Selasa, 21 Ogos 2012

ANTARA JEMAAH ISLAM

Jemaah adalah alat untuk mengislamkan penghayatan masyarakat, melaksana dan menjayakan projek dan gagasan Islam yang besar.Oleh itu sesebuah Jemaah Islam mestilah merupakan sebuah jemaah yang syumul (menyeluruh) dan bukan semata-mata sebuah parti politik. Rasulullah saw menggunakan jemaahnya untuk membina dan menegakkan Islam di seluruh pelusuk dunia, bermula dengan membina individu (fard) muslim, keluarga Islam, masyarakat Islam sehingga memerintah dunia.
Di sana juga terdapat perbezaan diantara Jemaah Islam dengan parti Islam. Parti politik bukan lahir dari penghasilan-penghasilan Islam akan tetapi ia lahir dari tamaddun Barat. Ia juga adalah salah satu kenderaan untuk mencapai seseorang kepada kerusi pemerintahan. Adapun jemaah, ia adalah alat menyeluruh untuk mengislamkan penghayatan umat. Oleh itu jemaah mempunyai projek yang besar bagi setiap aspek kehidupan seperti politik, ekonomi, tarbiyah, pembangunan dan tamaddun. Dari jemaah lahirnya parti politik, pertubuhan-pertubuhan, sekolah-sekolah  dan pelbagai institusi yang menjadi alat yang dibina asas-asas agama dia atasnya ialah jemaah, bukan parti politik. Yang mengikat ahli didalam parti ialah etika kepartian, akan tetapi yang mengikat ahli didalam jemaah ialah Ukhuwwah (kasih sayang didasari Iman) dan Theqah (keyakinan ahli terhadap pimpinan yang melahirkan cinta, hormat dan iltizam/committment). Ahli sesebuah jemaah mempunyai sifat iltizam yang tinggi serta mentaati keputusan Syura jemaah berkenaan.
Ir. Khairat Syatir
Sebagai contoh, Ikhwan Muslimin di Mesir sendiri kini berada di fasa membina Masyarakat dan Kerajaan Islam. Mereka tidak mahukan kerusi pemerintahan akan tetapi mereka mahukan sebuah kerajaan yang memastikan tertegaknya kehidupan masyarakat di atas asas dan panduan Islam seperti yang dijelaskan oleh Naib Mursyidnya, Ir. Khairat Syatir.
Jemaah Islam bukanlah wakil-wakil dari sesebuah umat yang akan menegakkan tamaddun umat, akan tetapi mereka adalah sebahagian dari umat itu sendiri dalam menegakkan Tamaddun Islam bersama-sama.
(Sedutan sebahagian dari ucapan Ir Khairat Syatir di Iskandariah, Mesir minggu lalu dalam menjawab langkah-langkah Ikhwan Muslimin selepas Revolusi 25 Januari yang berjaya menamatkan era diktator Mubarak).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin