Khamis, 19 Mei 2011

SEJARAH EMPAYAR KERAJAAN AYUTHIA.

Sejarah Empayar Kerajaan Ayuthia

Beberapa minggu ni sy sibuk ingin mencari maklumat tentang kerajaan ayuthia.sy tertarik bila sy menonton trailer jumbo gajah biru yg mengisahkan tentang seekor gajah bernama Jumbo telah terpilih menjadi gajah diraja bagi Raja Naresuan selepas peperangan yang dikenali sebagai peperangan gajah.

Tapi bukan cerita jumbo gajah biru yg ingin saya ceritakan di sini tapi sejarah kerajaan ayuthia. Ayuthia(nama lengkap Phra Nakhon Si Ayutthaya merupakan satu wilayah di tengah Thailand. Antara wilayah yang berhampiran ialah Ang Thong, Lop Buri, Saraburi, Pathum Thani, Nonthaburi, Nakhon Pathom dan Suphan Buri.mengikut sejarah, ayuthia pernah menjadi ibu negara Siam/thailand dari 1350 hingga serangan tentera burma pada 1767.
Tapi sy masih tidak berpuas hati dengan maklumat yang ada sekarang.jadi sy meneruskan usaha mencari sebanyak mungkin maklumat tentang kerajaan ayuthia.Setelah seminggu mencari maklumat dalam internet dan dari sumber-sumber yang dipercayai maka sy terjumpa sebuah artikel tentang kerajaan ayuthia.artikel ni sy dapat dari penyelidik universiti tempatan.

Di dalam artikel tersebut menyebut nama Raja Maha Besar Benua Siam Dinasti Ayuthia yang bergelar Boromoraja Ekataat V. Nama sebenar Baginda ialah Khalifah Sharif Abu Bakar Syah dan baginda beragama Islam. Sebelum ini kta semua menyangkakan Empayar Ayuthia (1350 - 1767) yang tinggi peradabannya di Thailand itu sebagai Empayar yang beragama Buddha. Tanggapan ini adalah salah sama sekali. Thailand, asalnya adalah dari bangsa Sukhothai (suku thai@puak Thai) yang berasal dari Lannathai. Mereka memang sudah berkali-kali cuba menyerang Ayuthia dan akhirnya berjaya menakluki Ayuthia pada tahun 1767,di ketuai oleh ketuanya bernama Alaungpaya.

Akan tetapi siapa sebenarnya yang memerintah Ayuthia sebelum ia ditawan? Pemerintah Ayuthia menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah, melaksanakan hukum-hukum Islam dan pentadbiran dibahagikan kepada 2 kementerian, untuk Islam dan bukan Islam. Mereka menjalin hubungan dengan Perancis dan sempena lawatan itu dinamakan sebatang jalan di Perancis sebagai Jalan Ayuthia. Mereka ini adalah dari keturunan Siam bukan Thai. Dalam erti lain Siam itu beragama Islam, Thai itu beragama Buddha. Sekiranya bahasa jiwa bangsa, sudah pasti, bahasa Thai untuk bangsa Thai dan bahasa Siam untuk bangsa Siam. Kita lihat pula di Malaysia hari ini terdapat orang Melayu yang bertutur dalam Bahasa Siam di Kedah, Kelantan dan Perlis dan mereka beragama Islam. Bahasa Siam ini jika ditutur di Thailand, langsung tidak difahami lagi oleh rakyat Thailand hari ini.

Orang-orang Melayu inilah berbangsa Siam, ia itu asal usul keturunan bangsa Melayu yang menjadi rakyat Nagara Benua Siam Dinasti Ayuthia dahulu dan Empayar ini meliputi seluruh Nusantara, Champa, termasuk sebahagian India. Arus kemodenan tidak menyentuh mereka sama sekali dan mereka kekal dalam budaya bahasa Siam seperti adanya, 300 tahun dahulu. Dalam manuskrip Undang-Undang Kedah, yang mula diitulis pada tahun 220 Hijrah (799 masihi) adat Siam ini telah pun lama diguna pakai oleh raja-raja Melayu zaman dahulu. Manuskrip ini dirampas oleh Inggeris di Istana Kota Beruas dahulu dan baru dipulangkan kepada kita sekitar tahun 2003/04.

Anda perasan tidak sy sudah bold nama seorang raja di atas yang terdapat di dalam filem Jumbo gajah biru. Raja Naresuan iaitu pemerintah kedua kerajaan ayuthia dan berkahwin dengan ratu iman,acheh.


Pada Makam Baginda, tertulis dlm Bahasa Kawi, Gusta Barubasa empu Kedah Pasai Ma bermaksud, Keluarga yang memeluk Islam menguasai Kedah Pasai Ma.Kerajaan ini lah yang mana Pattani, Ligor, Singgora, Kesultanan Melaka dan Acheh turut berada dibawah kawalannya.Sebab itu lah bila mencari kesan Sejarah Kesultanan Melaka sukar mendapat buktinya kerana nama mereka juga tersenarai dalam senarai Raja-raja Ayuthia dalam bahasa Siam.

Oleh kerana artikel yg dikupas terlalu panjang dan anda berminat dengan cerita seterusnya anda boleh mendapatkan dari sy secara percuma dengan menghantar alamat emel anda kepada kami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin