| Kemalangan Jalan Raya - Langkah Pencegahan |   |   |   | 
| 
•    Sila bertenang dan jangan cemas. 
•    Jika ada sesiapa yang tercedera, telefon 999 untuk bantuan. 
•    Jika tidak ada sebarang kecederaan, alihkan kenderaan anda dari aliran trafik ke tempat yang selamat,  jika boleh. 
•    Catatkan nama dan alamat pemandu-pemandu lain yang terbabit. 
•    Catatkan model dan nombor pendaftaran kenderaan lain yang terlibat. 
•    Catatkan nama dan alamat saksi-saksi, sekiranya ada. 
•  
  Buat lakaran kasar tentang kemalangan dan lokasi kenderaan terlibat 
sejurus sebelum dan selepas kemalangan (Gambar mengenai kemalangan, jika
 ada, akan membantu). 
•    Bertukar maklumat mengenai nama syarikat insurans/pengendali takaful masing-masing. 
•    Jangan berbincang tentang siapa yang bersalah. Ini mungkin menimbulkan kesulitan dalam mengendalikan tuntutan anda. 
•  
  Jika kenderaan anda perlu ditunda, pastikan bahawa kenderaan tersebut 
akan dihantar ke bengkel yang betul. Hubungi syarikat 
insurans/pengendali takaful anda atau nombor “hotline” kemalangan 
syarikat tersebut bagi mendapatkan maklumat tentang bengkel kenderaan 
yang sepatutnya. 
•    Laporkan kemalangan kepada polis dengan segera. 
•  
  Laporkan kemalangan kepada syarikat insurans/pengendali takaful anda 
dengan segera, walaupun anda tidak berniat untuk membuat sebarang 
tuntutan. Pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan tersebut mungkin 
akan membuat tuntutan insurans daripada syarikat insurans/pengendali 
takaful anda dan akan menyebabkan kehilangan NCD anda. 
•  
  Isikan borang tuntutan dengan lengkap dan masukkan maklumat tambahan 
yang berkaitan. Jika ada sebarang keraguan, dapatkan nasihat dari 
syarikat insurans/pengendali takaful anda. 
BAGAIMANA MENCEGAH KENDERAAN ANDA DARI DICURI? 
Jaga Keselamatan Kenderaan Anda.   
 •   Kunci kenderaan anda. 
 •   Jangan tinggalkan kunci dalam kereta. 
 •   Pastikan semua tingkap kenderaan anda ditutup rapat. 
 •  
 Jangan tinggalkan barang berharga di dalam kenderaan anda. Tetapi jika 
terpaksa, letakkan barang-  barang berharga di tempat yang tidak dapat 
dilihat atau di dalam but. Pastikan tiada sesiapa melihat anda menyimpan
 barang-barang di dalam but kenderaan anda.                              
     
 •  Jangan tinggalkan kenderaan anda dengan 
enjin terpasang walaupun untuk seketika sahaja. Kecurian kenderaan 
selalunya terjadi di kedai runcit, stesen minyak, ATM dan kawasan luar 
rumah apabila kenderaan dibiarkan seketika untuk melakukan tugasan 
ringkas atau hanya untuk membuka pintu pagar rumah. 
Meletak kenderaan.  
•    Letakkan kenderaan anda di tempat yang terang – kecurian kenderaan biasanya berlaku pada waktu malam di kawasan yang gelap. 
•  
  Letakkan kenderaan anda di tempat yang mempunyai kawalan keselamatan –
 pencuri kenderaan tidak sukakan saksi dan lebih menyukai tempat letak 
kereta yang tidak berjaga. 
•    Letakkan kenderaan
 anda di dalam kawasan rumah bukannya di luar. Kunci pintu kenderaan dan
 pagar rumah bagi meningkatkan keselamatan kenderaan anda. Keselamatan. 
•  
  Pencuri professional berkebolehan mencuri mana-mana kenderaan. Walau 
bagaimanapun, anda boleh menyukarkan pencuri dari mencuri kenderaan 
anda. Kenderaan yang mempunyai tahap keselamatan yang lebih akan 
menyulitkannya dari dicuri. 
•    Keupayaan 
kewangan dan pemilihan peribadi anda akan menentukan tahap ciri 
keselamatan dan jenis alat-alat pencegah kecurian yang terbaik untuk 
anda. 
•    Alat pencegah kecurian yang boleh didapati adalah: 
-    Penghalang gerak enjin berelektronik. 
-    Kunci pintu dan kunci pencucuhan yang lebih baik. 
-    Kunci yang mempunyai corak atau kod keselamatan. 
-    Radio/pemain cakera padat yang berkod keselamatan atau yang mukanya boleh ditanggalkan. 
-    Penandaan nombor kenderaan pada cermin. 
-    Alat amaran penggera. 
-    Kunci stering/gear/brek. 
-    Alat pengesan berelektronik.  | 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan