Selasa, 21 Ogos 2012

BELAJAR MEMPERTAHANKAN DIRI


Salam hormat,

Dewasa ini kejadian jenayah dan ancaman daripada musuh boleh terjadi di mana-mana. Oleh itu penting rasanya untuk kita tahu apa tindakan yang perlu diambil sekiranya kita berdepan dengan situasi yang tak disangka sebegini. Maklumlah, 'Malang Tidak Berbau'...

Berikut yang boleh anda lakukan sebagai persediaan...

1. Kekuatan Fizikal

Kuatkanlah fizikal anda. Lakukanlah aktiviti senaman secara rutin yang dapat membantu menguatkan tubuh anda. Sebagai contohnya, aktiviti bangkit tubi dan tekan tubi dapat membina kekuatan pada tubuh bahagian atas anda. Tanpa kekuatan, tumbukan atau tendangan anda tidak mungkin mampu menewaskan penjenayah.

2. Daya Tahan Kardiovaskular Yang Tinggi

Ingat akan prinsip pertahankan diri iaitu lari lebih baik daripada dipukul. Sentiasa bersedia untuk lari kerana itulah pilihan utama anda. Larilah sekuat hati anda sambil menjerit meminta tolong. Namun, anda memerlukan daya tahan kardiovaskular yang tinggi bagi mengelakkan anda keletihan ketika sedang berlari.

3. Jarak Anda.

Apabila anda sedang berhadapan dengan penjenayah dan sedang berkomunikasi dengannya, pastikan anda tidak berdiri terlalu dekat dengan mereka. Wujudkan sempadan dengan mengawal jarak anda sekurang-kurangnya 2 meter. Bercakap dengan nada suara yang tegas dan pandanglah dengan tepat pada matanya. Jangan sesekali terleka dengan terlepas pandang pada penjenayah walaupun sedetik. Ini akan membuka ruang untuk mereka mengambil kesempatan.

4. Pengetahuan Tentang Strategi Dan Teknik Pertahankan Diri

Hadirlah ke mana – mana kursus beladiri atau berdaftarlah sebagai ahli seni beladiri. Belajarlah sebanyak mungkin yang anda mampu terutamanya kaedah melepaskan diri dari pegangan atau pelukan, bagaimana untuk gunakan teknik memanipulasikan sendi ( kuncian ) dan bagaimana untuk berlawan dalam keadaan berdiri, duduk atau berbaring di lantai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin