Isnin, 16 Mei 2011

KUIL PHREAH KEMBOJA.

Kuil Preah Vihear (bahasa Khmer: ប្រាសាទព្រះវិហារ, Prasat Preah Vihear; bahasa Thai: ปราสาทพระวิหาร, Prasat Phra Viharn) ialah sebuah kuil Khmer yang terletak di atas cenuram setinggi 525 meter di Pergunungan Dângrêk di wilayah Preah Vihear, Kemboja dan di sempadan wilayah Sisaket di bahagian timur laut Thailand.

Isi kandungan

[sorokkan]

[sunting] Keputusan mahkamah antarabangsa

Pada tahun 1962, berikutan pertikaian hangat antara pihak Thailand dan Kemboja mengenai pemilikan kuil tersebut, Mahkamah Keadilan Antarabangsa di Hague memutuskan bahawa kuil berkenaan adalah milik Kemboja. Tanah berhampiran di utaranya pula dikuasai Thailand, meskipun melanggar ketetapan Mahkamah tersebut.[1] Diserikan pemandangan merentas padang rumput berkilometer jauhnya, Kuil Preah Vihear menikmati latar yang paling mengagumkan di kalangan semua kuil yang dibina ketika zaman Empayar Khmer yang wujud selama enam abad. Sebagai mahligai terpenting bagi kerohanian empayar, kuil ini disokong dan diubahsuai atas titah raja-raja bersilih ganti, maka menampakkan unsur-unsur pelbagai gaya seni bina. Kuil Preah Vihear lain dari kuil-kuil Khmer yang lain kerana dibina sepanjang paksi utara-selatan yang panjang, padahal kuil-kuil lain biasanya mengamalkan pelan segiempat tepat dan menghadap ke timur. Kuil ini menyumbangkan namanya kepada wilayah Preah Vihear di Kemboja yang menjadi tempat bertapaknya kuil ini, dan juga Taman Negara Khao Phra Wihan di wilayah Sisaket, Thailand, di mana adalah paling mudah untuk memasuki kuil terbabit.

[sunting] Tapak warisan dunia

Pada 7 Julai 2008, Kuil Preah Vihear disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.[2]

[sunting] Pertikaian 2008

Kuil Preah Vihear menjadi titik tengah perbahasan hangat antara negara-negara Kemboja dan Thailand. Pertikaian pemilikan kuil ini timbul semula dewasa ini apabila Kemboja mengemukakan permohonan kepada UNESCO agar Kuil Preah Vihear diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia. Thailand mendakwa bahawa permohonan jirannya itu merangkumi tanah sekeliling kuil itu yang dituntut oleh Thailand. Pihak Kemboja menarik balik permohonannya, sehingga tahun 2008, setelah mendapat restu Thailand, mengemukakan semula permohonannya yang diubahsuai agar hanya kuil itu yang diiktiraf dan bukan tanah di sekelilingnya.
Isu lokasi dan penyenaraian Kuil Preah Vihear itu menjadi titik tengah lagak politik di Kemboja dan Thailand. Perikatan Rakyat untuk Demokrasi selaku parti pembangkang utama Thailand, telah menyebabkan kuil ini dari perkara kecil menjadi heboh dalam cubaan menjatuhkan kerajaan Parti Kuasa Rakyat pimpinan Perdana Menteri Samak Sundaravej. Kerajaan Parti Rakyat Kemboja pimpinan Perdana Menteri Hun Sen telah mengambil kesempatan terhadap kebetulan masa persidangan tahunan UNESCO dan penyenaraian Kuil terbabit sebagai Tapak Warisan Dunia bagi berkempen dalam pilihanraya parlimen 27 Julai 2008.[3]
Pada 11 November 2009, Menteri Kehakiman, Pirapan Salirathavibhaga menyatakan kerajaan Thailand akan menuntut semula kuil sempadan itu. Sementara itu sekumpulan penduduk kampung di Kemboja membakar patung menyerupai wajah Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva sambil mendakwa polisi beliau telah menyebabkan ketegangan di sempadan. Hubungan diplomatik dengan Kemboja menjadi tegang kerana rakyatnya ditahan oleh pihak berkuasa Kemboja atas tuduhan mengintip.[4]

[sunting]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin