Rabu, 29 Ogos 2012

SEJARAH KEMERDEKAAN MALAYSIA SELAMA 55 TAHUN

Pada malam 30 Ogos 1957, di Padang Kelab Selangor wakil-wakil UMNO, Pemuda Perikatan, MCA dan MIC datang dari seluruh negara berarak dengan menyibarkan bendera UMNO dan bendera negeri masing-masing. Di tengah-tengah padang itu ada 3 batang tiang yang mengibarkan bendera Umno di kanan, Union Jack di tengah, dan bendera perikatan di kiri.

Pada malam menjelang 31 Ogos diadakan upacara menurunkan bendera Union Jack dan menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu. Apabila jam besar membunyikan locongnya sebagai tanda pukul 12 tengah malam semua lampu ditutup. Kemudian dipasangkan semula bagi menandakan saat menjelangnya kelahiran tarikh 31 Ogos 1957.

Tunku Abdul Rahman diringi 30 motosikal oleh pasukan Pemuda Perikatan lalu dibawa mengadap 3 tiang bendera itu. Ketika itu bendera Union Jack yang menjadi simbol penjajahan British yang dijulang beratus-ratus tahun di Tanah Melayu mulai diturunkan dengan iringan lagu kebangsaan Bristish 'God SAve The Queen' diiringi pekikan 'MERDEKA' yang gemuruh memecah ruang angkasa.


Ucapan Tunku : "Inilah ketika yang sehabis besar ertinya kepada umat Malaya; kerana apabila berbunyi sahaja pukul 12 tengah malam, lahirlah sebuah negara baru, satu bangsa yang akan berdiri bebas dan merdeka. Kepada sekalian orang Malaya, inilah satu ketika yang amat bersejarah, satu ketika yang sudah lama kita tunggu-tunggu. Kita berdoa ke hadrad Tuhan SWT untuk kesejahteraan semua keturunan yang ada dalam negeri ini. Inilah satu ketika untuk kita menyambutnya dengan perasaan syukur, riang gembira. Marilah kita sekalian sujud menyembah Tuhan sama ada di masjid bagi orang Isla atau di gereja bagi orang Kristian atau di mana-mana rumah berhala mengikut kepercayaan masing-masing. Bersyukurlah kita kepada Tuhan keana limpah rahmat yang dikurniakan kepada kita. Akhirnya satu bintang baru yang bersinar telah terbit menerangi satu bangsa Asia yang merdeka"

Kemudian Tunku meneruskan ucapannya, "Kita telah berjuang untuk mencapai kemerdekaan ini bukan dengan kekerasan tetapi dengan jalan perundingan secara aman sehingga tercapai sebuah perlembagaan yang dipersetujui bersama. Satu bangsa yang lahir dalam dunia ini dengan kemuliaan dan kehormatan, insyaallah akan berkekalan dengan penuh kemakmuran, kesenangan, dan kebahagian yang besar." Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, Persekutuan Tanah Melayu akan bersekutu dengan komenwel dan setaraf dengan negara-negara lain yang bebas.

Ucapan ini disaksikan oleh beribu-ribu manusia ditamatkan dengan doa selamat yang dibacakan oleh Tuan Haji Masud Hayati dan kemudian berisan kehormatan berjalan dihadapan pentas memberi hormat kepada Tunku.

Satu peristiwa yang didorong oleh semangat perwira kemerdekaan telah berlaku, ketika semua yang hadir sedang menumpukan perhatian kepada upacara menurunkan bendera Union Jack, seorang pemuda Melayu telah meluru kebangunan sekretariat negeri Selangor yang berhadapan dengan Padang Kelab Selangor yang kemudiannya memanjat tempat tergantungnya bendera Union Jack dan serta merta merentap turun bendera itu daripada tempatnya. Perbuatan itu berlaku tanpa disedari oleh sekelian yang hadir, kecuali yang berdekatan dengan tempat tersebut.Walaubagaimanapun, peristiwa itu telah menarik perhatian seorang wartawan Indonesia yang berada disitu. Takala melihat gelagat pemuda itu, wartawan wanita INdonesia itu berpaling kepada En Ibrahim Mahmood, pengarang MERDEKA dan Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, yang kebetulan sedang berada disebelahnya lalu bertanya, "Apa ini juga termasuk dalam acara ini?"Maksudnya, adakah perbuatan menurunkan bendera Union Jack yang tergantung di antara bendera-bendera yang menjadi hiasan bangunan sekretariat negeri Selangor itu termasuk dalam upacara menurunkan Union Jack secara rasmi. En. Ibrahim menjawab, "Itu adalah dorongan semangat perwira hatinya sendiri. "Wah, aneh sekali," jawab wartawan wanita Indonesia itu sambil mencatat peristiwa itu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin