Apabila
tajuk ini dihuraikan maka ramai dikalangan kita sukar untuk membaca disebabkan
ketakutkan penghuraian ini akhirnya MATI.
Firman
Allah SWT; Bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah
kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu
dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan"
(Surah
Al-Baqarah : Ayat 28)
Adapun
tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma amalan dan
ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada
tanda-tanda ini.
Rasulullah
SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan
sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal
hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan
memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk
menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan
segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika
sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu
Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika
Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun
riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak
pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk
menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan
menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku
kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang
menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang
peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun
tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
Tanda
100 hari sebelum hari mati.
Ini
adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari
oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun
semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak
sahaja.
Tanda
ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung
rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan
mengigil.
Contohnya
seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan
teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini
rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini
adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar
akan kehadiran tanda ini.
Bagi
mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan
tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa
sebarang munafaat.
Bagi
yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk
memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan
yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda
40 hari sebelum hari mati
Tanda
ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan
berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari
pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka
malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke
atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan
terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini
terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun
malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa
adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7
hari
Adapun
tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah
kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera
untuk makan.
Tanda 3
hari
Pada
ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara
dahi kanan dan kiri.
Jika
tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita
tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.
Ketika
ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit
hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya
dari bahagian sisi.
Telinganya
akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.
Telapak
kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1
hari
Akan
berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah
belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan
sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda
Akhir
Akan berlaku
keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan
ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika
ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan
menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah
SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
PENUTUP
Sesungguhnya
marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara
orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka
terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir
dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia
sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.
Walaubagaimanapun
sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha
mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih
boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa
dari orang lain.
Namun
ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita
bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh
Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran
dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun
akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang
salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
Kubur
Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali
1. Aku
rumah yang terpencil, maka akan senang dgn selalu membaca Al-Quran.
2. Aku
rumah yg gelap, maka terangilah aku dgn selalu sembahyang malam.
3. Aku
rumah penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yg menjadi hamparan.
4. Aku
rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku
rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan "Laa illallah,
Muhammadur Rasulullah" supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
wallahualam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan