH memberkati mereka atas 
perkongsian ilmu-Mu****
Sejadah Berdiri Dan Iman
(ARTIKEL NI SAYA COPY DARI SUMBER INTERNET, TERIMA KASIH BUAT HAMBA ALLAH YANG MENYAMPAIKAN, SEMOGA USAHA KITA DIBERKATI)
ASSALAMUALAIKUM….
Maaf  kerana agak lama tidak 
menulis. Kali ini tergerak di hati saya untuk mengulas  satu isu yang 
agak melucukan saya : Sejadah berdiri. Cerita sejadah berdiri seingat 
saya sudah lama diperkatakan. Dulu ianya tidak sensasi kerana media 
tidak memainkan peranan. Tapi sekarang jadi cerita sensasi pulak bila 
media yang mensensasikannya.
IMAN DAN PERCAYA
Saya sebagai seorang islam hanya 
wajib beriman dan percaya kepada Allah dan Rasulnya. Begitu juga anda 
tidak dapat tidak mesti percaya 100%. Kepercayaan kepada keduanya 
diterjemahkan melalui pegangan dan amalan seperti yang ditunjukkan di 
dalam Al-Quran dan Hadis. Semua amalan tersebut bersandarkan kepada 
beberapa asas iaitu kerana inginkan pahala yang boleh membawa ke syurga 
dan enggan kepada dosa yang boleh membawa ke neraka. Juga kerana 
takutkan perkara – perkara dahsyat di padang mahsyar seperti melintas 
titian sirat, matahari sejengkal di atas kepala, tenggelam di dalam 
peluh sendiri, timbangan amalan baik dan buruk dan berbagai lagi 
peristiwa akhirat. Semua peristiwa tersebut berlaku setelah kematian 
kita. Tidak ada siapa pun di antara  kita yang pernah melihatnya. Kalau 
ada tentulah mustahil sebab orang yang telah mati di dunia tidak akan 
kembali semula ke situ. Jadi bagaimana kita tahu peristiwa-peristiwa 
tadi? Mestilah melalui Kalam Allah dan Sabda Rasulnya. Percaya saya 
kepada keduanya adalah sepenuhnya tidak berkurang sedikit pun walaupun 
hanya sekadar cerita. Jika tidak begitu, cacatlah iman saya!
Ada pun percaya kepada manusia hendaklah dengan hati hati dan tidak mutlak. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T yang bermaksud :
“Hai orang-orang yang beriman, 
jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah 
dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum
 tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas 
perbuatanmu itu.“
( Alhujuraat : 6 )
Ayat di atas meminta kita 
menyelidik terlebih dahulu sesuatu berita yang disampaikan kepada kita. 
Jangan terus mempercayai sepenuhnya.
BERDIRI SENDIRI ATAU ADA YANG MENDIRIKAN?
Selepas media melaporkan sejadah 
berdiri di dalam surau sebuah sekolah di Kelantan, hari – hari 
berikutnya turut menyaksikan sejadah turut berdiri di beberapa tempat 
lain seperti di Kedah dan Pulau Pinang. Yang menariknya sejadah yang 
dikatakan berdiri sendiri itu bukannya berdiri tegak seperti persepsi 
saya semasa mula – mula membaca tajuk isu berkenaan. Rupanya selepas 
melihat gambar, tidak seperti yang disangkakan. Keadaan yang boleh 
dibuat oleh tangan manusia.
Soalan : Bolehkah beberapa orang 
budak nakal menceroboh masuk ke surau tersebut pada waktu malam dan 
meletakkan sejadah mengikut acuan orang yang sedang duduk solat?
Soalan lagi : Tidak perasankan bahawa sejadah itu yang jenis tebal dan keras semuanya? Mengapa tidak ada yang nipis?
YANG TAK HAIRAN DAN YANG HAIRAN
Yang Tak hairannya bagi saya ialah :
1) Sejadah yang dikatakan berdiri tapi tak berdiri pun. duduk saja.
2) Media yang kerjanya adalah 
untuk mencari cerita menarik dan mensesasikannya walaupun tahu isu itu 
hanya untuk bagi laku akhbar saja.
Yang hairannya pula ialah : ORANG 
RAMAI YANG BERPUSU-PUSU MELIHAT KEJADIAN YANG BELUM TENTU BENAR ATAU 
TIDAK. LAINLAH KALAU KITA LIHAT DENGAN MATA KEPALA KITA SENDIRI.
Secara tak langsung orang yang 
datang tengok dah diperbodohkan oleh orang lain. Saya rasa orang yang 
buat kerja tu tengah gelakkan orang yang percaya. Media pun sama sekali 
la. Mungkin mereka tahu tapi buat-buat tak tahu.
KHURAFAT DAN TANGGUNGJAWAB
Janganlah kejadian seperti ini 
membawa kepada khurafat yang boleh menjejaskan akidah orang islam. 
Sepatutnya orang yang mula-mula melihatnya kena sembunyikan cerita dan 
jadikan ianya pengajaran untuk diri sendiri bukannya menyebarkan kepada 
orang lain yang belum tentu selamat dari fitnah atau tidak. Kalau betul 
pun, itu untuk dirinya. Nah sekarang apa dah jadi? pening orang 
dibuatnya. Kalau kejadian itu palsu habis semua kena tipu. Mana lebih 
baik dia sorang yang tertipu berbanding semua orang kena tipu. Tengoklah
 sekarang ni sejadah tempat lain pun berdiri sama. Ntah-ntah esok lusa 
semua sejadah di semua masjid berdiri habis.
MANA LEBIH BAIK ANTARA PERCAYA DAN TIDAK?
Bagi saya lebih baik jangan 
percaya sebab cerita tu datang dari manusia bukannya dari Al-Quran 
mahupun Hadis. Biarlah orang yang melihatnya sahaja yang percaya dan 
menganggap dirinya dipilih untuk melihat kejadian tersebut. Untuk orang 
lain…selidik dahulu dan jika ada alasan yang kukuh untuk dipercayai, 
terpulanglah. Asas yang boleh dilihat untuk percaya cerita seseorang 
ialah si pencerita itu adil atau tidak( maksud adil ialah tidak fasik / 
tidak melakukan larangan Allah dalam kehidupannya ). Syarat ini 
bertepatan dengan ayat 6 surah Al-Hujuraat.
Si pendakwa kejadian ini boleh 
kiaskan ianya dengan mimpi. Jika seseorang itu bermimpi perkara yang 
baik, eloklah diceritakan kepada ahlinya sahaja yang pandai menafsirkan 
mimpi. Tidak boleh diceritakan kepada sebarangan orang takut nanti 
disalah tafsirkan mimpi itu, buruk padahnya. Lebih-lebih lagi mimpi 
buruk, jangan diceritakan kepada sesiapa. Itu yang diajar oleh islam.
حديث أبى سعيد الخدرى : إذا رأى أحدكم الرؤيا يحبها ،فإنما هى من الله ،فليحمد الله عليها وليحدث بها،وإذا رأى غيرذلك مما
يكره فإنما هى من الشيطان فليستعذ من شرها ولا يذكرها لأحد فإنها لا تضره
“Apabila seseorang darimu melihat 
mimpi yang menggembirakannya maka hendaklah ia mengucapkan Alhamdulillah
 dan ceritakannya kepada orang yang lain, dan sebaliknya apabila ia 
melihat mimpi yang menduka citakannya, maka mimpi itu adalah dari 
syaitan, kerana itu hendaklah ia mengucapkan Isti’azah dan jangan 
ceritakannya kepada orang lain kerana mimpi itu tidak mendatangkan 
mudarat kepada nya.”
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Abi Sa’id.
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Abi Sa’id.
Begitulah  yang sepatutnya 
dilakukan oleh orang yang mula-mula melihat sejadah dalam keadaan” 
berdiri” itu. (Pada saya duduk.tengok gambar betul-betul).
PENGAJARAN
1) Selidik cerita adalah suruhan Allah.
2) Jadikan kisah tafsir mimpi sebagai timbangan.
3) Iman manusia mudah terusik jika diuji sedikit sahaja oleh Allah S.W.T.
4) Bertaubatlah dari segala bentuk penipuan jika ada.
5) Mendirikan solat tetap kewajipan kepada semua orang islam. Jangan abaikan. Berita balasan neraka lebih perlu dipercayai.
Sekian Terima kasih.
Wassalam.
Renungan Untuk Diriku
Bismillah hir rah man nir rahim.
Mahasuci Tuhan yang Engkau 
bersifat dengan Baqa’ dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian 
yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk 
menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang 
menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar 
kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang 
masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk 
Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan 
yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali 
menghadap hadirat Allah Taala.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai 
SAYA Bin IBU SAYA,wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan 
janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.
Kamu telah mengaku bahawa tiada 
Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa 
senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, 
apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu 
iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, 
janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan
 terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU 
SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana 
kamu juga hamba Allah Taala.
Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu 
menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, 
tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah
 bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA 
tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah 
bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga 
sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semua untuk berkumpul di 
Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, 
bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di
 dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan
 semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah 
benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di 
kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawa senya hari Kiamat tetap 
akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan 
semula orang-orang yang di dalam kubur.
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi 
sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami 
sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang 
liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang
 diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan 
memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan
 bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan 
penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.
Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati – “Kullu nafsin za iqatul maut”
Firman Allah swt, “Demi masa, 
sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali 
orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya
 mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” Surah 
Al-A’sr ..
Dari Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: “Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat…”
Disebutkan didalam satu riwayat, 
bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka 
semuanya berdiri tegak di kubur “masing-masing selama 44 tahun UMUR 
AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN” dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan 
TIDAK BERCAKAP.
Bertanya orang kepada Rasulullah 
saw : “Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari 
qiamat?” Maka jawabnya Rasulullah saw “Umat dikenal kerana WAJAH mereka 
putih disebabkan oleh WUDHU’.”
Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu “itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN” mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian” Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya:
Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu “itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN” mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian” Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya:
TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8 . Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8 . Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:
Apabila datang hari qiamat dan 
orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt 
memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:”Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku 
telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur 
mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan 
mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.
“Maka Malaikat Ridhwan menyeru, 
wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu 
mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat 
Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman 
yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di 
bumi.
Jika Malaikat Ridhwan berjumpa 
mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap 
sebagaiman yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah 
bermaksud “Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah 
kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.”
* Tolong sebarkan kisah ini kepada
 saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal 
yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ” 
Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua 
yang kamu lakukan.” Surah Al-Baqarah : 237
“LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN”
Hukum Muzik Dalam Islam
Muzik berasal dari perkataan 
Yunani yang digunakan bagi menunjukkan seni atau kemahiran bermain alat 
hiburan. Ilmu muzik pula merupakan ilmu yang berkaitan dengan asas-asas 
irama. Sementara ahli muzik ialah orang yang mahir berkenaan dengan 
muzik.
Dari segi istilah, muzik ialah 
ilmu yang membahaskan tentang selok belok nada dan irama, cara-cara 
menggubah lagu, penciptaan alatan muzik dan bunyi yang terhasil dari 
alat-alat muzik.
Masalah Cabang :
Mendengar muzik hukumnya adalah 
berbeza – beza di kalangan ulama. Ia merupakan masalah cabang bukannya 
masalah asas. Oleh itu tidak sepatutnya seorang muslim itu menuduh 
seorang muslim yang lain sebagai fasik hanya kerana mendengar muzik. 
Juga tidak boleh baginya mengatakan pendapatnya sahaja yang betul tanpa 
menghormati pendapat orang lain dalam masalah ini. Lainlah jika masalah 
yang dibincangkan merupakan masalah asas seperti solat. Solat lima waktu
 memang disepakati oleh semua orang islam bahawa hukumnya wajib. Lalu 
jika ada orang yang mengatakan sebaliknya, layaklah disanggah kata-kata 
tersebut. 
Tetapi dalam masalah mendengar 
muzik ini, ada ulama yang mengatakan boleh dan ada juga ulama yang 
mengatakan tidak boleh. Dengan demikian janganlah dengan masalah yang 
sekecil itu membawa kepada perpecahan di kalangan imat islam. Tiada 
dalil yang jelas mengatakan bahawa muzik itu haram. Jika ada sudah tentu
 tidak berlaku perselisihan di kalangan ulama.
Pendapat para ulama
Imam Al-Ghazali menyatakan 
:”…Hiburan itu ‘ubat’ kepada hati yang menyembuhkan ‘penyakit’ letih, 
lalu berpatutanlah ianya dihalalkan tetapi janganlah berlebihan 
sepertimana halnya ubat yang tidak boleh diambil berlebihan…”
Katanya lagi :”Jika alatan muzik 
yang digunakan adalah alat yang melambangkan ahli maksiat iaitu 
seruling, gitar (dan seumpamanya) dan alat gendang dari kaca seperti 
drum maka ianya adalah diharamkan….”
Qadhi Iadh mengatakan bahawa muzik
 hanya halal kepada ahli ilham iaitu orang yang pandai memanipulasikan 
muzik itu untuk mendapat ilham. Adapun bagi orang lain, hukumnya adalah 
haram.
Ibnu Hazmin : Sesiapa yang 
mendengar muzik dengan tujuan menyumbangkan perkara maksiat, maka dia 
adalah seorang yang fasik. Dan sesiapa yang mendengarnya dengan tujuan 
untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T, maka ianya dibolehkan.
Antara ulama lain yang membahaskan dan mengatakan muzik itu harus ialah : Izz bin Abdussalam, Al-Qurtubi dan As-Syaukani.
Antara ulama lain yang membahaskan dan mengatakan muzik itu harus ialah : Izz bin Abdussalam, Al-Qurtubi dan As-Syaukani.
Kesimpulan :
Hukum mendengar muzik telah 
menjadi pertikaian ulama sejak zaman awal islam lagi. Mereka bersatu 
pendapat dalam beberapa perkara tetapi pada masa yang sama berselisih 
pendapat dalan beberapa perkara yang lain.
Mereka bersepakat mengatakan bahawa setiap nyanyian yang mengandungi unsure maksiat, hukumnya haram.
Dan mereka juga sependapat tentang halalnya nyanyian tradisi yang tidak menggunakan alatan muzik yang dinyayikan di tempat-tempat yang dibenarkan syarak seperti di majlis perkahwinan, menyambut kepulangan orang hilang, hari-hari perayaan dan seumpamanya dengan syarat penyanyi bukanlah seorang wanita. Penyanyi wanita hanya dibenarkan dikhalayak wanita sahaja.
Tatapi dalam masalah penggunaan alatan muzik, mereka berselisih pendapat. Ada yang mengatakan boleh dan ada yang mengatakan tidak boleh.
Mereka bersepakat mengatakan bahawa setiap nyanyian yang mengandungi unsure maksiat, hukumnya haram.
Dan mereka juga sependapat tentang halalnya nyanyian tradisi yang tidak menggunakan alatan muzik yang dinyayikan di tempat-tempat yang dibenarkan syarak seperti di majlis perkahwinan, menyambut kepulangan orang hilang, hari-hari perayaan dan seumpamanya dengan syarat penyanyi bukanlah seorang wanita. Penyanyi wanita hanya dibenarkan dikhalayak wanita sahaja.
Tatapi dalam masalah penggunaan alatan muzik, mereka berselisih pendapat. Ada yang mengatakan boleh dan ada yang mengatakan tidak boleh.
Apa pun dapatlah disimpulkan bahawa nyanyian yang disertakan dengan alatan muzik atau tidak, hukumnya adalah halal dan dibolehkan dengan syarat tidak menjurus kea rah maksiat. Walaupun begitu, jika asyik dengan muzik sepanjang masa, akan menjadikan muzik itu makruh pula dan boleh jadi juga haram.
Bijak Menjaga Hati Isteri
Setiap lelaki di bekali 
dengan sikap  kesabaran dan kematangan dalam menghadapi setiap situasi 
yang sukar.  Lelaki lebih berjaya dalam membuat keputusan-keputusan 
untuk keluar dari  masalah yang dihadapi. Lelaki yang bijak adalah 
lelaki yang faham akan  situasi isterinya dan tahu cara mengurus 
isterinya. Sebab itulah lelaki  merupakan ketua keluarga. Suami perlu 
bersikap sabar apabila dimarahi  dan dileter oleh isterinya, kerana 
suami yang sabar akan tingkah laku  isterinya yang suka bercakap atau 
beleter, akan dihapuskan segala  dosa-dosa masa lalunya. Hal ini berlaku
 kepada Nabi Allah Ilyas yang  berdoa supaya dianugerahkan kepadanya 
isteri yang kuat beleter, kerana  ia mengetahui inilah cara beliau 
menghapuskan dosa dan cara mudah untuk  masuk kedalam syurga Allah.
Setiap suami kena bijak menghadapi
  isterinya, kadang-kadang isteri buat perangai atau marah tak tentu 
pasal  mesti ada sebabnya, ada pepatah mengatakan bahawa wanita ini 
makhluk  emosi dan angin tak tentu pasal. Jadi suami kena bijak 
menghadapinya,  tindakan yang lebih baik adalah diam apabila mendengar 
isteri beleter  atau sedang marah-marah, kerana isteri ini akan diam dan
 terasa  perbuatannya itu salah dan dia akan segera memohon maaf kepada 
suaminya,  waktu itulah kita kaunselingkan dia dengan nasihat-nasihat 
yang lembut  dan kata-kata hati ke hati. Selalunya isteri lebih terbuka 
ketika mana  ia minta maaf kepada suaminya atas perbuatannya.
Sering-seringlah  menghargai diri 
isteri kita yang telah banyak mengorbankan masa dan  tenaganya untuk 
suaminya, seperti memasak, membasuh pakaian, menjaga  anak, mengemas 
rumah, mengurus rumah dan sebagainya. Cara penghargaannya  ialah setiap 
kali gaji, bawa isteri pergi makan di mana-mana restoran  yang 
berkongsepkan romentik, kalau cara ini tidak mampu, maka keluarkan  
kata-kata penghargaan kepada isteri disebabkan tugas-tugas yang telah  
dilaksanakan. Selalunya suami payah untuk mengeluarkan kata-kata pujian 
 dan penghargaan, kerana suami bersifat ego atau menganggap kata-kata  
tersebut sebagai buang masa. Hadiahkan isteri apa-apa barang yang  
berpatutan pada setiap saat-saat hari bahagianya seperti hari lahirnya, 
 ulang tahun perkahwinan dan sebagainya.
Sebenarnya dari sudut  psikologi 
isteri akan rasa lebih dihargai dan lebih disayangi ketika  mana suami 
tahu menghargai dirinya. Malah setiap perkara yang kita suruh  mesti 
akan dibuat oleh isteri kita dengan hati yang penuh taat dan  tidak 
membantah.
Ada pepatah yang mengatakan bahawa
 wanita ini  diibaratkan seperti kulit bawang yang sangat halus, kalau 
nak  menanggalkan kulit bawang tersebut perlu berhati-hati dan lembut 
kerana  kulitnya mudah terkoyak. Kesimpulan dari falsafah ini, wanita 
itu sangat  lembut dan mudah terasa dan berfikiran sensetif setiap kali 
ia  diabaikan.
Waktu yang paling bahaya ialah 
waktu ia dalam keadaan  haid atau tidak suci, selalunya wanita ini 
seringkali berkeadaan tidak  menentu emosinya, kadang-kadang tak 
pasal-pasal dimarahi oleh isteri.  Jadi waktu sebegini suami kena faham 
dan kena bersikap berdiamkan diri,  berdiamkan diri ini adalah lebih 
baik, atau keluar dari rumah pergi  mengeteh dan sebagainya. Waktu 
seperti ini kebiasaan wanita ia akan reda  sendiri kemarahannya, dan dia
 sendiri tidak sedar akan kelakuannya.
Bagi  suami janganlah terlalu 
garang dengan isteri dan terlalu kasar atau  keras suara dengan isteri. 
Perbuatan ini akan menyebabkan isteri merasa  dirinya tidak dihargai dan
 tidak berguna untuk suami dan paling bahaya  apabila isteri mengatakan 
suaminya hanya baik ketika ingin bersama  dengannya sahaja. Semua 
perbuatan ini akan menyebabkan kerenganggan dan  keberontokan 
rumahtangga. Isteri takut menegur suami kerana takut  dimarahi, suami 
pula anggap isteri tidak memberikan layanan yang  sepatutnya. Kalau 
masakan isteri tawar atau terlebih garam, jangan terus  melenting dan 
memarahi isteri. Gunakan cara yang hikmah untuk menegur  isteri. Pernah 
ketika isteri Rasulullah menghidangkan kepadanya air yang  tawar tanpa 
gula disebabkan isterinya terlupa masukkan gula dalam  minuman 
Rasulullah. Apabila Baginda minum minuman tersebut sehingga  berkedut 
kening Baginda, isterinya perasan disebabkan ternampak kening  
Rasulullah. Lantas isterinya bertanya, bagaimana rasa air tersebut,  
Baginda mengatakan ok sahaja, dan isterinya merasa sedikit air yang  
dibancuhnya dan tersenyum kerana airnya sangat tawar. Baginda tidak  
berkata apa-apa dan mendiamkan diri sahaja.
Setiap kali ada  pertelingkahan, 
pergaduhan dan selisih faham, lebih baik suami yang  dahulu memohon maaf
 atas kejadian tersebut dan menceritakan perkara yang  sebenarnya 
tercetus pergaduhan tersebut. Kalau boleh cuba fahamkan  isteri tentang 
situasi yang dihadapi oleh suami. Contoh situasi tersebut  seperti 
dimarahi bos, banyak kerja yang belum siap, kesesakkan lalu  lintas, 
bebanan hutang dan sebagainya. Kalau boleh peluk manja kepada  isteri 
ada setiap sesi penjelasan dan memohon maaf, ini membantu untuk  
menurunkan kemarahan isteri dan membantu untuk memberikan kefahaman  
kepada isteri atas sebab-sebab berlakunya pertengkaran.
Yang  penting di sini, setiap 
perkara yang dihadapi oleh suami, jadikanlah  isteri itu sebagai teman 
bercerita dan meluahkan segala kepayahan yang  dialami. Situasi seperti 
ini akan memberikan motivasi dan dorongan  kepada suami untuk keluar 
dari masalah tersebut dengan disokong oleh  isteri.
Jangan sesekali ada konsep seperti
 “isteri perlu diajar  dengan secukupnya, pukul isteri, pulau isteri” 
ini semua akan  mendatangkan masalah lagi dalam rumahtangga, ingatlah 
kepada anak-anak  ketika timbul masalah rumahtangga, ia juga dapat 
menenangkan diri kita  dan sekaligus menurunkan kemarahan kita. Islam 
sangat melarang suami  memukul isteri dan menengking isteri, kecuali 
nasihat suami atas  perkara-perkara yang wajib tidak dilakukan oleh 
isteri barulah boleh  dimarahi dan seterusnya dipukul isteri tanpa 
mencederakan isteri. Sebab  pukulan itu adalah untuk mengajar isteri 
bahawa perbuatannya itu adalah  salah.
Jadikan  isteri sebagai teman yang
 paling rapat dan disayangi, jadilah isteri  kita sebagai tempat 
penyejuk hati dan penunjuk jalan jika kita  menghadapi kesukaran. Suami 
juga perlu bijak mengurus rumahtangganya,  kerana suami yang bijak dapat
 mengurus rumahtangganya dengan baik. Suami  yang bijak juga adalah 
suami yang mempunyai akhlak yang baik dan tidak  melakukan perkara yang 
diharamkan oleh Allah dan sentiasa melakukan  perkara yang disuruh oleh 
Allah. Keluarga yang baik adalah keluarga  mawardah warahmat dan 
menganggap rumahnya seperti rumahku syurgaku.
Hukum Menyambut Perayaan Orang Kafir dan Menerima Hadiah Darinya
Assalamualaikum 
warahmatullah. Tentang persoalan di atas, apakah hukumnya jika kita 
menyambut ataupun mengambil bahagian dalam acara ataupun perayaan orang 
kafir, dan apakah hukumnya jika kita menerima hadiah daripada mereka? 
Dalam permasalahan ini, kesepakatan ulama’ menyatakan hukumnya haram 
kita meraikan perayaan tersebut, walaupun sekadar bersuka sahaja, hal 
ini telah diterangkan oleh Nabi S.A.W, “Janganlah kau meniru sesuatu kaum itu, barangsiapa yang meniru sesuatu kaum itu, maka dia termasuk dalam golongan itu”
 Bermakna disini adalah larangan keras kita meniru sesuatu kaum itu, 
termasuklah perayaan mereka, dan jika kita meraikan perayaan mereka, 
bermakna kita juga meraikan kekafiran dan meredhai kemungkaran mereka. 
Sedangkan ALLAH menyeru manusia melakukan yang ma’ruf dan menjauhi yang 
mungkar.
Tidak menjadi masalah menerima 
hadian dari orang yang bukan muslim, tetapi tidak boleh atas sesuatu 
yang tidak dibenarkan seperti diatas (cth meraikan sesuatu perayaan 
mereka). Misalannya seorang jiran memberi hadiah kepada kita, pada 
hari-hari biasa, maka dibolehkan. Tetapi jika hadiah itu diberi atas 
sebab memperingati Tuhan mereka, atau hadiah berupa dari penyembahan 
mereka, maka itu diharamkan, kerana hal yang demikian itu sama maksudnya
 seperti kita membenarkan kemungkaran dan kemaksiatan yang dilakukan. 
Juga sama juga hukumnya kita menerima hadiah berupa sesuatu yang 
terdapat dalam agama mereka, umpamanya salib dan patung Jesus.
Begitu juga dengan bonus yang 
diberikan oleh syarikat kepada pekerja. Bonus itu dibenarkan, tetapi 
jika bonus itu diberi sempena menyambut perayaan-perayaan seperti Hari 
Natal, maka pekerja dilarang menerima bonus tersebut, halnya sama 
seperti di atas, dimana jika kita menerimanya, bererti kita seolah-olah 
meredhai kemungkaran yang dilakukan.
Semoga penjelasan ini memberi manfaat kepada kita semua. =)
Penggunaan Kalimah ALLAH Oleh Agama Lain
Sesungguhnya tiada Tuhan melainkan
 ALLAH, dan Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH.. Kita umat Islam, berdiri 
atas kalimah syahadah yang sama, mengaku bahawa ALLAH itu tuhan yang 
Esa.. Apa yang ingin saya share ini adalah berkaitan isu pengguanaan 
kalimah ALLAH oleh agama lain (pernah dibangkitkan oleh penganut Agama 
Kristian.. Firstly, ini adalah perkara asas dalam semua agama, iaitu 
kepercayaan kepada Tuhan, di mana kita mengaku bahawa Tuhan kita adalah 
ALLAH yang Maha Esa.. So, bagaimana pula dengan Kristian ni? Sebelum itu
 saya mengajak pembaca merenung semula kisah Isa ibnu Maryam, benarkah 
Nabi Isa disalib? Kita umat Islam percaya kisah Nabi Isa A.S dimana Nabi
 Isa A.S tidak disalib malah diangkat ke langit, tetapi mereka (penganut
 Kristian) percaya Nabi Isa A.S  disalib.. Maka cuba fikir, 2 perkara 
berbeza ini jika wujud, sebenarnya very confusing.. Sebab itu kita 
jangan sesekali samakan Nabi Isa dengan Jesus Christ kerana kedua-duanya
 berbeza..  Inilah kaitannya dengan penggunaan kalimah ALLAH, jika 
dibenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam agama mereka, nescaya 
tercemarlah nama ALLAH yang Maha Esa.. Kerana apa? Firstly, akan 
tercemarlah sifat-sifat ALLAH, kerana dalam al-Quran disebutkan ALLAH 
itu satu, tiada sekutu, tiada anak dan tidak diperanakkan.. Sedangkan 
dalam agama Kristian, Trinity adalah pegangan mereka, maka jika mereka 
menggunakan kalimah ALLAH sebagai Tuhan mereka, maka akan wujud sekutu 
bagi ALLAH (na’uzubillah) iaitu Jesus Christ sebagai anak ALLAH, dan Roh
 Qudus.. MasyaALLAH, tercemar nama ALLAH, all muslims must concern about
 this.. Ingat, jika berhujah mengenai Christianity, jangan sesekali 
gunakan kalimah ALLAH dan Nabi Isa, sedangkan dalam bibble mereka 
sendiri tak menggunakan kalimah ALLAH, malahan menggunakan perkataan 
Lord, God, Father, Jesus..  Jika digunakan kalimah ALLAH bagi Lord 
ataupun God, bermakna di sini wujudnya sifat Tuhan yang mempunyai anak 
iaitu Jesus sedangkan dalam Islam, ALLAH itu tiada mempunyai anak.. Jika
 penganut agama Kristian dibenarkan memakai salib, maka saya juga yakin 
jika dibenarkan penggunaan kalimah ALLAH ini, maka tidak mustahil 
kalimah ini akan juga diguna pakai bersama salib mereka, sama ada pada 
tiang salib, rantai perhiasan ataupun penggunaan dan terteranya kalimah 
ALLAH di gereja..  Justeru, kita yang mengaku diri kita Islam, 
seharusnya berani menegakkan agama kita yang satu, menegakkan kalimah 
syahadah yang menjadi pegangan kita..







 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan