Sabtu, 18 Ogos 2012

TIPS RUMAH TANGGA

Masa bersetubuh untuk mendapatkan Zuriat Sempurna:
Sabda Rasullah s.a.w. “Wahai Ali ! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s”
1. Jangan bersetubuh di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.
2. Jangan bersetubuh antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.
3. Jangan bersetubuh jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan isteri berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.
4. Jangan bersetubuh pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.
5. Jangan bersetubuh pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta.
6. Jangan bersetubuh semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia.
7. Jangan bersetubuh dengan isterimu di atas loteng. Jika allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.
8. Jangan bersetubuh dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.
9. Jangan bersetubuh dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.
10. Jangan bersetubuh dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, songlap dan menghendaki dunia daripada akhirat.
Cara bersetubuh yang dituntut.
1. Bersetubuh pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah s.w.t.
2. Pada malam selasa.
Jika allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.
3. Pada malam Khamis.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang bijaksana di kalangan yang bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim.
4. Sewaktu matahari di tengah langit. Jika Allah mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.
5. Pada malam Jumaat. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.
6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.
7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.
8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya.
Baca Selanjutnya: Cara Bersetubuh Mengikut Islam
23Jul/120

Suami Cepat Klimaks

SAYA wanita berusia 27 tahun dan berkahwin lima bulan lalu. Adakah tubuh berisi boleh menyebabkan saya sukar hamil? Selain itu, apabila bersama, suami lebih cepat klimaks berbanding saya dan air maninya meleleh keluar ketika mencabut kemaluannya. Adakah keadaan suami yang cepat klimaks menyebabkan tidak berlaku persenyawaan dan menyukarkan untuk saya hamil?
ISTERI RUNSING
Anda dan pasangan baru berkahwin lima bulan dan masih berjinak-jinak dalam hubungan seksual. Suami anda dapat menyalurkan ereksinya ke dalam faraj dan melakukan ejakulasi.
Jika begitu, anda mempunyai peluang tinggi untuk hamil. Air mani memang terkeluar apabila faraj dirapatkan dan memandangkan anda gempal, ruang menjadi sempit dan air mani terkeluar bila paha dirapatkan. Kemungkinan besar semua air mani terkeluar.
Jika anda mahukan ia kekal, cara berkesan ialah selepas selesai hubungan dengan suami, jangan merapatkan paha, sebaliknya kekalkan posisi kaki secara terbuka.
Anda juga tidak digalak melakukan kemutan. Kemut selepas selesai melakukan hubungan membuatkan cecair atau air mani suami dalam faraj terkeluar.
Mengenai masalah cepat klimaks, air mani yang keluar tetap kekal dalam faraj dan sperma berkeliaran dalam faraj untuk memasuki serviks dan mencari telur jika kebetulan anda dalam waktu subur.
Jika suami lakukan tusukan secara keluar masuk, tentu dia rasa sentuhan bertalu-talu pada penghujung zakar. Dia perlu kekalkan ereksi dalam faraj dan menggerakkan pangkal zakar tanpa mengeluarkannya. Dengan cara begini, pangkal zakar yang kurang sensitif dapat mengelak klimaks cepat.
Dia juga boleh menggunakan cincin penambat zakar yang boleh dipasang ke pangkal zakar untuk mengurangkan rasa sensitif pada hujung zakar.
Cincin ini yang diperbuat daripada silicon (bukan getah) selamat untuk zakar dan faraj. Ia boleh didapati melalui Internet.
Jika masih tidak hamil dalam masa setahun, anda dan pasangan perlu merujuk kepada doktor untuk menjalani pemeriksaan awal kesuburan.
Baca Selanjutnya: Suami Cepat Klimaks
10Jul/120

Bile Masa Isteri Berahi

Meskipun bernafsu untuk seks tetapi tidak ramai wanita yang sanggup meluahkan hasrat tersebut. Sifat malu yang menebal dalam diri wanita menyebabkan mereka mengharapkan suami faham-faham sendiri kehendak ini. Namun realitinya, sungguhpun lama hidup berumahtangga suami ataupun kaum lelaki kadangkala masih tidak dapat meneka bila isteri mahukan hubungan seks. Para suami, jangan biarkan ini berlaku, semak artikel di bawah untuk mengetahui bila situasinya isteri menginginkan hubungan seks.
BILA BERJAUHAN DENGAN PASANGAN
Apabila suami meninggalkan isteri berhari-hari untuk ke luar daerah, masa tidur di ranjang bersendirianlah yang akan membangkitkan ghairah isteri untnk seks. Ketika ini isteri mungkin akan teringat-ingat waktu dirinya sedang bermesra dengan suami, yang seterusnya akan membuatkan nafsunya untuk seks membuak-buak. Tidak hairanlah bila suami pulang, isteri akan melakukan sesuatu yang akan membawa suami mereka terus ke ranjang.
WAKTU SUBUR
Setiap wanita punya waktu suburnya iaitu hari ke 14 selepas kedatangan haid. Ketika itu waktu subur atau ovulasi, nafsu wanita terhadap seks memang tinggi. Tanpa ransangan yang hebat sekalipun isteri akan tetap teransang untuk seks, malah mungkin ada isteri yang terlebih dahulu memulakan langkah meransang suami untuk berasmara denganya.
Pihak suami tidak perlulah hairan dengan situasi ini atau menganggap isteri buang tebiat kerana ini sememangnya sudah menjadi kitaran semulajadi kaum wanita. Apa yang perlu dilakukan cuma mengambil kesempatan terhadap waktu ini.
SELEPAS BERTENGKAR
Seks memang selalu dikatakan penyudah kepada setiap pertengkaran suami isteri. Rasanya hampir semua pasangan melakukan perkara ini. Selepas bertengkar dan merajuk panjang, tidak ada apa yg lebih diinginkan oleh isteri selain daripada dipujuk dan dipeluk oleh pasangannya.
Sentuhan dan belaian suami pada waktu ini akan menyejukkan hati isteri yang masih dalam keadaan rajuk. Pandai-pandailah suami memujuk isteri pada ketika ini kerana kepandaian anda memujuk boleh menyebabkan situasi tersebut berakhir dengn penuh kenikmatan buat anda berdua.
TERTEKAN
Memang telah diketahui seks mampu meredakan tekanan baik pada lelaki mahupun wanita. Jadi apabila melihat isteri dalam keadaan tertekan dan murung, seks mungkin membantu dirinya untuk lebih relaks.
Tetapi harus lihat pada situasinya, sekiranya isteri tidak memberi respon pada ransangan yg diberikan, mungkin seks bukanlah apa yang diinginkan. Ajak dirinya untuk berkongsi masalah, cara itu mungkin membantu mengurangkan stress yang dialaminya.
MENERIMA BERITA GEMBIRA
Ini adalah masa yang paling baik untuk seks. Berita gembira seperti mengetahui diri sedang berbadan dua akan memberikan mood yang baik buat seorg isteri. Suami mungkin tiada masalah mendampingi isteri ketika ini.
Ajakan untuk melakukan seks pastinya tidak akan ditolak. Buat suami ingatlah tip ini sekiranya anda berkeinginan untuk seks, pastikan anda menggembirakan hati isteri terlebih dahulu.
IMAGINASI
Bukan lelaki sahaja yang berfantasi tentang seks, kaum wanita juga punya imaginasi atau fantasi tentang perkara ini. Namun fantasi mereka tidaklah ekstrem seperti lelaki. Kaum wanita atau isteri selalunya berfantasi tentang dirinya dilayan cukup romantik dan dibelai manja oleh suami mereka. Jadi buat suami, penuhkanlah fantasi isteri ini, layan dan belailah mereka. Jangan mengharapkan fantasi anda saja dipenuhi!
Baca Selanjutnya: Bile Masa Isteri Berahi
22Jun/120

Adakah Telan Air Mani Boleh Sebabkan Mengandung ?


Soalan
SAYA ada sedikit pertanyaan mengenai masalah tertelan air mani.
Adakah benar kenyataan iaitu apabila seorang isteri tertelan air mani suaminya, ia boleh menyebabkan si isteri hamil? Saya berharap doktor boleh menjelaskan masalah ini.
Jawapan
KEHAMILAN berlaku apabila sperma berjaya menembusi ovum yang lazimnya menung�gu di dalam tiub fallopio selepas ovulasi. Embrio ini kemudian akan ‘ditolak’ ke dalam ruang rahim sebelum implantasi ke dalam lapisan terdalam rahim.
Air mani yang ditelan akan memasuki saluran pencernaan bermula esofagus, gaster (perut), usus kecil dan usus besar. Tiada laluan langsung untuk sperma melalui saluran makanan menuju ke tiub fallopio untuk mensenyawakan ovum.
Malah, sperma mati kerana tidak dapat bertahan di dalam cecair gaster yang mempunyai keasidan yang tinggi.
Di dalam faraj juga sperma tidak dapat bertahan lama, kebanyakannya mati selepas setengah jam berada di dalam faraj akibat sedikit keasidan yang ada di dalam persekitaran faraj untuk melawan jangkitan kuman.
Jika kehamilan berlaku, ia mungkin daripada sperma ejakulasi ke dalam faraj sewaktu sesi hubungan seks yang lain atau daripada sperma yang boleh terkandung dalam cecair daripada zakar pada awal hubungan seks penetratif (sebelum ejakulasi).
22Jun/120

Hukum Suami Pancut Luar Semasa Jimak

Soalan :
Saya dan suami saya merancang keluarga dengan kaedah mengeluarkan air mani di luar rahim. Apakah ini tidak dianggap menolak kurniaan Allah, atau membunuh benih yang boleh menjadi anak?.
Jawapan:
Perbuatan mengeluarkan air mani diluar rahim ketika melakukan persetubuhan dinamakan ‘azal. Ia biasanya dilakukan untuk mengelakkan dari mengandung. Hal ini berlaku sejak zaman Nabi s.a.w. Ini seperti kata seorang sahabah yang terkenal Jabir bin ‘Abd Allah:
كُنَّا نَعْزِلُ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْقُرْآنُ يَنْزِلُ
“Kami melakukan ‘azal pada zaman Nabi s.a.w. dan Al-Quran sedang turun” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Maksud Jabir mereka melakukan perkara tersebut pada zaman Nabi s.a.w iaitu masa al-Quran masih diturunkan tetapi mereka tidak pun dilarang oleh al-Quran. Maka dengan ini mengeluarkan air mani di luar rahim untuk mengelakkan mengandung adalah diharuskan. Sama dalam hal ini pil perancang untuk mengelakkan mengandung. Namun oleh kerana wujudnya hadith Muslim yang menamakan ‘azal sebagai al-wa`d al-khafi iaitu membunuh anak secara senyap, maka kebanyakan ulama memakruhkan perbuatan ini.
Di samping itu, hadith yang lain riwayat Muslim juga menyatakan bahawa seseorang yang cuba melakukan ‘azal jika Allah kehendaki tetap akan mendapat anak. Ini mungkin kerana dia tidak dapat mengawal pancutan air mani sebelum dia mencabutnya.
Perlu diingatkan, oleh kerana perbuatan ini boleh menyebabkan isteri hilang kelazatan persetubuhan, atau tidak sampai kemuncak kelazatannya (climax), maka suami yang ingin melakukannya hendaklah mendapat keizinan isteri. Ini kerana persetubuhan adalah hak bersama suami dan isteri.
Demi keadilan dan hak isteri, maka izinnya perlunya perlu diminta. Inilah pendapat yang paling kuat kebanyakan ulama. Sehingga al-Imam Ibn ‘Abd al-Barr (wafat 463H) berkata:
“Tiada khilaf di kalangan ulama bahawa tidak boleh dilakukan ‘azal dengan isteri yang merdeka melainkan setelah mendapat keizinannya. Ini kerana persetubuhan adalah daripada haknya” (Ibn Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Bari, 10/385, Beirut: Dar al-Fikr).
Di samping perlu difahami, adapun hasrat mencegah kehamilan jika sebabkan bimbang kepapaan, atau kekurangan rezeki, atau kurang kemewahan adalah diharamkan kerana ianya menyamai perbuatan musyrikin dan tidak meyakini rezeki Allah. Jika disebabkan keadaan tertentu yang mendesak seperti kesihatan atau kesibukan maka ia diizinkan.
Namun jika digunakan pencegah kehamilan secara berterusan tanpa sebab adalah diharamkan oleh para ulama. Ini jika dibiarkan akan mengurangkan jumlah umat Islam. Dinasihatkan agar kita memperbanyakkan zuriat, kerana ianya menambahkan kekuatan dan suara umat Islam dalam negara ini.
15Jun/120

Kesilapan ketika Berjimak

1. Tidak bercumbu terlebih dahulu
Menurut kajiselidik, 79% dari lelaki Malaysia suka seks spontan (gaya koboi atau seks ekspres). Isteri berharap agar suami mencumbu bibirnya terlebih dulu, bukan tempat lain. Ambil masa untuk bercumbu dengan secukupnya.
 2. Meniup Telinga Dengan Terlampau
Sepatutnya tiup secara perlahan-lahan. Itu akan mampu membangkitkan rasa berahi. Jangan lakukan seperti meniup lilin harijadi kerana itu akan menyakitkan telinganya.
 3. Tidak Bercukur
Muka lelaki yang tidak bercukur dirasa seperti duri landak oleh isterinya,apatah lagi selepas itu mukanya akan merayap pula ke serata tubuh hingga ke peha. Janganlah rasa seronok melihat isteri memusingkan kepalanya ke kiri atau kanan, itu bukan kerana ghairah tapi untuk mengelakkan kulit mukanya yang halus itu dari dicucuk duri landak.
 4. Memicit Payudara
Ramai lelaki memperlakukan isterinya seperti surirumah menggunakan kedua-dua tangannya memicit tembikai untuk tahu sama ada ia sudah masak atau tidak. Apa yang patut dilakukan ialah mengurut lembut, membelai dan mengusap.
 5. Mengigit Puting Payudara
Puting payudara adalah sensitif dan tidak harus diperlakukan seperti mahu meniup pelampung. Jangan dikunyah seperti makan chewing gum. Yang patut dilakukan ialah jilat serta sedut, atau sentuh dengan hujung lidah.
 6. Jangan Cari Stesen Radio
Jangan cari stesen radio menggunakan puting payudara isteri kerana itu akan menyakitkannya. Usah fokus pada puting saja tapi seharusnya pada seluruh payudara.
 7. Elakkan dari Terus Mengebom
Isteri anda bukan tiga anggota saja (dua bukit satu gua). Seluruh anggota tubuhnya dari rambut ke kaki perlukan belaian anda. Jangan terus pergi mengebom tiga anggota saja.
 8. Gelojoh Sangat
Tunggu hingga isteri bersedia dan membuka pakaiannya. Jangan terburu-buru dan gelojoh hingga tangan anda tersepit di pakaian dalam isteri anda.
 9. Bukan Tong Sampah
 Jika anda pakai kondom, ianya bukan hadiah untuk isteri anda. Membuang kondom adalah tanggungjawab suami.
 10. Jangan jadi Sharpshooter
 Isteri bukan untuk diserang secara ‘direct’, yang patut dilakukan ialah mengurut-urut dengan jari di sepanjang tepinya saja.
 11. Mana Ada Tea Time
Jangan sekali-kali berehat pula bila anda melakukan istimta’ (foreplay), tubuh isteri perlu sentiasa disentuh agar berahinya tidak turun mendadak.Teruskan rangsangan anda.
 12. Jangan Jadi Incredible Hulk
 Bila membuka pakaian isteri, bukalah dengan kemas sebagaimana anda membuka hadiah yang bernilai.
Baca Selanjutnya: Kesilapan ketika Berjimak
5Jun/120

High Heels Buat Payudara Turun?

Tulang belakang yang membengkok juga akan menyebabkan payudara akan turun.
Postur tubuh yang cenderung condong ke depan kemungkinan disebabkan anda terbiasa duduk sambil mencondongkan tubuh untuk melihat dengan jelas apa yang ada di layar komputer. Atau, kebiasaan mengemudi sambil mencondongkan tubuh ke depan. Hal ini menyebabkan otot-otot dada menjadi kaku, lalu menarik pundak ke depan. Payudara, akibat posisi ini dan pengaruh gravitasi, akan merosot selamanya. Tekanan pada tulang belakang bagian atas bertambah, dan itulah yang menimbulkan nyeri pada leher, punggung, dan pundak.
Selain itu, postur tubuh yang kurang baik saat duduk membuat otot-otot pada pinggul depan menjadi pendek dan ketat. Kemudian, otot-otot bokong (glute) tidak mampu berkontraksi karena selama berjam-jam hanya menyangga tulang panggul. Kombinasi otot-otot yang tegang pada bagian depan pinggul dan otot yang lemah pada bokong menyebabkan panggul miring ke depan. Akibatnya, perut bagian bawah terdorong keluar, membuat lemaknya mencuat keluar.
Yang tak kalah merugikan adalah penggunaan sepatu berhak tinggi. Sepatu berhak tinggi membuat postur tubuh bagian atas membungkuk, demikian menurut Rachel Cosgrove, CSCS, penulis buku The Female-Body Breakthrough. Otot-otot pergelangan kaki mengencang, dan jika hal itu sering terjadi, otot sekujur kaki hingga punggung bagian bawah juga mengencang. Jika punggung bawah terasa kencang, biasanya anda akan berusaha membuatnya lebih nyaman dengan mencondongkan diri ke depan. Turunnya payudara pun akan semakin parah.
Pada dasarnya, otot-otot anda saling berhubungan dari kepala hingga kaki. Jika area tersebut terganggu, akan menimbulkan masalah satu sama lain. Namun, hal ini bisa dicegah dengan berbagai cara:
 1. Duduklah setegak mungkin. Ketika anda begitu fokus pada pekerjaan, anda mungkin akan melupakan postur tubuh anda. Tetapi begitu ingat, usahakan untuk kembali menegakkan tubuh. Tarik pundak anda ke bawah dan ke belakang. Jauhkan jarak antara telinga dan pundak, lalu tahan selama mungkin. Lalu, kempiskan perut anda sambil tetap bernafas dengan normal.
 2. Untuk menguatkan otot-otot bokong dan melatihnya agar berkontraksi lagi, berbaringlah telentang dengan lutut menekuk dan telapak kaki rata di atas lantai. Bentangkan kedua lengan ke samping Anda. Kemudian, kencangkan bokong dan angkat pinggul anda sehingga tubuh membentuk garis lurus dari pundak ke lutut (dalam yoga, gerakan ini mirip dengan Bridge Pose). Tahan selama lima detik, kemudian turunkan kembali tubuh ke posisi semula. Lakukan dua atau tiga set dengan 12 pengulangan setiap hari.
 3. Regangkan dada untuk membantu melonggarkan otot-otot dada yang memendek dan mengencang. Julurkan lengan ke samping ke arah kusen pintu, dengan menekuk siku ke atas dalam sudut 90 derajat. Telapak tangan menghadap ke depan, menempel pada kusen pintu. Kemudian, melangkahlah melalui pintu sampai anda merasakan peregangan di dada dan bagian depan pundak. Tahan selama 30 detik, kemudian ulangi dengan lengan anda yang satu lagi. Lakukan empat set (lengan kanan dan kiri) setiap hari.

Rahsia Seks Isteri Yang Perlu Anda Tahu

Untuk panaskan lagi suasana hubungan seks, anda perlu tahu rahsia mengenai isteri anda di bawah.
Minda adalah organ seks terbesar wanita
Jika anda mahu merangsang isteri anda, anda mulakan dengan merangsang emosi dia. Isteri anda berkahwin dengan anda bukanlah kerana dia terpikat anda secara fizikal tetapi dia terpikat pada anda secara emosi. Jika anda berjaya merangsang emosinya untuk lebih mencintai anda, dia akan akan lebih terangsang apabila melakukan hubungan seks.
Seluruh tubuhnya boleh di rangsang
Bagi wanita, seluruh tubuh mereka adalah organ seks iaitu mereka boleh terangsang jika anda menyentuh mana – mana bahagian badan mereka ketika anda sedang melakukan hubungan seks. Namun, bagi setiap wanita pasti ada bahagian yang boleh memberi rangsangan tambahan apabila di sentuh.
Wanita sangat sukakan foreplay
Bagi wanita tiada beza hubungan persetubuhan dan foreplay. Mereka tidak kisah asalkan mereka datang inzal ketika harunginya. Oleh itu, suami perlu pastikan si isteri mendapat puncak klimaks terlebih dahulu walau apa cara pun atau langkah yang sepatutnya.
Wanita lebih suka anda menewaskan mereka dengan rabaan dan sentuhan yang penuh dengan kasih sayang dari zakar anda 
Hubungan seks melibatkan keseluruhan aktiviti emosi dan fizikal. Isteri anda lebih suka jika anda tewaskan mereka melalui hubungan yang penuh dengan kasih sayang. Ramai suami silap menafsirkan kemahuan isteri. Seks bukanlah segalanya dan suami perlulah memahami situasi ini. Letakkan seks pada tempat kedua, dahulukan dengan penuh emosi dan kasih sayang.
Wanita suka jika anda mengawal hubungan kelamin
Wanita sangat suka jika anda beraksi dengan agresif ketika mengadakan hubungan seks. Walaupun mereka suka anda jadi ketua, mereka juga mahukan anda menerima respon yang mereka beri ketika hubungan seks berlangsung. Saling berbalas tindakan adalah perlu bagi penerimaan kedua-dua pihak.
2Apr/120

10 Tip Agar Acara Kamar Tidak Lagi Membosankan

Biarpun dianggap sebagai aktiviti penuh kenikmatan buat suami isteri namun tidak dinafikan rasa bosan boleh saja muncul dalam perhubungan seks.Ia boleh berlaku jika acara kamar ini tidak disuntik dengan perubahan.
Jika ini dirasai maka pasangan harus mengambil inisiatif tertentu kerana kebosanan yang dirasai boleh saja memberi kesan kepada rumah tangga.Antaranya adalah terjadinya kecurangan.Oleh itu sebaiknya ia dicegah sebelum berlaku.Praktikkan tip di bawah ini bagi memastikan kebosanan seks tidak menjegah di hati anda dan pasangan.
  • Sekali seminggu
Seseorang yang tidak melakukan hubungan seks dalam jangka masa yang lama boleh menyebabkan penurunan libido dan kadar testoren semula jadinya.Seks sama seperti bersenam atau bersukan,jika seseorang sekali berhenti maka kemungkinan besar ia akan terus menurun.Oleh itu cubalah untuk menyukai dan melakukannya minimun sekali seminggu secara teratur.
  • Terlibat dalam pekerjaan rumah
Wanita cenderung melakukan hubungan seks apabila pasangannya membantu melakukan pekerjaan rumah.Konsep ini disebut dengan 'choreplay'.Kajian dari University of Western Ontario mendapati isteri akan lebih bahagia jika suami terlibat dalam urusan rumah tangga.Manakala studi dari University of Ollinois di Chicago menunjukkan lelaki yang membantu membersihkan rumah dan menguruskan anak,memiliki seks yang lebih baik.
  • Berpelukan selama 20 saat
Pelukan yang dilakukan selama 20 saat akan membuat 'hormon pelukan atau oksitoksin mengalir dan membantu meningkatkan hubungan antara keduanya.Lelaki memerlukan pelukan tiga kali lebih banyak dibandingkan wanita untuk sampai ke tahap yang sama.Jadi berikan pelkan sekali sehari selama satu minit buat pasangan demi menjaga keintiman dan memiliki kehidupan seks yang lebih sihat.
  • Berhenti mengakses pornografi
Pakar menjangka lelaki melakukan mastubasi sebanyak 50 peratus lebih banyak dari biasa jika sering melihat bahan lucah.Terlalu banyak masturbasi akan menurunkan libido yang akhirnya akan menyebabkan kurang hubungan seksual yang boleh memuaskan pasangan.
  • Bersikap lebih positif
Kajian menunjukkan perbezaan antara hubungan seks yang berjaya dan gagal diperngaruhi oleh nisbah interaksi positif dan negatif.Seseorang harus memiliki nisbah 5:1 iaitu 5 untuk fikiran positif dan 1 untuk fikiran negatif.Fikiran yang positif akan membantu seseorang memiliki seks yang hebat.
  • Aksi pemanasan 21 minit
Fakta menunjukkan lelaki lebih mudah orgasma berbanding wanita,sementara wanita tidak konsisten dalam mencapai orgasma.Sebuah kajian yang dilakukan oleh Kinsey and Masters & Johnson menyimpulkan pasangan yang menghabiskan 21 minit atau lebih untuk pemanasan hanya memiliki 7.7 peratus kegagalan orgasma.
  • Menjaga kecergasan
Sudah tentunya seks bersama dengan pasangan yang cergas lebih ghairah berbanding jika pasangan lemah dan layu.Reaksi daripada setiap rangsangan yang diberi sudah tentu juga lebih pantas jika tubuh segar.Oleh itu lakukanlah sesuatu agar tubuh anda kekal cergas rangsangan seks tersebut tidak memudar.
  • Kekal sihat
Kesihatan secara keseluruhan dan kesihatan seksual sangat berkait rapat.Ini kerana diet,stres,nutrisi,olahraga dan ubat-ubatan memberi pengaruh besarterhadap nafsu seks seseorang.Jika salah satu daripadanya tidak sihat,maka kehidupan seks juga akan terjejas.Oleh itu jagalah kesihatan dengan mengamalkan cara hidup sihat,berolahraga dan mengambil makanan berkhasiat.
  • Berkongsi Fantasi
Kajian menunjukkan orang yang aktif berfantasi akan memiliki kehidupan seks yang lebih puas,lebih responsif dan lebih berani.Berkongsi fantasi dengan pasangan tentunya akan memberi kesan besar dalam hubungan intim dan satu perkongsian yang cukup berharga.
  • Saling menghargai
Seseorang lelaki harus memberikan perhatian,tapi jangan pula berlebihan.Ambil kira kepuasan pasangan dan jangan memetingkan diri sendiri atau bersikap ego.
27Mar/120

Minum Kopi Tingkat Tenaga Batin?

Ramai orang terutamanya masyarakat di Malaysia tidak kira golongan muda ataupun tua gemar meminum kopi setiap hari. Persoalannya, adakah kopi itu baik untuk kesihatan ?
Kalau di kampung, golongan warga tua terutamanya gemar melepak di kedai sambil meminum kopi bersama rakan-rakannya. Aktiviti ini boleh dilihat di warung-warung kopi yang pelanggannya rata-rata datang dari sekitar situ juga. Tetapi persoalannya, adakah kita boleh meminum kopi secara kerap? Jom ikuti persoalan mengenai hobi yang gemar meminum kopi.
Soalan :
Saya kerap minum minuman berasaskan kopi. Boleh dikatakan setiap hari saya minum minuman seperti itu, terutama sebelum ke tempat kerja. Di rumah juga demikian jika ada masa lapang, seolah-olah menjadi tabiat.
Persoalannya, adakah tabiat meminum kopi secara kerap akan memberi kesan terhadap air mani seorang lelaki seperti mana perokok? Jika ada, apakah kesannya?
Jawapan :
Kopi dan teh menjadi minuman gaya hidup untuk warga dunia sejak ia diperkenalkan secara terbuka. Tambahan pula kajian menunjukkan ia tidak mengganggu kesihatan dan mengandungi banyak khasiat dan kebaikan.
Kopi mengandungi banyak bahan ‘antioksiden’ dan juga kimia bergelar kafein, stimulant urat saraf setaraf ‘viagra’. Jika diminum pekat dan banyak, lelaki muda mudah mencapai ereksi yang mencabar!
 ‘Viagra’ sebenarnya ialah ubat yang dapat melembapkan proses kehancuran elemen tenaga CGMP yang ada pada seluruh badan selain otot zakar. Jadi tidak hairan jika orang berbangsa Arab minum kopi jenis Arabi dan mereka mudah mencapai kesegaran anggota kelamin.
Jadi tak hairan juga jika kopi mula menjadi minuman ‘gourmet’ dengan harga tinggi, dengan pelbagai perisa dan campuran herba dan aromatik untuk meningkatkan pilihan selera.
Tidak salah jika anda ketagih kopi kerana ia tidak memudaratkan seperti amalan merokok. Jika mahu membandingkan kopi dan rokok, memang sangat berbeza.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin