APABILA memandu, gunalah otak.” Ia merupakan ungkapan yang selalu kita dengar bagi mengingatkan para pemandu agar tidak memandu sesuka hati, sebaliknya menggunakan akal fikiran ketika berada di jalan raya.
Bagaimanapun, artikel ini bukan ingin memberi panduan memandu menggunakan otak atau pemanduan berhemah tetapi berkongsi maklumat mengenai kajian saintis yang berusaha memperkenalkan kaedah memandu kereta ‘hanya menggunakan otak.’
Sememangnya saintis sebelum ini telah berusaha membangunkan pelbagai kaedah atau teknologi untuk membaca gelombang otak dan kemudiannya menterjemahkannya kepada tindakan mekanikal seperti mengawal tangan robot, permainan video dan sebagainya.
Ada juga kajian kawalan telefon dan televisyen yang sedang dijalankan oleh saintis.
Jangan anda tidak percaya, saintis kini juga sedang berusaha membangunkan teknologi bagaimana manusia boleh memandu kereta tanpa menggunakan tangan, sebaliknya hanya mengarahkannya melalui minda!
Aplikasi dikenali sebagai BrainDriver itu akan menghubungkan otak manusia dan komputer yang membolehkan kereta dipandu tanpa perlu memegang stereng.
Penyelidik yang diketuai oleh Raul Rojas, profesor bidang kepintaran buatan di Freie Universitat Berlin, Jerman, menggunakan “Emotiv neroheadset” untuk merekod aktiviti otak pemandu.
Set kepala neuro merupakan alat ‘electroencephalography’ atau EEG yang pada asalnya dibangunkan untuk kegunaan permainan video oleh syarikat Emotiv dari San Francisco, Amerika Syarikat.
Bagi seseorang pemandu yang ingin menggunakan sistem pemanduan tanpa tangan ini, mereka perlu melakukan beberapa latihan mental terlebih dahulu.
Melalui latihan ini, pemandu akan cuba mengalihkan barangan secara maya (di skrin komputer) dengan hanya menggunakan fikiran dan bukannya menggunakan tetikus.
Pemandu itu akan memakai set kepala Emotiv untuk merekodkan aktiviti mindanya supaya alat itu dapat mengenalinya dengan lebih baik.
Apa yang penting adalah komputer dapat memahami empat arahan penting pemandu iaitu “berhenti, mula, kiri dan kanan.”
Dalam satu temu bual, Rojas memberitahu IEEE Spectrum, aplikasi BrainDriver masih di peringkat kajian dan masih tidak boleh digunakan untuk kegunaan di jalan raya.
Bagaimanapun, pembangunan aplikasi antara muka antara manusia dan mesin yang semakin baik akan membolehkan matlamat tersebut dicapai dalam dunia pemanduan.
Bagaimanapun, beberapa ujian yang dijalankan telah membuktikan perkara tersebut boleh dilakukan dan pemanduan tanpa tangan sememangnya boleh dilakukan dengan BrainDriver.
Kajian yang dikenali juga sebagai Projek AutoNOMOS diyakini akan memberikan bentuk pemanduan yang lebih selamat dan mesra alam di masa depan.
Ujian menunjukkan sensor yang dipasang pada kepada pemandu boleh menterjemahkan arahan-arahan mudah yang berkaitan dengan arah, kelajuan dan membrek.
Rojas berkata, sistem komputer yang berada dalam kereta boleh mengenalpasti apa yang dilakukan oleh kereta-kereta lain tetapi ia sukar mengesan arah pergerakan pejalan kaki.
Katanya, projek ini sememangnya leih tertumpu kepada pembangunan teknologi tetapi tidak mustahil ia akan boleh digunakan untuk pemandu-pemandu cacat di masa depan.
Bagi pemandu biasa pula, BrainDriver pula boleh meningkatkan tahap keselamatan seperti mengetahui bila pemandu berasa mengantuk atau tertidur dan kemudiannya mengejutkannya dengan bunyi atau gegaran.
# Selingan berita hiburan dan berita menarik yang lain.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan