Masalah
 kesesakan lalulintas yang berlaku hampir setiap hari telah menyukarkan 
murid untuk menyeberangi jalan ke sekolah. Hal ini telah berlaku kepada 
murid Sekolah kebangsaan Jeram Hulu yang terpaksa bertarung nyawa setiap
 hari untuk menyeberangi jalan ke sekolah berikutan kesibukan lalulintas
 yang berlaku di kawasan sekolah mereka. Masalah ini menimbulkan 
kebimbangan dalam kalangan ibubapa mengenai keselamatan anak-anak 
mereka. 
 
 Antara punca kesukaran murid untuk melintas ialah 
disebabkan oleh sikap pemandu kenderaan yang sering memandu laju dan 
tidak menghiraukan lampu isyarat pejalan kaki yang telah disediakan dan 
ini membuatkan pejalan kaki sukar untuk melintas jalan. Para pemandu 
seringkali mengambil mudah akan masalah ini. Sehubungan dengan 
itu,kempen kesedaran hendaklah diadakan untuk menyedarkan para pemandu 
kenderaan agar menitikberatkan keselamatan pejalan kaki dan mematuhi 
peraturan lalulintas. Kempen kesedaran juga penting agar pemandu tidak 
mengambil sikap sambil lewa supaya mereka tidak menyesal di kemudian 
hari. Bak kata pepatah, ‘sudah terhantuk baru tergadah’.
 
 Murid 
sekolah seringkali diselubungi ketakutan dan kebimbangan untuk melintas 
jalanraya kerana sebelum ini terdapat kes kematian telah dilaporkan yang
 membabitkan murid sekolah tersebut. Hal ini adalah disebabkan oleh 
kecuaian pemandu memandu kenderaan. Untuk mengurangkan rasa takut dalam 
kalangan murid sekolah untuk melintas jalan, pihak sekolah hendaklah 
meletakkan seorang pengawal khas untuk memantau murid sekolah ketika 
mereka ingin melintas jalan. Walaupun terdapat lintasan belang dan lampu
 isyarat pejalan kaki yang telah disediakan, namun sikap pemandu yang 
mementingkan diri sendiri tidak menghiraukan murid sekolah yang ingin 
melintas jalan tersebut. Oleh itu, dengan adanya pengawal lalulintas, 
para pemandu mungkin akan memberhentikan kenderaan mereka bagi memberi 
laluan kepada murid sekolah dan pejalan kaki.
 
 Keadaan jalanraya
 juga mempengaruhi masalah ini. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, 
pihak berkuasa tempatan (PBT) hendaklah membina bonggol jalan bagi 
laluan di kawasan sekolah. Ini adalah untuk memastikan para pemandu 
supaya memperlahankan kenderaan masing-masing ketika melalui kawasan 
tersebut dan ini dapat mengurankan kadar kemalangan lalulintas yang 
melibatkan murid sekolah. Pihak yang berkuasa juga hendaklah 
membaikpulih rupa bentuk jalan raya yang juga menjadi punca masalah 
peningkatan kadar kemalangan tersebut.
 
 Oleh itu, semua pihak 
haruslah memainkan peranan masing-masing dan tidak mementingkan diri 
sendiri. Semua aspek haruslah diambilkira dan tidak memandang remeh akan
 sesuatu hal.
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan