Sejarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

| 
 Perkhidmatan
 Bomba Malaysia bermula pada tahu 1883 dengan penubuhan Bomba sukarela 
Negeri Selangor yang diketuai oleh H.F Bellamy bersama 15 anggota. 
Pasukan ini yang diletakkan dibawah Lembaga Kebersihan telah menjadi 
Pasukan Bomba dan Penyelamat Tetap pada tahun 1895. Perkhidmatan terus 
berkembang di setiap negeri dan dilelakkan dibawah Majlis Perbandaran 
atau Lembaga Luar Bandar. Pada tahun 1946, iaitu selepas perang Dunia 
Kedua, pasukan 'Malayan Union Fire Services' telah dibentuk. MUS beribu 
pejabat di Kuala Lumpur. Melalui perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, Perkhidmatan Bomba diserahkan kembali kepada kerajaan-kerajaan negeri dibawah pentadbiran Lembaga Bandaran dan Lembaga Luar Bandar mengikut negeri masing-masing. Untuk menyelaraaskan perkhidmatan Bomba ditubuhkan dibawah Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan. | 

| 
Perkhidmatan
 Bomba Malaysia disatukan sebagai sebuah jabatan diperingkat persekutuan
 dan penyatuan Bomba dan Penyelamat di Negeri-negeri Persekutuan pada 
1hb Januari 1976. Penyatuan ini meletakkan Perkhidmatan Bomba Malaysia 
dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ini diikuti oleh 
perkhidmatan Bomba Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka pada 1hb 
Januari 1977. Pada 15hb Mei 1981, perkhidmatan Bomba Sabah dan Sarawak 
telah disatukan.Pada 8hb Januari 1977, Jemaah Menteri 
telah bersetuju perubahan nama Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia 
kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia dimana pada 21hb Febuari 
1997, YAB Perdana Menteri Malaysia dengan rasminya telah mengumumkan dan
 melancarkan pertukaran nama, logo dan bendera Jabatan Bomba dan 
Penyelamat, Malaysia di Genting Highlands. | 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan