Selasa, 28 Ogos 2012

MENJAGA BAYI BARU USIA 2 BULAN



Hari ini bayi saya cukup 2 bulan. :D Tengah menjaga bayi ni, jadi blog saya beberapa bulan ini lebih berkisar tentang bayi. Teringat semasa anak pertama, kebetulan cucu pertama pula bagi keluarga saya. Kembar pula. Segala-galanya baru. Kelam kabut jadinya. Nenek atuk pun nak kena refresh cara jaga bayi, maklumlah anak bongsu dah 17 tahun.
Saya ingin kongsi pengalaman saya jaga bayi. Mungkin lain orang lain cara. Kalau ada sesiapa lain nak kongsi, saya amat alu-alukan boleh komen. Pada saya tip begini berguna sebab kita lakukan sendiri pratikalnya boleh bercerita lengkap baik dan buruknya.
Bila ada bayi, segala-galanya perlu dibuat segera dan cepat. Terutama jika menjaga sendiri tanpa pembantu. Anak sulung elok pastikan ada orang membantu, jika tidak memang bermasalah untuk kita menjaga pantang kita juga. Jika dah berpengalaman boleh jaga sendiri.
Bayi baru lahir, tidurnya biasa belum tetap. Ada kala lama ada kala sekejab. Ada kala tidur siang berjaga malam dan sebaliknya. Kita perlu mengajarnya mengenai waktu. Bila berjaga waktu siang kita main-main dengannya. Ada kala dia tidur banyak waktu siang, kita kejut macam mana pun masih tertutup matanya. Aha payahnya ya. Perlahan-lahan kita ajar. Bila dia berjaga cuba lengahkan waktu tidurnya. Jika sedang tidur tidak perlu kejutkan. Saya dapati anak-anak saya, jika kita paksa atau buat sesuatu di luar kemahuan dia, keadaan akan jadi lebih sukar. Contohnya waktu siang dia kurang tidur sebab dikejutkan, namun malam tidak juga tidur. Dia meragam hingga ke malam kerana siang kena ganggu, tidak cukup tidur. Waktu malam jika dia terjaga buat apa yang perlu sahaja sama ada susu atau tukar lampin dan tidurkan dia semula. Jika dia tidak tidur tidak perlu bermain-main dengannya. Selepas beberapa minggu 3 ke 6 minggu (berbeza ikut keadaan bayi) dia akan tahu siang berjaga dan malam waktu tidur.
Bila menangis perlu dipujuk. Ada pendapat kata jangan dipujuk, nanti akan memanjakan dan sukar dijaga. Saya pernah cuba cara biarkan menangis dan pujuk. Cara pujuk lebih berkesan untuk anak-anak saya. Mula-mula memang sukar sebab asyik kena berdukung, namun selepas beberapa minggu semakin mudah menjaganya.
Mula-mula dulu, berdukung duk dalam sling. Sekarang dah tak perlu berdukung
Dalam sebulan pertama saya mandikan bayi saya sekali sehari, waktu pagi. Petang lap sahaja badan dan tukar baju. Air mandian biarlah suam-suam. Sebelum mandikan saya siapkan semua barang dahulu. Jika bayi lapar, bagilah susu dulu. Kalau lapar, nak mandi pun kelam kabut sebab asyik menangis. Pakaian dia biasanya saya dah susun atas tilam ikut mana pakai dulu. Contohnya bawah sekali bedung, kemudian baju, barut bayi dan lampin dia. Jadi bila sudah mandi, lap badan terus letak dia atas pakaian dia tadi. Jadi tak perlu kita angkat bayi beberapa kali semata-mata nak letak barang. Sesuai juga untuk ibu-ibu yang takut-takut nak angkat bayi banyak kali. Lebih cepat buat begini. Ada bayi yang tidak suka mandi dan dibuka baju lama. Jadi dia akan menangis. Barang dah siap cepat kita boleh siapkan dia.
Dafinah, masa minggu ke 4 hingga 7, dia suka mandi. Angkat dari air dia akan menangis. Duk dalam air seronok betul dia. Minggu ni baru tak menangis lagi bila keluar dari air. Agaknya cuaca panas, jadi sedap duk dalam air. Anak-anak saya yang lain suka juga duk dalam air tapi tak lah sampai menangis bila keluar dari air.
Jika bayi tak menangis, saya buat urutan pada bayi selepas mandi. Jika dah menangis tu cepat-cepat siapkan dia. Sapukan minyak (saya guna minyak berubat herba/mustajab NR) pada perut dan tapak kaki untuk elak kembung perut. Saya guna bedak bila perlu seperti naik ruam, jika tidak saya tak guna langsung.
Anak sulung saya letak bedak. Tapi jadi bermasalah seperti kena asma asyik sakit, batuk dan berkahak. Saya letak anak di nurseri. Biasa orang akan letak bedak dengan banyak, boleh masuk ke dalam hidungnya. Saya tak bekalkan lagi bedak. Tapi semacam kemestian kena letak bedak, dah tiada bedak saya, bedak bayi lain digunakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin