1.Ditentukan bilangan,waktu dan tempat
2.Ditentukan bilangan atau waktu atau tempat atau keduanya.
3.Tidak terikat dengan ketentuan.
Zikir datangnya dari 
al-Quran dan sunnah yang sahih.Oleh itu,tidak dinamakan ibadat jika 
datang dari siapa pun zikir yang tiada nasnya.Zikir ini tidak boleh 
ditambah atau dikurangi jika ditentukan dengan syarat tertentu walaupun 
hukumnya sunat.Adakah solat sunat dhuha boleh dikerjakan tanpa 
Al-Fatihah walaupun hukumnya sunat?
Dari Kaab bin “Ujrah,Nabi s.a.w bersabda:
“Beberapa kalimat yang 
diucapkan sesudah solat wajib,tidak akan rugi/kecewa orang yang 
mengucapkannya/ mengerjakannya, iaitu: tiga puluh tiga kali (33) tasbih 
(subhanallah),tiga puluh tiga (33)kali tahmid (alhamdulillah), dan tiga 
puluh empat(34) kali takbir(allahu akbar).”
[H.R. Muslim dan lain-lain.]
Dari Abi Hurairah r.a.,Nabi s.a.w bersabda:
“Barangsiapa 
bertasbih/mensucikan Allah(subhanallah) di belakang solat(fardu) tiga 
puluh tiga(33) kali, dan bertahmid/memuji Allah(alhamdulillah) tiga 
puluh tiga(33) kali,dan bertakbir/membesarkan Allah(allahu akbar) tiga 
puluh tiga(33) kali, maka jumlahnya menjadi sembilan puluh sembilan(99) 
kali.Kemudian mengucapkan(sekali):
Laailaha illallah wahdahu laasyarikalah lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa a’laa kulli syai’in qadir.
Nescaya diampunkan kesalahan-kesalahannya meskipun sebanyak buih di lautan.”
[H.R. Muslim dan lain-lain.]
Dari Zaid bin Tsabit, 
dia berkata:Mereka(para sahabat) diperintah(oleh Nabi s.a.w ) 
bertasbih(subhanallah) di belakang setiap solat (fardu) tiga puluh 
tiga(33)kali, bertahmid(alhamdulillah) tiga puluh tiga(33)kali,dan 
bertakbir(allahuakbar) tiga puluh empat(34)kali.Kemudian seorang lelaki 
dari (kaum) Ansar bermimpi didatangi (seseorang) lalu dikatakan 
kepadanya: “Bukankah Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan kamu untuk 
bertasbih di belakang setiap solat tiga puluh tiga(33)kali,bertahmid 
tiga puluh tiga(33)kali,dan bertakbir tiga puluh empat(34)kali?” Jawab 
lelaki Ansar tadai: “Betul!” Orang itu berkata lagi: “Jadikanlah dia dua
 puluh lima(25) kali dan jadikanlah juga padanya tahlil(Laailaha 
illallah atau Laailaha illallah wahdahu laasyarikalah lahul mulku wa 
lahul hamdu wa huwa a’laa kulli syai’in qadir.) dua puluh lima(25)kali.”
Apabila aku bangun 
pagi, lelaki Ansar itu datang kepada Nabi s.a.w. dan menerangkan 
mimpinya itu.Maka Nabi s.a.w bersabda: “:Jadikanlah dia seperti itu.”
[H.R. An-Nasa'i ,Ahmad,Ibnu Khuzaimah dan lain-lain.]
Dari Abu Hurairah r.a.,dia berkata:
“Orang-orang yang fakr 
telah datang kepada Nabi s.a.w,mereka berkata: “Orang-orang yang banyak 
harta/kaya telah memperoleh darjat yang tinggi dan kenikmatan yang 
tetap, mereka solat seperti kami solat dan mereka puasa seperti kami 
puasa,tetapi mereka memiliki kelebihan harta yang dengannya mereka dapat
 berhaji,umrah,berjihad, dan bersedekah.” Nabi s.a.w bersabda: “Maukah 
aku ceritakan sesuatu yang jika kamu mengamalkannya kamu dapat mengejar 
orang-orang yang mendahului kamu, dan tidak ada sesudah itu orang yang 
dapat mengamalkan seperti itu? Kamu hendaklah brtasbih,bertahmid dan 
bertakbir di belakang setiap solat(fardu) tiga puluh tiga 
kali(masing-masing 33X).”
[H.R. Al Bukhari dan Muslim]
Dari Abdullah bin Amr,Nabi s.a.w bersabda:
“Dua macam yang tidak 
memelihara akan keduanya seorang hamba Muslim melainkan dia akan masuk 
syurga(siapa yang memeliharanya akan masuk syurga). Ketahuilah! Keduanya
 itu mudah,akan tetapi sedikit orang yang mengamalkannya, iaitu 
mensucikan Allah(bertasbih subhanallah) di belakang setiap solat 
maktubah/wajib sepuluh(10) kali, memuji-Nya(bertahmid-alhamdulillah) 
sepuluh(10) kali, dan membesarkan-Nya(bertakbir-allahuakbar) sepuluh(10)
 kali, maka yang demikian itu menjadi seratus lima puluh (150) kali pada
 ucapan (30 X 5 solat fardu=150) dan seribu lima ratus(1500) kali pada 
timbangan.Kemudian bertakbir(allahuakbar) tiga puluh empat(34) kali 
ketika hendak tidur dan bertahmid(alhamdulillah) tiga puluh tiga(33) 
kali dan bertasbih(subhanallah) tiga puluh tiga(33) kali, maka yang 
demikian itu menjadi seratus(100) pada ucapan (34+33+33=100) dan seribu 
pada timbangan. Maka, siapakah di antara kamu yang mengerjakan dalam 
sehari semalam dua ribu lima ratus(2500) kesalahan?” Mereka (para 
sahabat) bertanya: “Ya Rasulullah,mengapa kedua itu mudah tetapi sedikit
 orang yang mengamalkannya?” Nabi s.a.w menjawab: “Kerana syaitan datang
 kepada salah seorang kamu apabila dia telah selesai solatnya lalu 
syaitan mengingatkannya akan keperluan ini dan itu,terus dia bangun dan 
tidak mengucapkannya. Kemudian syaitan datang kpdnya apabila dia hendak 
tidur lalu syaitan menidurkannya sebelum dia mengucapkannya.” Berkatalah
 Abdullah bin Amr: Aku melihat Rasulullah s.a.w. menghitung tasbih 
dengan tangan kanannya.”
[H.R. Abu Daud,Ahmad,An-Nasa'i,At-Tirmidzi,Ibnu Majah dan Ibnu Hibban-Sahih]
Dari Tsauban,dia berkata:
“Biasanya Rasulullah 
s.a.w. apabila telah selesai solat mengucapkan: astaghfirullah tiga(3) 
kali,kemudian mengucapkan: Allahumma antas salaam wa minkas salaam 
tabaarakta yaa dzal jalaali wal ikram.”
[H.R. Muslim,Ahmad dan lain-lain.]
Dari ‘Uqbah bin Amir,dia berkata:
“Rasulullah s.a.w. 
telah memerintahkanku supaya aku membaca ‘Al-Muawidzat’ (1.Qulhuwallahu 
Ahad. 2. Qul a’udzu bi rabbil falaq 3. Qul a’udzu bi rabbinnaas.) di 
belakang setiap solat(fardu/wajib).”
[H.R. Ahmad,Abu Daud,An-Nasa'i dan lain-lain.- Sahih]
Dari Abi Umamah,Nabi s.a.w bersabda:
“Barangsiapa membaca 
ayat kursi di belakang setiap solat maktubah/fardu/wajib, nescaya tidak 
ada yang menghalanginya dari masuk syurga kecuali kalau dia tidak mati.”
[H.R. An-Nasa'i dan lain-lain. –sahih]
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan