Kiamat..hancurnya dunia ini.Alam akan lenyap dan ditukar dengan yang baru.
Dalam ayat 49. surah Ibrahim-
Pada hari itu bumi ini ditukar dengan bumi lain.demikian juga langit dan semuanya nyata bagi Allah Yang Maha Esa lagi gagah perkasa.
Sekelian yang hidup pasti mati kecuali Tuhan.Malaikat mati,Jin dan Iblis juga mati,Manusia mati,binatang mati dan seluruh alam ini akan lenyap. Dan yang terakhir sekali ialah Malaikat-maut,Bumi,matahari,bulan,bintang-bintang dan sekelian yang ada dialam ini akan lenyap.Alam akan kosong, selepas itu akan diciptakan alam yang baru,berbeza dengan alam yang ada sekarang.Sesudah itu barulah manusia ini akan dibangkitkan dari kuburnya.
Surah Al-Kahfi ayat 1 ada menerangkan...
Bahawa Kiamat itu tidak dapat diragukan lagi.
Kiamat pasti ada, cuma waktunya adalah ketentuan Allah sahaja yang mengetahui...mungkin kerana bumi ini telah tua,tidak ada seorang pun makluk yang tahu bila terjadinya kiamat ini...
Nabi ada menerangkan tandanya sahaja...... Hadis Abi Hurairah r.a berkata.
Belum terjadi kiamat sebelum terjadi perang dahsyat antara dua pihak besar yang bertentangan pendapat.
Terjadi pembunuhan besar-besaran dan masing-masing pihak mencari pengikut-pengikut yang banyak.
Munculnya Dajjal iaitu orang yang mengatakan bahawa dia adalah seorang rasul dari Tuhan. Habis ilmu syariat Islam,banyak terjadi gempa bumi,fitnah terang-terangan,banyak terjadi pembunuhan,harta benda melimpah ruah, sehingga tidak ada lagi orang yang akan menerima sedekah.Banyak pula orang mendirikan bangunan tinggi mencakar langit.
Hadis juga disebutkan bahawa akan terbit Matahari sebelah barat iaitu tempat terbenamnya sekarang.Dikala itu kita manusia mula lah mengatakan ingin beriman tetapi sudah terlambat..
Disaat-saat dekat akan kiamat nanti juga dikatakan bahawa kekayaan yang sangat banyak sampai tidak ada org yang yang hendak menerima sedekah.. dan habis ilmu dan mati nya juga para ulama,maksudnya ketika itu orang tidak memperdulikan lagi syariat Islam....
Dalam hadis Rawi Bukhari... Dekat-dekat kiamat itu makan turun lah Ibnu Maryam (atau pun Nabi Isa a.s) Dia yang akan membunuh Dajjal,mematahkan salib dan membuat dunia akan sentosa dan kekayaan melimpah ruah.
Diriwayatkan juga dalam ayat At-Takwir 1-6... matahari digulungkan,langi pecah berterbangan seperti kapas diterbangkan angin seperti berantakan,pecah hancur dan kemudian lenyap,bintang-bintang ,bulan dan segala cakerawala hancur dan segala makluk akan mati gunung ganang beterbangan,laut bergelora panas mendidih kemudian kering dan tertimbun...
Sebagai hamba yang mempercayai akan rukun iman yang kelima ini maka marilah kita sama-sama perbanyakkan amalan dan takwa kita... muga dengan limpah kasih sayang Allah terhadap kita, dijauhkan dari segala kesulitan dan kesengsaraan yang akan kita hadapi dihari yang ditentukan kehancuran muka bumi ini...kerana betapa dahsyatnya hanya Allah yang sahaja yang mengetahuinya.
SAAT adalah suatu hari sebelum datang Hari Kiamat. Hari itu amat berat baik di langit mahupun di bumi. Menurut Nabi Muhammad, baginda tidak tahu bila ia akan datang. Hanya Allah yang mengetahui, sabdanya lagi. Hadis tersebut terdapat di dalam ayat Allah bermaksud:
"Mereka
menanyai kamu (Muhammad) mengenai Saat, bilakah ia melabuhkan.
Katakanlah, ‘Pengetahuannya adalah hanya di sisi Pemeliharaku. Tiada
yang akan mendedahkannya pada waktunya yang benar, melainkan Dia. Amatlah berat ia di langit dan di bumi; ia tidak akan datang kepada kamu melainkan dengan tiba-tiba.’ Mereka menanyai kamu seakan-akan
kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah, ‘Pengetahuannya adalah
hanya di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.’"
(7:187)
"Apakah mereka menanti-nanti melainkan Saat, bahawa ia akan datang kepada mereka dengan tiba-tiba? Sesungguhnya isyarat-isyaratnya telah datang; maka, apabila ia datang kepada mereka, bagaimanakah bagi mereka Peringatan (al-Qur’an) mereka?" (47:18)
"Wahai manusia, takutilah Pemelihara kamu! Sesungguhnya kegoncangan Saat adalah satu hal yang besar. Pada hari apabila kamu melihatnya, tiap-tiap ibu yang menyusui melupakan apa yang dia menyusukan, dan tiap-tiap yang mengandung menggugurkan kandungannya, dan kamu melihat manusia mabuk, padahal mereka tidak mabuk, tetapi azab Allah adalah keras." (22:1-2)
"Dan pada hari Kami memperjalankan gunung-gunung, dan kamu melihat bumi menjadi rata," (18:47).
"Pada hari apabila Kami menggulung langit seperti naskhah gulungan yang digulung untuk kitab-kitab," (21:104).
"Pada hari langit berpecah belah dengan awan-awan," (25:25).
"Pada hari apabila bumi berpecah belah dari atas mereka sambil mereka bercepat-cepat," (50:44)
"Pada hari langit bergoncang, bergoncang-goncang, Dan apabila gunung-gunung berjalan, berjalan-jalan," (52:9-10).
"Apabila bumi digoyangkan, kegoyangan, Dan gunung-gunung dihancurkan, kehancuran, Dan menjadi debu yang bertaburan," (56:4-6).
"Pada hari apabila bumi dan gunung-gunung bergentar, dan gunung-gunung menjadi timbunan pasir yang tercurah." (73:14)
"Pada hari apabila langit menjadi seperti leburan tembaga merah, Dan gunung-gunung menjadi seperti bulu berjumbai," (70:8-9).
"Maka, jika kamu tidak percaya, bagaimanakah kamu akan bertakwa (menjaga diri) daripada satu hari yang membuatkan kanak-kanak beruban? Kerananya langit terbelah," (73:17-18).
"Apabila matahari digelapkan, Apabila bintang-bintang dijatuhkan, Apabila gunung-gunung diperjalankan, Apabila unta-unta bunting ditinggalkan, Apabila haiwan-haiwan buas dikumpulkan, Apabila laut-laut dijadikan mendidih,"
(81:1-6).
"Apabila langit terbelah, Apabila bintang-bintang ditaburkan, Apabila laut-laut melimpah-limpah, Apabila kubur-kubur dibongkar," (82:1-4).
Kiamat
Setelah kejadian-kejadian ngeri yang berlaku pada hari yang besar itu maka datanglah Pemelihara kita untuk hadir pada satu lagi hari yang telah dijanjikan-Nya, tetapi lebih besar. Dua ayat di bawah menceritakan tentang kedatangan-Nya:
"Maka, apabila trompet ditiupkan dengan sekali tiupan, Dan bumi dan gunung-gunung diangkat, dan dihancurkan dengan satu pukulan, Kemudian, pada hari itu, Peristiwa Besar terjadi, Dan langit terpecah, kerana pada hari itu ia menjadi lemah, Dan malaikat-malaikat berdiri di sempadannya, dan pada hari itu, lapan membawa di atas mereka Arasy Pemelihara kamu." (69:13-17)
"Apabila bumi dihancurkan, sehancur-hancurnya, Dan Pemelihara kamu datang, dan malaikat-malaikat, barisan atas barisan, Pada hari itu, Jahanam didatangkan; pada hari itu, manusia mengingati; dan bagaimanakah Peringatan (al-Qur’an) baginya?" (89:21-23)
Bumi baru akan dibentang. Kemudian, ia melemparkan keluar apa yang di dalamnya lalu menjadi kosong. Yang dilempar keluar itu adalah manusia, untuk bangkit semula setelah mati pada suatu hari yang besar dinamakan Hari Kiamat. Firman-Nya, "Pada Hari Kiamat, kamu akan dibangkitkan." (23:16)
Manusia bangkit dari bumi selepas suatu seruan atau Teriakan dibuat. Firman-Nya, "Apabila Dia menyeru kamu dengan satu seruan, kamu seketika itu, dari bumi, kamu keluar." (30:25)
"Pada hari mereka mendengar Teriakan dengan sebenarnya; itulah hari kekeluaran (kebangkitan)." (50:42)
Ketika manusia bangkit mereka memuji Tuhan mereka. Firman-Nya, "Pada hari apabila Dia menyeru kamu, lalu kamu menyahuti dengan memuji-Nya, dan kamu menyangka bahawa kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sebentar sahaja." (17:52)
"Mereka keluar dari makam-makam mereka, seakan-akan mereka belalang-belalang yang bertaburan." (54:7)
"Dan trompet ditiupkan; kemudian tiba-tiba, mereka melongsor dari makam-makam mereka kepada Pemelihara mereka. Mereka berkata, ‘Celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami daripada tempat tidur kami?’" (36:51-52)
Kedatangan Tuhan
Pada Hari Kiamat, Tuhan muncul untuk bertemu dengan manusia. Bumi bersinar dengan cahaya-Nya. Malaikat-malaikat berdiri dalam barisan-barisan. Lapan daripada mereka membawa Arasy Tuhan. Kemudian, Kitab, Nabi dan para saksi didatangkan. Firman-Nya,

"Dan bumi bersinar dengan cahaya Pemeliharanya, dan Kitab diletakkan, dan para Nabi dan para saksi didatangkan." (39:69)
"Roh (mungkin Jibril) dan malaikat-malaikat berdiri dalam barisan-barisan;" (78:38).
Dihadapkan
Semua manusia akan dihadapkan kepada Allah. Mereka berdiri di hadapan-Nya dalam barisan-barisan setelah diseru oleh penyeru. Suara direndahkan. Yang kedengaran hanya bisikan. Firman-Nya, "Pada hari bumi ditukar kepada selain daripada bumi dan langit, dan mereka pergi kepada Allah, Yang Satu, Yang Menakluki." (14:48)
"Pada satu hari yang besar, Satu hari apabila manusia berdiri di hadapan Pemelihara semua alam." (83:5-6)
"Dan mereka dikemukakan di hadapan Pemelihara mereka dalam barisan-barisan." (18:48)
Dipisahkan
"Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan orang-orang Yahudi, dan orang-orang Sabiin, dan orang-orang Kristian, dan orang-orang Majusi, dan orang-orang yang mempersekutukan - Allah akan membezakan antara mereka pada Hari Kiamat." (22:17)
Sebab dikumpulkan
"Allah akan menghakimkan antara kamu pada Hari Kiamat," (4:141).
"Allah akan menghakimkan antara kamu pada Hari Kiamat mengenai apa yang padanya kamu memperselisihkan." (22:69)
"Sesungguhnya Pemelihara kamu akan memutuskan antara mereka pada Hari Kiamat mengenai apa yang mereka memperselisihkan." (45:17)
Selain itu, Allah akan memberitahu manusia apa yang mereka buat di dunia, dan supaya manusia dapat melihat segala amalan mereka, termasuk yang sekecil satu atom. Firman-Nya,
"Pada hari apabila Allah membangkitkan mereka kesemuanya, kemudian Dia memberitahu mereka apa yang mereka telah buat. Allah menjumlahkannya, dan mereka melupakannya." (58:6)
"Pada hari itu, manusia keluar secara berasingan untuk melihat amalan-amalan mereka, Dan sesiapa yang membuat kebaikan seberat satu atom, akan melihatnya, Dan sesiapa yang membuat kejahatan seberat satu atom, akan melihatnya." (99:6-8)
Wajah
Keadaan manusia berbeza setelah dibangkitkan. Ada yang muka berseri-seri, memandangi Pemelihara mereka, dan ada yang masam. Ada yang bersinar dan tertawa, dan ada yang berdebu, digelapkan. Ada yang merendah (mungkin kerana takut atau malu) dan ada yang riang. Firman-Nya, "Pada hari itu, muka-muka berseri-seri, Memandangi Pemelihara mereka .... Dan pada hari itu, muka-muka masam," (75:22-24).
"Beberapa muka pada hari itu bersinar, Tertawa, bergembira. Beberapa muka pada hari itu berdebu, Ditutupi kegelapan, Mereka itu, merekalah orang-orang yang tidak percaya, jahat." (80:38-42)
Ada pula muka yang menjadi hitam, dan ada yang putih. Muka menjadi hitam kerana menjadi kafir (tidak percaya) setelah beriman, dan kerana berdusta terhadap Allah serta bersifat sombong. Firman-Nya,
"Pada hari apabila beberapa muka menjadi hitam, dan beberapa muka menjadi putih. Bagi orang-orang yang muka-muka mereka menjadi hitam, ‘Kenapa kamu tidak percaya (kafir) sesudah keimanan kamu?’" (3:106)
"Dan pada Hari Kiamat, kamu melihat orang-orang yang berdusta terhadap Allah, muka-muka mereka menjadi hitam; tidakkah di dalam Jahanam tempat tinggal orang-orang yang sombong?" (39:60)
Muka
Muka juga menjadi anggota badan yang di atasnya sesetengah manusia tegak ketika dikumpulkan. Mereka yang dikumpulkan di atas muka mereka adalah orang-orang yang sesat. Firman-Nya, "Kami akan mengumpulkan mereka (yang sesat) pada Hari Kiamat di atas muka-muka mereka." (17:97)
Buta
Orang-orang yang telah didatangkan ayat-ayat Allah tetapi melupakannya kemudian, akan dibangkitkan dalam keadaan buta pada Hari Kiamat. Firman-Nya,
"Tetapi, sesiapa yang berpaling daripada peringatan-Ku, baginya penghidupan yang sempit, dan pada Hari Kiamat, Kami membangkitkan dia buta." (20:124) Mata orang-orang yang berdosa akan merenung dengan tepat. Pandangan orang-orang yang berdosa, seperti yang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, akan merendah pada Hari Kiamat. Firman Allah,
Allah Tidak Berkata-kata
Kepada orang-orang yang menyembunyikan ayat-ayat al-Qur’an, atau yang menjualnya dengan harga sedikit, Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada Hari Kiamat. Sementara mereka yang menjual perjanjian Allah dan sumpah mereka dengan harga yang sedikit, bukan sahaja Dia tidak berkata-kata tetapi tidak memandangnya jua. Firman-Nya,
"Orang-orang yang menyembunyikan apa-apa daripada al-Kitab yang Allah menurunkan kepada mereka, dan menjualnya untuk harga yang sedikit .... dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada Hari Kiamat," (2:174)
"Sesungguhnya orang-orang yang menjual perjanjian Allah dan sumpah-sumpah mereka untuk harga yang sedikit .... Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka, dan tidak memandang kepada mereka pada Hari Kiamat, dan Dia tidak juga menyucikan mereka," (3:77).
Bagi orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai satu hiburan dan permainan serta menyangkal ayat-ayat Allah pula, mereka dilupakan Allah pada Hari Kiamat.
"Yang menjadikan agama mereka sebagai satu hiburan, dan satu permainan, dan yang kehidupan dunia telah menipu mereka. Maka pada hari ini, Kami melupakan mereka sebagaimana mereka lupa akan pertemuan hari mereka ini, dan mereka menyangkal ayat-ayat Kami," (7:51).
Turut dilupakan ialah orang-orang yang melupakan ayat-ayat Allah setelah datang kepada mereka. Firman-Nya,
"Berkata, ‘Demikianlah; ayat-ayat Kami telah datang kepada kamu, dan kamu melupakannya; dan demikianlah, pada hari ini kamu dilupakan’" (20:126). Segala perbuatan jahat yang dilakukan, seperti menipu dan kikir, akan datang bersama manusia pada Hari Kiamat. Antaranya digantung pada leher mereka. Firman-Nya,
"sesiapa menipu akan datang dengan apa yang ditipukannya pada Hari Kiamat;" (3:161).
"Tetapi orang-orang yang kikir dengan pemberian yang Allah telah memberikan mereka .... Apa yang mereka kikir dengannya akan digantung pada leher-leher mereka pada Hari Kiamat." (3:180)
Allah Bertanya
Hari Kiamat adalah juga hari yang Allah bertanya. Para rasul akan ditanya mengenai sambutan yang diberi kepada mereka, yang mereka tidak tahu kerana ia suatu yang ghaib. Firman Allah,
"Pada hari apabila Allah mengumpulkan rasul-rasul, dan berkata, ‘Apakah jawapan yang kamu diberi?’ Mereka berkata, ‘Kami tidak ada pengetahuan; sesungguhnya Engkaulah yang Mengetahui yang ghaib’" (5:109)
Namun, tertulis di dalam al-Qur’an, iaitu dua orang Rasul yang telah berkata-kata dengan selanjut pada Hari Kiamat. Mereka adalah Nabi Isa dan Nabi Muhammad. Baginda berdua telah menjawab mengenai sesuatu yang paling berat berlaku pada orang-orang yang mengaku mengikuti mereka. Nabi Muhammad akan "bersungut" bahawa kaumnya tidak mempedulikan al-Qur’an. Ketika itu, Kitab tersebut mungkin berada di hadapannya, kerana kehadiran perkataan "ini" pada ayat tersebut.
"Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya kaumku mengambil al-Qur’an ini sebagai suatu yang tidak dipedulikan." (25:30)
Nabi Muhammad sebagai saksi
Saksi-saksi didatangkan daripada tiap-tiap umat, di kalangan mereka sendiri. Nabi Muhammad akan menjadi saksi ke atas orang-orang di sekelilingnya. Firman-Nya,
"Bagaimanakah pula ia, apabila Kami mendatangkan daripada tiap-tiap umat seorang saksi, dan apabila Kami mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi ke atas mereka itu?" (4:41)
"Dan pada hari Kami membangkitkan pada tiap-tiap umat seorang saksi ke atas mereka daripada kalangan mereka sendiri, dan Kami mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi ke atas mereka itu." (16:89)
Anggota Badan menjadi saksi
Beberapa bahagian anggota badan turut menjadi saksi. Mereka adalah bahagian-bahagian yang penting seperti lidah, tangan, dan kaki. Antara manusia, ada yang mulutnya ditutup, meninggalkan tangan dan kaki mereka untuk menjadi saksi ke atas apa yang telah diusahakannya. Firman Allah, "Pada hari apabila lidah mereka, dan tangan mereka, dan kaki mereka, mempersaksikan terhadap mereka mengenai apa yang mereka telah buat." (24:24)
"Pada hari ini, Kami meletakkan satu penutup pada mulut-mulut mereka, dan tangan-tangan mereka berkata-kata kepada Kami, dan kaki-kaki mereka mempersaksikan terhadap apa yang mereka telah mengusahakan." (36:65)
Tidak Bermanfaat (Bapa & Anak)
Dalam penimbangan, pada Hari Kiamat, pertalian kekeluargaan termasuk kerabat yang bertalian darah tidak bermanfaat lagi. Bapa tidak membela anak, dan anak tidak membela bapa. Anak lelaki dan harta tidak berguna lagi. Firman-Nya,
"Tidaklah kerabat kamu daripada pertalian darah, dan tidak juga anak-anak kamu bermanfaat kepada kamu pada Hari Kiamat; Dia akan membezakan antara kamu," (60:3).
"Wahai manusia, takutilah Pemelihara kamu, dan takutilah akan satu hari apabila tiada bapa akan membela anaknya, dan tiada juga anak membela bapanya sedikit pun." (31:33)
"Pada hari apabila harta, dan tidak juga anak-anak lelaki bermanfaat," (26:88).
(Sahabat)
Sahabat menjadi musuh kecuali yang bertakwa, pada hari itu. Tuan didapati tidak berguna sedikit pun terhadap peliharaannya. Alasan juga tidak bermanfaat. Begitu juga segala bentuk tebusan daripada orang-orang yang tidak percaya (kafir) kepada ayat-ayat Allah, tidak akan diterima. Firman-Nya, "Sahabat-sahabat pada hari itu menjadi musuh kepada satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertakwa," (43:67).
"Hari di mana seorang tuan tidak berguna sedikit pun kepada peliharaannya, dan mereka tidak akan ditolong," (44:41).
Bertengkar depan tuhan
Pada hari itu, manusia berdebat untuk diri mereka sendiri. Mereka tidak ditolong. Firman-Nya,
"Wahai Pemeliharaku, mengapakah Engkau membangkitkan aku buta, padahal aku seorang yang boleh melihat?" (20:125)
"Kemudian pada Hari Kiamat, di hadapan Pemelihara kamu, kamu bertengkar." (39:31)
"Pada hari tiap-tiap jiwa datang berdebat untuk dirinya sendiri; dan tiap-tiap jiwa dibayar sepenuhnya apa yang ia telah buat, dan mereka tidak dizalimi." (16:111)
Jin & Manusia yang bersahabat baik ditanya
Golongan jin juga dikumpul dan ditanya. Antara yang ditanya adalah mengenai pengambilan mereka daripada golongan manusia. Sahabat-sahabat mereka daripada golongan manusia pula mengaku telah mendapat kesenangan daripada mereka. Firman-Nya,
"Pada hari Dia mengumpulkan mereka kesemuanya: ‘Wahai golongan jin, kamu telah banyak mengambil daripada manusia.’ Kemudian wali-wali (sahabat-sahabat) mereka di kalangan manusia berkata, ‘Wahai Pemelihara kami, sebahagian kami telah mendapat kesenangan daripada sebahagian yang lain, dan kami telah sampai tempoh yang Engkau menentukan bagi kami.’" (6:128) Begitu jawapan manusia yang bersahabat dengan jin pada Hari Kiamat.
Timbangan
Suatu Timbangan diletakkan pada Hari Kiamat untuk mengenali siapa yang timbangannya berat dan siapa yang ringan. Bagi yang berat, mereka beruntung, tetapi yang ringan timbangannya, kerana menzalimkan ayat-ayat al-Qur’an, mereka menjadi sengsara. Firman-Nya,
"Dan Kami meletakkan timbangan yang adil untuk Hari Kiamat, supaya tiada sesuatu jiwa akan dizalimi sedikit pun; sekalipun ia seberat sebutir biji sawi, Kami mendatangkannya, dan cukuplah Kami sebagai penghitung." (21:47)
"Penimbangan pada hari itu adalah benar; orang yang timbangannya berat, merekalah orang-orang yang beruntung. Dan orang yang timbangannya ringan, mereka merugikan jiwa mereka sendiri kerana menzalimkan ayat-ayat Kami." (7:8-9)
"Maka apabila trompet ditiupkan, pada hari itu tidak akan ada pertalian kekeluargaan lagi antara mereka, dan mereka tidak saling bertanya. Kemudian orang yang timbangannya berat, merekalah orang-orang yang beruntung. Dan orang yang timbangannya ringan, mereka merugikan jiwa mereka sendiri; di dalam Jahanam tinggal selama-lamanya." (23:101-103)