Khamis, 16 Ogos 2012

TANGKI SIMBAH

1. Tangki simbah digunakan untuk menyimpan air pada paras tertentu dan kemudian menyimbahnya melalui
     paip simbah pada tekanan tertentu untuk membersihkan mangkuk tandas.
2.  Muatan yang biasa ialah 9 liter.
3.  Biasanya tangki simbah sekarang diperbuat daripada plastik ( PVC )
4.  Ada tiga jenis tangki simbah yang digunakan:
     a) Tangki simbah aras tinggi -
         Dipasang 2 meter dari paras lantai pada mangkuk tandas jenis mencangkung.
     b) Tangki simbah aras rendah -
         Dipasang 1 meter dari lantai. Biasanya tangki simbah ini dibekalkan bersama set mangkuk tandas jenis     
         duduk.
     c) Tangki simbah jenis automatik -
         Tangki jenis ini digunakan pada bekas urinal di tandas awam lelaki. Tangki ini akan menyimbah air
         ke bekas urinal secara automatik mengikut jangkamasa tertentu.
5.  Fungsi tangki simbah adalah:
     a) Melepaskan air apabila tuas simbahan ditarik.
     b) Mengisi semula air.
     c) Menahan kemasukan air apabila tangki dipenuhi.

Proses Simbahan

1.  Proses ini bermula apabila tuas simbahan ditarik.
2.  Tuas ini menaikan plat tertebuk dan injap gegendang di dalam tiub sifon.
3.  Sebaik sahaja plat tertebuk dan injap gegendang dinaikan, air mengalir masuk ke ruang kosong dalam sifon
     dan seterusnya mengalir keluar melalui paip simbah ke mangkuk tandas.
4.  Aras air dalam tangki akan turun, pelampung juga akan turut menurun dan menyebabkan injap bebola
     terbuka.
5.  Air mengalir masuk ke dalam tangki .

Penyenggaraan Tangki Simbah

1.  Masalah yang biasa timbul ialah air melimpah keluar.
2.  Keadan ini disebabkan oleh pelampung tidak diseleraskan dengan betul dan injap bebolah tidak dapat     
     menekan sesendal pada muncung alur masuk untuk menghalang air masuk ke dalam tangki.
3.  Penyenggaraan yang perlu ialah menganti dan menyelaraskan pelampung.

 Aktiviti 2: Mengganti dan menyelaraskan pelampung 
Objektif
1.  Pelajar akan dapat mengenal bahagia-bahagian utama tangki simbah dan memahami proses simbahan.
2.  Pelajar juga dapat menganti pelampung dan melaraskan kedudukan pelampung.
Alat ,Bahan, dan Kelengkapan
1.  Tangki simbah (yang siap terpasang).
2.  Pemutar Skru
3.  Spana boleh laras
4.  Perengkuh paip
5.  Lukisan kerja tangki simbah.
Langkah-langkah Menggantikan Pelampung
1.  Tutup puncah bekalan air.
2.  Buangkan air dalam tangki simbah.
3.  Tanggalkan pelampung dari lengannya dengan memutarkan ke arah lawan pusingan jam.
4.  Gantikan dengan pelampung yang baru.Pelampung dipusingkan ke arah pusingan jam untuk
     mengetatkannya.
5.  Uji pelampung baru dengan memsukkan air ke tangki simbah.
Lankah-langkah Menyelarskan Pelampung
1.  Apabilah air masuk ke tangki, perhatikan parasnya.Sekiranya paras air melebihi paras lubang paip limpah, 
     laraskan skru pelaras ke arah injap bebola dengan menggunakan pemutar skru biasa.
2.  Sekiranya aras air dalam tangki terlalu rendah, pusingkan skru pelaras ke belakang (melawan pusingan jam
     supaya jarak antara hujung skru pelaras dengan hujung pin omboh adalah jauh).
3.  Sesudah melaras, kunci pelaras injap bebola dengan mengetatkan nat pengunci.

 Aktiviti 3 : Mengganti Injap Gegendang 
Objektif
1.  Adakalanya air dalam tangki simbah tidak mengalir keluar setelah beberapa kali menarik tuas simbahan.
     Kerosakan biasanya berlaku apabila injap gegendang yang di perbuat daripada plastik terkoyak.
2.  Kerosakan ini dapat di perbaiki apabila kita menggantikan injap gegendang plastik dalam tiub sifon.
Alatan dan Bahan
1.  Tiub plastik.
2.  Playar muncung tirus.
3.  Sepana boleh laras.
Langkah-langkah Mengganti Injap Gegendang
1.  Tutup paip alur masuk.
2.  Keluarkan air dari tangki dengan menggunakan tiub plastik (injap gegendang tidak berfungsi).
3.  Tanggalkan dawai penghubung yang berbentuk cangkuk dari tiang plat tertebuk.
4.  Longgarkan nat pada paip simbahan dan tanggalkan tiub sifon dari tangki.
5.  Tanggalkan plat bersama injap gegendang dari tiub sifon dengan menanggalkan nat telinga di bawahnya.
6.  Keluarkan pengapit injap dan spring di tiang plat tertebuk.
7.  Keluarkan injap gegendang yang rosak dan gantikan dengan yang baru.
8.  Pasang kembali semua pepasangan injap gegendang ke dalam tiub sifon dan tiub sifon ke dalam tangki
     simbah.
9.  Dengan dawai penghubung, sambungkan hujung tiang plat tertebuk kepada tuas simbahan.
10. Ikatkan bahagian bawah tiub sifon kepada tangki simbah.
11. Buka paip alur masuk supaya air mengalir masuk ke dalam tangki.
12. Uji injap gegendang dengan menekan atau menarik tuas simbahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin