Ahad, 15 Mei 2011

KUBUR DAN FATIMAH.

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a.  meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-
1.Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a
Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan  di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, “Wahai  kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah  yang kami bawa ini
adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah S.A.W.” Maka berkata kubur, “Aku bukannya  tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah  tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku,  tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku  (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya).”
Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau  seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara  semuanya :-
1.   Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Qur’an
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.
Adapun empat perkara yang harus dijauhi  ialah :-
1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri (basuh tidak suci)
Rasulullah S.A.W telah bersabda yang  bermaksud, “Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan  siksa kubur itu berpunca dari kencing.”
Seseorang itu tidak dijamin akan  terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama’  atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah. Sebaliknya kubur itu  tidak memandang
adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan  tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh  yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini. Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa  kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat  Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata  kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu  kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan  Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, “Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal  untuk menjawabnya.”Itu adalah kata-kata orang yang tidak  berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur  jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri.
Sekiranya dia rajin membaca al-Qur’an, maka al-Qur’an itu akan membelanya dan begitu juga seterusny

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin