Kisah
 ini berlaku di sebuah warong kopi, di Banda Aceh kira-kira sebulan 
lalu. Berkesempatan berkenalan dengan dua orang rakan lama kepada salah 
seorang rakan seperjuangan. 
Walaupun
 baru pertemuan pertama, sempat jugak berbual menyentuh berbagai topik 
termasuk politik semasa, perkembangan ekonomi dan hal ehwal masyarakat 
khususnya di Banda Aceh.
Apa
 yang menarik nak dikongsikan bersama ialah satu persoalan yang 
dibangkitkan oleh salah seorang kenalan baru tersebut. Dia seorang yang 
mahir dalam bidang IT. Memiliki perniagaan sendiri.  Mempunyai premis 
pejabat, kakitangan yang ramai dan beberapa projek yang boleh 
dibanggakan. 
Lalu dia bertanya, “Apakah benar dunia ini akan kiamat?” 
Menurut
 beliau, dunia kian berkembang dan teknologi semakin hari semakin maju. 
Beliau membuat kesimpulan bahawa dunia terus diperbaiki dan dimajukan, 
mana mungkin akan hancur dan tamat begitu sahaja!
Begitulah
 tanggapan pemikiran beliau. Tidak pasti apakah cara berfikir begini 
merupakan cara berfikir generasi baru di Aceh atau di mana-mana jua 
pelusuk dunia ini?
Tanpa mahu menjawab secara panjang lebar, saya mengajukan beberapa soalan sebagai usaha memberikannya jawapan.
“Kenapa manusia belum dapat menahan kematiannya sendiri?” 
“Jika
 benar manusia begitu cerdik, bijak dan pandai untuk menyelamatkan dunia
 dan kehidupan ini daripada dimusnahkan oleh Maha Penciptanya, bukankah 
lebih logik manusia patut mencari jalan untuk mampu mengelakkan kematian
 terlebih dahulu?”
“Apa maknanya, dunia dapat diselamatkan, tetapi semua manusia mesti mati?”
Ternyata
 dunia semakin dekat dengan kiamat. Semua kerosakan sudah berlaku. Di 
antara yang paling parah ialah kerosakan jiwa dan fikiran manusia 
disebabkan sudah kehilangan Tuhan. 
Jika
 di Aceh yang telah Allah perlihatkan kekuasaanNya melalui tsunami pun 
masih melahirkan pemikiran sebegini, bagaimana mereka yang tidak pernah 
ditimpa bencana sehebat itu?
“Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al Quran dalam bahasa Arab, supaya kamu memberi peringatan kepada ummul Qura (penduduk Mekah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya[1339] serta memberi peringatan (pula) tentang hari berkumpul (kiamat) yang tidak ada keraguan padanya. Segolongan masuk surga, dan segolongan masuk Jahannam” [AsySyura; 7]
“Dan sesungguhnya dalam Al Quran ini Kami telah ulang-ulangi (peringatan-peringatan), agar mereka selalu ingat. Dan ulangan peringatan itu tidak lain hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran).” [Al Israa’;41]
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan