Khamis, 30 Ogos 2012

RESIPI MASAKAN ALA THAI

Daging Masak Merah Ala Thai
Bahan-bahan:
1/2 kilo Daging  - dipotong nipis dan di rebus dengan pewarna merah
2 sudu besar lada kering - yang diblend
1 biji bawang besar - dipotong bulat
3 biji bawang putih - diketuk
10 biji cili api - diketuk (terpulang ler pada masing2, nak pedas tambah lagi, tak nak buleh kurangkan)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Daun limau purut - dikoyakkan
Serai - dititik
Kacang panjang - dipotong memanjang (terpulang, nak letak buleh, tak nak pun tak mengapa)
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa
Sedikit tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air untuk pekatkan kuah

Cara membuatnya:
Memula, goreng ler daging tu sebentar, ketepikan
Tumiskan bawang putih hingga naik bau
Masukkan lada kering yang diblend tadi
Kacau hingga lada nampak sedikit garing
Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram
Kacau seketika
Masukkan air bancuhan tepung jagung
Masukkan air ke dalam kuali itu
Masukkan daun limau purut dan serai
Masukkan bawang besar
Masukkan garam dan ajinomoto
Kacau sebentar
Masukkan air bancuhan tepung jagung
Setelah kuah nampak likat, bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama nasi putih

*Aku suka makan lauk daging merah ni ... en.suami pun suka ... en.suami aku ni sebarang produk dari daging memang kesukaannya ... hehe ... dulu depan kedai aku ni ada kedai makan ... nama kedai makan tu 'Jering Tomyam' ... sedap masakan kat kedai tu ... espacilly daging merah ... memang selalu ler aku mengorder ... hehe ... tapi sekarang tinggal kenangan jek ... sebab kedai tu dah tutup ... ceday ... tak dapat makan daging merah yang sedap cam tu lagik ... tapi nasib baik sebelum dia tutup kedai tu, sempat ler aku menuntut ilmu sikit ... hehe ... tima kasih ita ...  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin