Rabu, 18 Mei 2011

MERIAH.....Kemeriahan Pesta Songkran atau Pesta Air yang menjadi salah satu perayaan masyarakat Thai setiap tahun kini turut dirasai oleh masyarakat negara ini terutama di negeri-negeri utara Semenanjung.
Pesta Songkran yang sebelum ini lebih bercorak kebudayaan masyarakat Thai, semakin diterima dalam usaha memupuk perpaduan di kalangan masyarakat majmuk di negara ini.
Dalam menghayati semangat tersebut, kerajaan Perlis buat pertama kalinya memasukkan Pesta Songkran sebagai salah satu acara dalam kalender pelancongan negeri itu tahun ini.
Penduduk Kampung Kubang Tiga, Padang Besar harus berasa bertuah apabila dipilih menjadi tuan rumah pada pesta yang julung kali diadakan di negeri itu. (Berita di muka 16)
(dari muka 16)
PADANG BESAR, 13 April -- Setiausaha Agung Persatuan Siam Malaysia (PSM), Siw Chun Eam yakin perayaan Songkran (Pesta Air) akan dapat memupuk perpaduan kental di kalangan kaum di negara ini.
Siw Chun berkata, perayaan Songkran kini lebih bercorak pesta kebudayaan masyarakat Thai yang sesuai dirayakan bersama oleh semua kaum di negeri ini dengan meriah.
Songkran ialah tahun baru Thai pada setiap 13 April atau bersamaan bulan kelima kalender Thai dan dirayakan serentak di empat negeri Semenanjung iaitu Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan.
Tambahnya, buat pertama kali sebaik sahaja Songkran dimasukkan ke dalam kalender pelancongan negeri Perlis, Kampung Kubang Tiga dekat sini terpilih sebagai tuan rumah.
Beliau yang mengetuai perayaan Songkran di wat Kubang Tiga di sini hari ini, berbangga dengan usaha yang dijalankan disertai pelbagai kaum.
Ng Chooi Lan, 36, dari Taman Beseri jaya yang pertama kali menyertai perayaan ini tertarik dengan penyertaan semua kaum penduduk Perlis. Pada perayaan ini kita dapat bergaul mesra sesama kita rakyat majmuk di negeri ini, ujarnya.
M. Vanitha, 28, kagum dengan persiapan pesta oleh urusetia perayaan yang diketuai Siw Chun selaku Pengerusi Persatuan Siam Negeri Perlis. Beliau percaya usaha pemimpin kaum Thai negeri Perlis akan merealisasikan hasrat kerajaan memupuk toleransi kaum.
Mally Den Tan, 21, berkata, pesta Songkran juga menguji apabila tidak ada sesiapa yang akan marah apabila pakaian basah kuyup disimbah air atau muka disapukan bedak.
Noorhanan Hassan, 34, berkata, keharmonian akan dapat diwujudkan sekiranya setiap kaum sa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin