Mencari pasangan hidup bukan mudah. Pasangan hidup  maknanya pasangan untuk hidup bersama, bukan sekejap.
Jika umur panjang  mungkin bersama sehingga 50 tahun.
Bangun bersama, makan bersama,  berbual bersama, tidur bersama.
Berkongsi anak, berkongsi rumah,  berkongsi rasa, berkongsi kasih.
Maka, mencari pasangan hidup ini memang perkara serius. Serius.  Memang serius.
Jangan
 akibat si dia mengurat anda, maka anda terus  terpesona dan  bersetuju.
 Jangan semata si dia comel atau glamour, maka  anda terus  
mengambilnya.
Fikir
 betul-betul. Solat istikharah dan banyakkan berdoa. Selagi   belum 
tenang jiwa, tunggu dulu. Usah tergopoh gapah. Mencari jodoh,   perlukan
 panduan. Perlu ada sandaran ilmu dan petunjuk.
Dalam banyak-banyak penulisan saya suka memetik sebahagian dari artikel Ust Hasrizal (Abu Saif) dalam lamannya SaifulIslam.com.
Antara yang menarik tulisan berikut:
Hadis Nabi SAW yang diulang-ulang sebagai slogan memanifestasikan keinginan berumahtangga.
Bukan
 tidak banyak penjelasan tentang hadis ini di pelbagai sumber   maklumat
 yang ada. Tetapi sering anak muda kecundang dalam mengimbangkan   
kefahamannya dalam konteks TEPAT dan JELAS.
Selagi
 mana tidak tepat,  selagi itulah jalannya tersasar ke sana  sini. 
Kehidupan yang tidak  ditentukan arahnya, adalah kehidupan yang  tidak 
tentu arah.
Apa Tujuan Berumahtangga?
"Begin with the end in mind", adalah slogan kita untuk menepatkan matlamat kehidupan dan segenap peringkat perjalanannya.
Soal menentukan matlamat yang tepat, tidaklah begitu susah.
Berkahwin kerana harta? Harta bukan sumber bahagia.
Donald
 Trumph  yang kaya raya itu pun pernah mengeluh dalam  temubualnya 
bersama John C.  Maxwell, "aku melihat ramai orang yang  lebih gembira 
hidupnya dari  hidupku.
Padaku mereka itulah orang yang berjaya. Tetapi semua orang  mahu menjadi aku"
Harta bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
Berkahwin kerana keturunan? Keturunan bukan jaminan sumber bahagia.
Syarifah hanya boleh berkahwin dengan Syed? Puteri hanya layak untuk  Megat?
Atau pantang keturunan berkahwin dengan ahli muzik bak kata Mak  Dara?
Soal
 keturunan bukan penentu mutlak kerana setiap manusia lahir   dengan 
fitrah yang satu dan murni, lantas setiap mukallaf dan mukallafah   
mampu kembali kepada kemurnian itu, biar pun lahir ke dunia tanpa bapa  
 yang sah sekali pun.
Keturunan bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
Berkahwin kerana kecantikan? Ahh, yang ini rumit barangkali.
Cinta itu dari mata turun ke hati. Maka mata pemutus pertama.
Jika  berkenan di mata, mudahlah mata memujuk hati.
Tetapi selama mana kecantikan menyenangkan kehidupan?
Kecantikan,
  biar secantik mana pun, akan pudar dengan perjalanan  masa. 
Kecantikan,  biar secantik mana sekali pun, boleh dicabar oleh  naluri 
manusia yang  mudah kalah dengan alasan JEMU.
Mahu berkahwin sementara cantik, dan buang selepas cantik dan kacak bergaya itu dimamah usia?
Cantik bukan sumber bahagia, ia bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
"Maka pilihlah yang memiliki agama... nescaya sejahtera hidupmu", pesan Nabi SAW.
Benar sekali, pilihlah yang beragama.
"Maka saya kena kahwin dengan ustazah, saya kena kahwin dengan ustaz!", kata seorang pelajar 'bidang bukan agama'.
Penyakit "Tidak Jelas"
Setelah
 begitu tepat sekali kita menolak harta, keturunan dan rupa   paras 
sebagai sebab untuk memilih pasangan, tibalah kita kepada masalah   
paling besar menguruskan fikiran tentang perkahwinan, iaitu penyakit   
"tidak jelas", apabila tiba kepada soal beragama.
Apakah yang memiliki agama itu mesti seorang yang ustazah atau ustaz?
Maka berkahwin dengan golongan ini, jaminan bahagia. Benarkah begitu?
Di sinilah penting untuk kita bezakan golongan yang TAHU agama, MAHU beragama dan MAMPU dalam beragama.
Soal
 mendapatkan ilmu sebagai jalan beragama, adalah prinsip besar di   
dalam Islam. Lihat sahaja langkah pertama proses wahyu, ia bermula   
dengan perintah BACA sebagai wasilah menggarap pengetahuan.
Tetapi apakah TAHU itu merupakah maksud kita beragama dengan agama Islam ini?
Sejauh mana gred 'A' yang digarap dalam subjek "PengeTAHUan Agama  Islam" menjadi bekal dan perisai generasi Muslim dalam beragama?
"Yang memiliki agama" itu lebih luas dari sekadar sempadan tahu agama. Ia adalah soal MAHU yang menjadikan pengetahuan agama itu dihayati, dan MAMPU dalam erti dia sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.
Maka janganlah disempitkan maksud mencari yang beragama itu hanya  pada mereka yang berlabelkan "jenama TAHU agama" tetapi apa yang lebih  penting adalah mereka yang MAHU dan terbukti pada perbuatan hariannya  dia sentiasa berusaha menuju MAMPU.
Dia mungkin seorang ustazah.
Dia juga mungkin seorang jurutera dan doktor.
Dia mungkin bertudung labuh.
Dia juga mungkin belum bertudung tetapi sentiasa mencari jalan untuk menuju kesempurnaan kebaikan. Dia seorang yang membuka dirinya untuk dibimbing dan diajar. Seorang yang 'teachable".
Dia juga mungkin seorang jurutera dan doktor.
Dia mungkin bertudung labuh.
Dia juga mungkin belum bertudung tetapi sentiasa mencari jalan untuk menuju kesempurnaan kebaikan. Dia seorang yang membuka dirinya untuk dibimbing dan diajar. Seorang yang 'teachable".
Hanya 'Beragama'?
Ada
 pula yang menyangka bahawa kebahagiaan rumahtangga itu terletak   pada 
beragamanya pasangan kita. Soal harta, keturunan dan rupa paras   tidak 
punya sebarang makna.
Maka
 jadilah seorang perempuan itu fasih lidahnya tentang agama dan   rapi 
pakaiannya sebagai isyarat dia beragama, tetapi dia tidak   mengetahui 
nilai harta.
Dia boros dan tidak bijak menguruskan harta  rumahtangganya.
Dia nampak elok beragama, malah mungkin seorang pejuang agama, tetapi  dia tidak peduli nilai keturunan dan kekeluargaan.
Dia tidak menghargai  keluarganya sendiri, tidak menghargai keluarga suami atau juga keluarga  isteri.
Padanya, soal keluarga dan keturunan bukan urusan agama.
Dia
 bijak dalam memperkatakan tentang agama, tetapi dia menjadikan   alasan
 agama untuk tidak peduli kepada penampilan diri. Pakaiannya   selekeh 
atas nama agama, kulitnya tidak dijaga bersih, beralasankan   agama.
Jika
 perempuan, dia tidak peduli untuk mewangikan diri atau  bersolek  
mengemas diri, kerana padanya itu semua bukan kehendak agama,  dan si  
suami menikahinya bukan kerana itu.
Saban hari mukanya bertepek  dengan bedak sejuk dan tubuhnya bersarung baju kelawar. Hambar..
Jika
 lelaki, dia biarkan diri selekeh dan sentiasa berkemban di dalam   kain
 pelekat dan baju pagoda, membiarkan bau peluh jantannya tidak   
berbasuh, kerana semua itu tiada kena mengena dengan agama.
 
Jadilah
 agama, sebagai alasan untuk sebuah rumahtangga itu menjadi   
rumahtangga terhodoh, terburuk dan terselekeh... atas nama berkahwin   
kerana beragama.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan