Saya 
cuba untuk meringkaskan penjelasan saya. Mungkin saudara tidak mempunyai
 banyak masa. Tetapi jika saudara prihatin dengan anak saudara, inginkan
 mereka cemerlang dari segi akhlak dan pencapaian dalam hidup, apa yang 
akan saya sampaikan kepada saudara ini adalah sangat penting demi untuk masa depan anak saudara...
Ya, saya benar-benar serius.
Sama ada saudara sedar atau tidak, anak-anak muda zaman sekarang sudah banyak terpengaruh dengan gejala sosial yang merosakkan. Anak saya, mahupun anak saudara sendiri, mungkin terlibat dengan gejala tidak sihat. Siapa tahu?
Mungkin saudara tidak sedar dengan kegiatan seharian anak saudara. Kadangkala kita tidak sedar kita terlalu sibuk dan tidak mengetahui tingkahlaku sebenar anak kita. Persoalannya...
Pastikah anak saudara tidak terjebak dengan kegiatan tidak sihat?
Apa yang akan saya ceritakan adalah mengikut pengalaman saya sendiri. Saudara, terus-terang saya katakan, sepanjang hidup saya, sebelum saya menjejakkan kaki di menara gading, bidang motivasi ini adalah satu bidang yang langsung tidak ada dalam kamus hidup saya.
  
Seperti yang tertulis di atas, saya dikenali sebagai Nasri. Saya boleh dikatakan antara orang yang cukup berpengalaman dalam bidang motivasi khusus untuk pelajar sekolah rendah dan menengah yang berumur lingkungan 9 hingga 18 tahun.
Dan saya pasti saudara memang tidak pernah mendengar nama saya terlibat dalam bidang motivasi sebelum ini.
Saya akui....
  
  
  
  
  
Pernah juga saya menerima kunjungan dari seorang bekas peserta berusia 15 tahun yang datang ke Kuala Lumpur seorang diri, semata-mata untuk bertemu dengan saya. Dan sehingga hari ini, saya masih menerima SMS dari peserta-peserta yang pernah mengikuti program saya sebelum ini. Begitulah gambaran betapa akrabnya kami dengan peserta.
  
  
  
  
  
Kem
 Motivasi Diri Pelajar adalah program yang lain dari yang lain. Saya 
mengambil masa yang lama untuk menghasilkan modul yang unik dan 
tersendiri mengikut kesesuaian emosi dan pemikiran pelajar di Malaysia.
Para pelajar sendiri telah merasakan perubahan terhadap diri mereka selepas menghadiri program ini. Ini kerana kami sentiasa memastikan penyampaian mesej yang berkesan kepada para peserta.
Bagi
 menjamin keberkesanan mesej yang cuba disampaikan kepada peserta, saya 
juga sentiasa mempelbagaikan kaedah dan medium penyampaian dari semasa 
ke semasa. Saya percaya para peserta langsung tidak akan berasa bosan sepanjang program ini.
  
Saya pasti saudara inginkan anak yang soleh dan ingin melihat perubahan positif dari baik kepada lebih baik dalam diri anak saudara. Apa yang saya lakukan di Kem Motivasi Diri Pelajar ini adalah untuk sentiasa memberi sinar harapan baru kepada ibu bapa seperti saudara untuk melihat anak saudara cemerlang.
Ya, saya benar-benar serius.
Sama ada saudara sedar atau tidak, anak-anak muda zaman sekarang sudah banyak terpengaruh dengan gejala sosial yang merosakkan. Anak saya, mahupun anak saudara sendiri, mungkin terlibat dengan gejala tidak sihat. Siapa tahu?
Mungkin saudara tidak sedar dengan kegiatan seharian anak saudara. Kadangkala kita tidak sedar kita terlalu sibuk dan tidak mengetahui tingkahlaku sebenar anak kita. Persoalannya...
Pastikah anak saudara tidak terjebak dengan kegiatan tidak sihat?
Apa yang akan saya ceritakan adalah mengikut pengalaman saya sendiri. Saudara, terus-terang saya katakan, sepanjang hidup saya, sebelum saya menjejakkan kaki di menara gading, bidang motivasi ini adalah satu bidang yang langsung tidak ada dalam kamus hidup saya.
Bagi
 saya, apa saja bentuk motivasi adalah sesuatu yang membosankan terutama
 sekali motivasi untuk remaja ataupun pelajar. Pada masa itu, saya 
rasakan biarlah remaja atau pelajar ini dengan cara mereka…dengan dunia 
mereka dan saya dengan dunia saya. 
Buatlah apa saja yang mereka suka. Siapa peduli! Saya amat selesa dengan dunia saya. 
Namun saudara, tanggapan saya adalah salah sama sekali.
Tamat
 saja Sijil Pelajaran Malaysia, saya ditawarkan untuk melanjutkan 
pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Dan di situlah 
bermulanya detik-detik di mana saya berjinak-jinak dengan apa yang 
dikatakan motivasi ini.
Semuanya
 bermula apabila rakan sebilik saya menawarkan saya untuk menyertai satu
 program motivasi kepada pelajar di Utara tanah air. Dengan rasa 
terpaksa, saya  bersetuju untuk menyertainya kerana tidak sampai hati 
menolak pelawaan kawan baik sendiri.
Dipendekkan
 cerita, selama 5 hari 4 malam saya di sana... macam-macam yang saya 
belajar. Saya mula sedar apakah yang dikatakan motivasi dan saya begitu 
tertarik sekali. Dahulu saya rasakan motivasi ini adalah satu bidang 
yang amat membosankan…kini  tanggapan saya itu semuanya salah.
Tamat
 saja pengajian, saya diterima berkhidmat dengan sebuah NGO kerajaan 
yang terkenal yang berteraskan Islam. Sungguh tak disangka, tugas saya 
di jabatan tersebut ialah mengadakan kursus motivasi kepada remaja dan 
pelajar di seluruh Malaysia.
Semasa
 saya bertugas di sana, ratusan kursus motivasi yang saya telah 
laksanakan terutamanya kepada remaja dan pelajar seperti anak-anak 
saudara. Hampir 5 tahun saya bertugas. Dari semasa ke semasa saya dapat 
meningkatkan kemahiran saya di dalam bidang motivasi ini.
Sepanjang pengalaman saya mengendalikan kem motivasi di kalangan pelajar sekolah menengah, ada 1 perkara yang cukup menghairankan saya.
Hasil yang saya peroleh :
Bukan itu sahaja, mereka juga dengan rasa bersalah menceritakan kesalahan mereka sendiri secara terus-terang dengan saya.
Walaupun kesalahan yang mereka lakukan itu cukup melampau dan memalukan.
Jika
 saya ceritakan kisah sebenar yang berlaku terhadap remaja hari ini, 
saudara mungkin tidak percaya dan akan mengatakan saya gila. Saya pasti,
 saudara sukar untuk mempercayainya. 
Saya
 telah mendengar pelbagai rintihan remaja yang mengaku telah melakukan 
kesalahan seperti pernah berzina, mengambil dadah, menghisap gam, pil 
khayal, terlibat dengan sindiket pelacuran, lumba haram dan yang paling 
ramai ialah menderhaka kepada ibu bapa.
Biasanya
 kita dengar perkara-perkara tersebut dilakukan oleh golongan dewasa 
sahaja, tetapi perbuatan tersebut bukan lagi perkara yang mustahil untuk
 dilakukan oleh pelajar sekolah pada zaman ini. Saya boleh ceritakan 
serba-sedikit mengenai pengalaman saya mengendali pelajar yang 
bermasalah.
Pelajar lelaki berumur 16 tahun mencabul kehormatan seorang kanak-kanak perempuan 5 tahun?
Ini
 antara kes yang saya temui. Saya akui memang bunyinya terlalu biadap. 
Saya sendiri tidak percaya bagaimana seorang pelajar lelaki berumur 16 
tahun sanggup mencabul kehormatan seorang budak perempuan berumur 5 
tahun.
Sebenarnya
 pelajar lelaki tersebut memerangkap budak perempuan tersebut hanya 
dengan membelikan aiskrim. Bunyinya seperti saya membuat lawak bukan? Tetapi itulah hakikatnya yang kita semua terpaksa terima!
Malangnya
 perbuatan tersebut dilakukan berkali-kali tanpa pengetahuan ibu bapa 
kedua-dua belah pihak. Pelajar lelaki ini tidak pernah menceritakan 
kepada sesiapa pun dan memberi amaran kepada budak perempuan tersebut 
supaya mendiamkan diri.
Tetapi
 semasa di dalam kem motivasi yang saya kendalikan, dengan hati yang 
ikhlas dan penuh keinsafan, pelajar lelaki tersebut menceritakan perkara
 sebenarnya kepada saya. Dan sebenarnya, pelajar tersebut sendiri berasa bingung mengapa beliau boleh menceritakan semuanya kepada saya.
Pelajar perempuan berumur 17 tahun melacurkan diri sejak berusia 12 tahun?
Kes
 yang lain pula melibatkan seorang pelajar perempuan yang berusia 17 
tahun. Pelajar ini menceritakan semenjak dia berusia 12 tahun, dia telah
 melacurkan dirinya.
Pelajar
 ini menawarkan perkhidmatan seks kepada sesiapa sahaja yang 
menghendakinya. Pelajar ini melakukan perbuatan terkutuk tersebut pada 
waktu malam. Alasan yang diberikan kepada kedua ibu bapanya ialah ada 
kelas tambahan di sekolah ataupun perbincangan dengan kawan. 
Apabila
 saya bertanya kepadanya mengapa dia sanggup melakukan perbuatan 
terkutuk ini. Jawapannya, kerana keluarganya tidak dapat memenuhi 
kehendaknya dan mereka langsung tidak ambil berat pasal dirinya.
Mungkin
 sukar bagi saudara untuk mempercayai. Tapi saudara, inilah realiti 
kehidupan sekarang. Selama 4 tahun pelajar ini melakukan perbuatan ini. 
Semasa berada di kem motivasi yang saya kendalikan, sambil menangis 
pelajar ini menceritakan kepada saya dan dia sangat kesal apa yang telah
 dia lakukan dan rasa bersalah kepada kedua ibu bapanya.
Pelajar lelaki berusia 17 tahun berzina di dalam rumah ibu bapanya sendiri? 
Kes
 berikutnya adalah seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun mengambil 
kesempatan ketiadaan ibu bapanya di rumah dengan membawa pulang teman 
wanitanya. Mereka melakukan perbuatan yang terkutuk tanpa pengetahuan 
sesiapa pun. 
Apabila
 saya bertanyakan kepadanya semasa di dalam kem motivasi, apakah 
sebabnya dia sanggup berbuat demikian? Jawapan yang pelajar ini berikan 
cukup menyedihkan. 
Pelajar ini kurang mendapat
 kasih sayang daripada kedua ibu bapanya. Mereka terlalu sibuk dengan 
tugas masing-masing. Bagi mereka, memberikan wang yang banyak kepada 
anak mereka sudah memadai. Wang ringgit sebagai ganti kepada kasih 
sayang.
Saudara,
 ini adalah sebahagian daripada contoh-contoh kes daripada beratus-ratus
 kes yang lain yang saya tak dapat hendak ceritakan di sini. 
"Kes yang paling banyak saya terima adalah derhaka kepada ibu bapa."
Sebagai
 rumusannya, apabila saya bertanya kepada pelajar-pelajar ini apakah 
sebab-sebab utama mereka berbuat demikian, ini adalah sebahagian 
daripada jawapan yang saya terima :
- 
Kurangnya kasih sayang ibu bapa.
- 
Inginkan kebebasan.
- 
Tidak bersemangat untuk belajar.
- 
Terpengaruh dengan kawan-kawan.
- 
Ingin mencuba sesuatu yang baru.
- 
Bosan dengan keluarga yang tak mampu memenuhi kehendak mereka.
Mengapa Ini Terjadi? Siapa Yang Harus Dipersalahkan? Pelajar Atau Anda Sebagai Ibu Bapa?
Jika saudara mempunyai anak yang bermasalah, nasihat saya kepada saudara, jangan hanya salahkan mereka. Mungkin mereka tidak tahu mengapa mereka jadi begitu dan tidak tahu cara mengatasi masalah mereka sendiri.
Seperti yang tertulis di atas, saya dikenali sebagai Nasri. Saya boleh dikatakan antara orang yang cukup berpengalaman dalam bidang motivasi khusus untuk pelajar sekolah rendah dan menengah yang berumur lingkungan 9 hingga 18 tahun.
Dan saya pasti saudara memang tidak pernah mendengar nama saya terlibat dalam bidang motivasi sebelum ini.
Saya akui....
Sebenarnya
 saya sudah mengadakan kem motivasi pelajar di 198 buah sekolah seluruh 
Malaysia. Namun sekarang ini timbul hasrat saya untuk berkongsi ilmu dan
 pengalaman yang ada bukan setakat di sekolah sahaja, tetapi ingin 
berkongsi ilmu, pengalaman dan rahsia kursus saya ini kepada semua ibu bapa di seluruh Malaysia.
Saudara perlu mengambil tindakan demi masa depan anak saudara sendiri.
Sudah
 terlalu banyak masalah sosial yang berlaku di kalangan remaja, Saya 
percaya, untuk mengatasi masalah ini bukan setakat sekolah sahaja yang 
memainkan peranan, malah ibu bapa dan organisasi yang menjalankan program motivasi juga mesti bersama-sama mengatasi masalah ini.
Maka, atas inisiatif dan kesedaran untuk membantu anak bangsa inilah saya wujudkan... 
KEM MOTIVASI DIRI PELAJAR
KEM INI TELAH BANYAK MENYEDARKAN PELAJAR BERMASALAH DAN MENGINSAFKAN MEREKA SEKALIGUS
Kem Motivasi Diri Pelajar adalah program yang saya rangka sendiri bersama rakan-rakan saya yang betul-betul mahir dan berpengalaman setelah lebih 
6 tahun mengendalikan beratus-ratus kem motivasi di kalangan pelajar sekolah menengah di Malaysia sebelum ini.
Kem Motivasi Diri Pelajar merupakan satu program latihan yang komprehensif dan efisyen. Saya menggunakan konsep latihan secara menyeluruh dan sepenuh masa (total training).
Sepanjang program ini dijalankan, potensi diri setiap pelajar akan dibangunkan dan dalam masa yang sama masalah dalam diri pelajar akan dikenalpasti melalui modul-modul program yang telah terbukti berkesan yang akan dilaksanakan di dalam Kem Motivasi Diri Pelajar ini.
Pendekatan yang digunakan adalah untuk menggerakkan potensi pelajar dari segi:-
- 
Akal - ke tahap hikmah kebijaksanaan.
- 
Naluri - mengurus naluri ke arah kebaikan.
- 
Anggota - menyerlahkan potensi diri pelajar dari segi akhlak, disiplin serta bersakhsiah mulia.
Sebelum itu, saudara tentu bertanya dengan diri saudara sendiri...
Hebat sangatkah Kem Motivasi Diri Pelajar ini?
Secara
 jujur saya katakan, teknik yang saya praktikkan di dalam program ini 
belum pernah digunakan oleh mana-mana pihak. Saya dan rakan-rakan saya 
sendiri mengkajinya terlebih dahulu berdasarkan pengalaman dan realiti 
sebenar selama kami berkecimpung di dalam bidang ini. Dan dari semasa ke
 semasa, kami sentiasa memperbaiki modul-modul program mengikut 
kesesuaian sekeliling.
Ini
 kerana saya sentiasa memantau setiap aktiviti program secara 
keseluruhannya dengan meminta maklumbalas secara telus dari para pelajar
 yang menyertai Kem Motivasi Diri Pelajar ini. Di bawah ini adalah 
antara borang maklumbalas yang saya terima yang ditulis secara jujur 
oleh peserta kem motivasi ini sendiri di akhir program.
KEM MOTIVASI DIRI PELAJAR INI 100% TIDAK MENYERUPAI PROGRAM MOTIVASI YANG LAIN.
Apa
 yang menjadikan kursus ini unik adalah, anak saudara akan terdedah 
dengan pelbagai ilmu-ilmu hidup yang bermanfaat dan maklumat tentang 
potensi, kelebihan dan halangan yang ada di dalam diri mereka.
 
Anak
 saudara juga akan diajar teknik-teknik berkesan yang praktikal untuk 
menyelesaikan masalah dan konflik dalam diri mereka. Yang lebih unik, 
anak saudara juga akan berjumpa dengan urusetia dan fasilitator yang boleh menjiwai diri mereka.
Bukan
 setakat menjiwai malah bersama-sama berkongsi masalah, berfikiran 
seperti mereka dan boleh memahami kehendak dan kemahuan mereka.
Mungkin
 saudara sukar hendak percaya jika saya katakan bahawa tiket kapal 
terbang untuk kami pulang hampir dikoyakkan oleh peserta program, 
sewaktu kami mengadakan program kami ini di Sabah. Pelajar tersebut 
tidak ingin membenarkan kami pulang kerana ingin kami bersama lebih lama
 dengan mereka walaupun aktiviti program telahpun tamat.
Pernah juga saya menerima kunjungan dari seorang bekas peserta berusia 15 tahun yang datang ke Kuala Lumpur seorang diri, semata-mata untuk bertemu dengan saya. Dan sehingga hari ini, saya masih menerima SMS dari peserta-peserta yang pernah mengikuti program saya sebelum ini. Begitulah gambaran betapa akrabnya kami dengan peserta.
Di dalam Kem Motivasi Diri Pelajar ini, saya
 dan rakan-rakan saya sentiasa cuba memberikan yang terbaik kepada 
peserta. Sudah tentu ianya memerlukan kepada kajian yang menyeluruh, 
pembacaan, penyelidikan dan juga melalui pengalaman kami sendiri.
Secara terus-terang, kelebihan yang bakal diterima oleh peserta di dalam Kem Motivasi Diri Pelajar ini adalah :
- 
Pelajar sentiasa diawasi 24 jam bermula dari solat Subuh sehinggalah mereka tidur sepanjang kem berlangsung. Keselamatan mereka terjamin.
- 
Pelajar akan dilatih oleh urusetia dan fasilitator yang cukup berpengalaman dan terlatih. Saya tidak menggunakan khidmat mereka yang masih baru dalam bidang motivasi ini.
- 
Pelajar sama sekali tidak akan berasa bosan. Bahkan mereka akan seronok dengan aktiviti ilmiah, sukan dan keagamaan dalam program ini.
- 
Pelajar sentiasa dibimbing secara praktikal dan bukan hanya sekadar mendengar. 95% aktiviti di dalam program ini adalah outdoor dan aktiviti di dalam dewan hanya 5% sahaja.
- 
Mempunyai urusetia dan fasilitator yang amat akrab dan sangat disenangi pelajar di samping tegas dalam mendidik.
- 
Amalan "Keep In Touch" sentiasa diamalkan dalam program walaupun di luar aturcara program Kem Motivasi Diri Pelajar ini.
Saudara,
 saya telah mengendali pelbagai kes pelajar bermasalah di Malaysia. 
Tidak kira seburuk mana sekalipun perangai pelajar tersebut, saya tetap 
memberi layanan yang sama rata dengan peserta lain. Mendidik dengan 
sabar dan istiqamah adalah amalan yang sentiasa diamalkan sepanjang 
program ini.
Program sentiasa  dijalankan secara professional. TIADA MENTAL TORTURE.
Adakah...
- 
Saudara risau tentang masa depan anak saudara?
- 
Anak saudara malas belajar?
- 
Saudara rungsing dan pening kepala memikirkan kelakuan anak saudara?
- 
Anak saudara langsung tidak mendengar nasihat saudara?
- 
Anak saudara pelajar yang bijak dalam akademik tetapi kurang pengetahuan dan kesedaran agama?
- 
Anak saudara lemah dalam akademik dan juga kurang kesedaran agama?
- 
Anak saudara terlibat dengan gejala sosial?.
Ataupun
 saudara sendiri sudah berputus asa dengan kelakuan buruk anak saudara. 
Namun, saya yakin saudara masih berharap untuk mengubah kehidupan anak 
saudara sendiri. Ibu bapa mana yang tidak inginkan anak mereka sentiasa 
berjaya dalam hidup.
Jika
 saudara hampir putus asa dan masih berharap untuk mengubah kehidupan 
anak saudara, berilah peluang kepada saya pula untuk cuba membantu. 
InsyaALLAH dengan pengalaman dan kemahiran yang saya ada, saya dapat 
mengubah dan memberi kesedaran serba-sedikit kepada anak saudara. Boleh 
dikatakan...
" Saya faham benar mengapa anak saudara jadi begitu. Dan saya tahu bagaimana untuk mengatasinya "
Berilah
 peluang kepada anak saudara sendiri merasakan kelainan Kem Motivasi 
Diri Pelajar yang akan mendidik mengikut kesesuaian jiwa mereka sendiri.
 Mungkin selama ini mereka buntu dan tidak tahu memilih jalan yang betul
 dalam hidup mereka. Di dalam program ini, saya dan rakan-rakan saya 
akan sentiasa cuba mendidik dan menunjukkan jalan yang betul kepada 
mereka secara berhikmah.
Antara pengisian dan pendekatan yang sentiasa diamalkan sepanjang Kem Motivasi Diri Pelajar ini berlangsung ialah : 
- 
Mengajak peserta mengenal Allah dengan lebih dekat lagi.
- 
Memberitahu mereka tentang besarnya pengorbanan ibu dan bapa.
- 
Mengamalkan konsep kasih sayang berlandaskan Islam di antara para peserta dengan fasilitator. Yang muda menghormati yang tua dan yang tua mengasihi yang muda.
- 
Wujud Suasana Kekeluargaan - semua peserta adalah seperti berada di dalam satu keluarga.
- 
Berlaku adil kepada semua peserta dan tidak ada sifat pilih kasih.
- 
Kemesraan antara peserta dengan jurulatih - menggunakan nama panggilan yang biasa digunakan di rumah bagi menambahkan lagi suasana kemesraan.
- 
Mengamalkan solat berjemaah di samping mengeratkan hubungan sesama peserta.
- 
Jurulatih sentiasa mengambil berat tentang masalah yang ada pada diri setiap peserta.
- 
Jurulatih sentiasa mendampingi setiap peserta dan menghiburkan mereka di samping mendidik ke arah kebaikan.
- 
Latihan bersifat menyeluruh. Bukan hanya sekadar mendengar ceramah di dewan. Tetapi melibatkan semua aktiviti seperti waktu makan, solat, tidur dan semasa menjalani aktiviti luar.
- 
Dan pelbagai lagi.
Sewaktu
 menghasilkan modul-modul untuk Kem Motivasi Diri Pelajar ini, saya 
telah mensasarkan target untuk memberi input sebanyak mungkin kepada 
peserta. Dalam masa yang singkat iaitu selama 4 hari 3 malam, 
atau 3 hari 2 malam saya cuba menyusun aktiviti-aktiviti menarik kepada 
para peserta dan dalam masa yang sama memberi pengajaran dan kesedaran 
yang bermakna dalam diri mereka.
Kriteria Utama Yang Diberikan Penekanan Kepada Anak Saudara Di Dalam Kem Motivasi Diri Pelajar Ini, Antaranya:
| 
 | 
Para pelajar sendiri telah merasakan perubahan terhadap diri mereka selepas menghadiri program ini. Ini kerana kami sentiasa memastikan penyampaian mesej yang berkesan kepada para peserta.
METODOLOGI YANG DIGUNAKAN DI DALAM KEM MOTIVASI DIRI PELAJAR BAGI MENJAMIN KEBERKESANAN PENYAMPAIAN MESEJ KEPADA PESERTA.
Antara input pembelajaran yang sentiasa akan diterapkan kepada anak saudara sepanjang program ini merangkumi aspek berikut :
- 
Pengupayaan berfikiran waras dan matang.
- 
Mengurus masa, bila- bila masa dan di mana sahaja.
- 
Kepentingan keluarga dan pelajaran dalam kehidupan.
- 
Bergerak secara berpasukan dan saling hormat menghormati.
- 
Sentiasa cuba melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh.
- 
Mengutamakan solat berjemaah.
- 
Elakkan persepsi negatif dan hadapi kenyataan dengan tabah.
- 
Sanggup berhadapan dengan cabaran.
- 
Sentiasa ikhlas, sabar, redha, beriman dan bertaqwa.
- 
Berupaya menghindar tabiat yang tidak baik selaku seorang pelajar.
Kem Motivasi Diri Pelajar Direka Dan Dihasilkan Dengan Penuh Sistematik Berdasarkan Kajian Yang Terperinci Terhadap Psikologi Pelajar Di Malaysia. 
Jika
 saudara betul-betul mengambil berat dengan anak saudara, saya sangat 
galakkan saudara membenarkan anak saudara menyertai Kem Motivasi Diri 
Pelajar ini. Saya tidak peduli walau seteruk mana sekalipun anak 
saudara, InsyaALLAH dengan kepakaran dan pengalaman yang saya ada, saya 
cuba untuk membantu mengubah sakhsiah mereka.Saya pasti saudara inginkan anak yang soleh dan ingin melihat perubahan positif dari baik kepada lebih baik dalam diri anak saudara. Apa yang saya lakukan di Kem Motivasi Diri Pelajar ini adalah untuk sentiasa memberi sinar harapan baru kepada ibu bapa seperti saudara untuk melihat anak saudara cemerlang.







 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan