Khamis, 30 Ogos 2012

ALA TOMYAM THAI


Hari ni dah memang dah plan nak masak tomyam….. gara-gara terpandang gambar tomyam yang begitu menyelerakan di dalam majalah Rasa….. Saya memang tak dapat menahan rasa bila melihat makanan yang begitu mengiurkan…. mulalah jiwa dan raga ini tak tertahan-tahan nak memasak!!! Actually tomyam ni merupakan my favorite  (3x) food forever and ever!! Kalau makan kat luar pun saya tetap memilih tomyam sebagai makanan pilihan….. Dari tak tahu memasak tomyam hingga pandai memasak dan saya sanggup belajar semata-mata kerana  terlalu suker kannya…. Sambil menghirup kuah tomyam,  otak saya ni asyik terfikir dan tertanya-tanya siapakah orang yang telah mencipta masakan yang sedap ini!!…….. You all yang berminat nak masak tomyam, layan jer resepi kat bawah….
Opsss! ada tips sikit nak kongsi. Jika anda memasak tomyam  siapkan 1 periuk kuah tomyam  dan daging terlebih dahulu tetapi jangan mencampurkan ayam, udang, sotong dan sayur-sayuran. Potong ayam, seafood dan sayur-sayuran dan simpan dahulu dalam peti sejuk. Nanti…. jika time nak makan baru ambil sedikit kuah tadi ( buat dalam periuk lain), panaskan semula baru masukkan  ayam, seafood dan sayur-sayuran!. Untuk kuah yang asal tu simpan dan panaskan selalu. Boleh tahan 2 hingga 3 hari!!. Satu lagi sebabnya buat macam ni untuk mengelakkan seafood dan sayur tu mengecut jika terlalu lama terendam dalam kuah yang masam tu……bayangkan kalau makan tomyam dengan semua bahan didalamnya kecut-kecut…. tentu tak best dan merosakkan mood nak makan kan!!!!!
Lagi satu…. kalau ada kuah lebih jangan di buang…. masukkan dalam bekas plastik dan bekukan  dalam peti sejuk!! Bila-bila masa kalau nak makan panaskan balik kuah tu…. tinggal bubuh seafood sayur je!!!
Resepi Tomyam Campur (  adaptasi dari majalah  Rasa )
100g isi ayam  ( di potong kecil )
100g daging (di potong kecil)
10 ekor udang ( buang kulit dan kepala)
3 ekor sotong  ( potong bulat )
1 1/2 – 2 liter air stok ayam atau daging ( satu periuk sederhana )
3 batang serai
1 inci lengkuas ( dihiris)
1 paket cendawan tiram  (250 g)
10 biji cili padi ( di tumbuk )
1 biji tomato
2 labu bawang besar ( potong baji atau potong bulat )
2 sudu makan pes tomyam
1 kiub ayam/daging ( jika suka)
2 camca teh sos ikan ( sos nampla)
1 camca teh gula ( jika suka)
daun ketumbar secukupnya
3-4 helai daun limau purut
3-4  sudu besar air limau nipis ( ikut banyak mana kuah  anda)
Cara Penyediaan
1. Didihkan air stock ayam/daging dalam periuk.
2. Masukkan isi ayam dan daging . Masak sehingga daging dan ayam empuk.
3. Masukkan pes tomyam, udang, serai, lengkuas, daun limau purut, cili padi, cendawan dan bawang merah.
4. Biar mendidih masukkan stok ikan, gula, garam, jus limau, tomato dan daun ketumbar.
5. Angkat dan hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin