PENTING!
1) Jika anda sudah berkahwin, dan ingin buat sesuatu yang baru, agar isteri anda boleh terpancut kuat, apakata belajar disini: 
2) Jika anda belum berkahwin, dan tidak dapat menahannya,
 malah TELAH TERLANJUR, atau telah membuatkan WANITA MENGANDUNG, jangan 
PANIK! pastikan anda belajar cara yang betul, rujuk: 
Soalan penuh:
 
Ada
 orang alim yang berkata bahawa tidak boleh bersama dengan  suami/isteri
 pada malam Aidilfitri dan malam Aidil Adha, juga pada malam  1, 15 dan 
30 bulan Qamari kerana pada hari hari tersebut syaitan  bersama dgn 
pasangannya, justeru itu dikuatiri air mani syaitan tersebut  bercampur 
dgn air mani suami/isteri yang bersama pada malam itu.  Ditakuti juga 
anaknya yang lahir kelak akal cacat, atau terlampau  nakal/jahat. 
Benarkah dakwaan ini, atau adakah dalil yang membenarkan  dakwaan ini.
Jawab Sheikh Mohammad Saleh Munajjid[6]:
Alhamdulillah. Apa yang anda telah dengar dari saudara tersebut adalah tidak benar. Berjima' pada malam dan siang Eid adalah dibenarkan , tidaklah haram kecuali pada siang didalam bulan Ramadan dan apabila didalam ihram Haji dan Umrah, dan apabila wanita datang haid atau keluar darah selepas bersalin (nifaas). Allah mengetahui yang sebaiknya.
Adapun
 jima pada hari2  lain yg dinyatakan oleh saudari itu, tidaklah saya 
ketemukan dgn dalil  yang sahih. Namun begitu tidak saya katakan apabila
 tidak saya temui,  maka tidak wujud akan dalil itu. Saya hanya menjawab
 persoalan saudari  setakat mana yang saya tahu. Sekiranya saudari 
bertanya kpd yg lain,  kemungkinan jawapannya berbeza. Tapi harus 
diingat agar diminta skali  nas dan dalil akan jawapannya. Kemudian 
bawakan kembali kepada saya dan  insya Allah saya akan komen.
Berbalik kepada persoalan saudari. 3 keadaan haram berjima yg diberikan di atas mempunyai dalil yang jelas.
Yang pertama: Dalil haram berjima pada siang didalam bulan Ramadhan.
"Dihalalkan  bagi  kamu  pada  malam  hari  puasa, bercampur dengan istri-istri kamu; mereka itu adalah  pakaian  bagimu, dan  kamu  pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak dapat  menahan  nafsumu,  karena  itu, Allah  mengampuni  kamu  dan  memberi  maaf  kepadamu.  Maka sekarang campurilah  mereka  dan ikutilah  apa  yang  telah ditetapkan  Allah  untukmu,  dan makan minumlah kamu, hingga jelas bagimu benang putih dari benang  hitam,  yaitu  fajar. Kemudian,  sempurnakanlah  puasa  itu sampai malam, (tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu, sedangkan kamu beriktikaf alam  masjid.  Itulah  larangan  Allah, maka janganlah kamu mendekatinya ..." (Q.s. Al-Baqarah: 187).
(Masa
 untuk  mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang 
termaklum. Oleh  yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya 
(dengan niat  mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri 
isteri dan  tidak boleh membuat maksiat dan tidak boleh bertengkar, 
dalam masa  mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu 
kerjakan adalah  diketahui oleh Allah dan hendaklah kamu membawa bekal 
dengan cukupnya  kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah 
memelihara diri (dari  keaiban meminta sedekah) dan bertakwalah kepadaKu
 wahai orang-orang yang  berakal (yang dapat memikir dan memahaminya). 
[Surah Al-Baqarah-197]
Yang ketiga: Dalil haram berjima pada ketika haid dan nifas.
"Mereka bertanya kepadamu tentang haid, katakanlah: Haid itu adalah  suatu  kotoran.  Oleh  sebab  itu,  hendaklah   kamu menjauhkan  diri  dari  wanita  di waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci.  Apabila  mereka telah  suci  maka  campurilah  mereka  itu  di  tempat  yang diperintahkan Allah kepadamu.  Sesungguhnya  Allah  menyukai orang-orang  yang  bertobat  dan  menyukai  orang-orang yang menyucikan diri.
Hadis menerangkan ayat di atas
"Saya
 hanya  perintahkan kepadamu supaya kamu tidak menyetubuhi mereka ketika
 mereka  itu dalam keadaan haidh; dan saya tidak menyuruh kamu untuk 
mengusir  mereka dari rumah seperti yang dilakukan oleh orang ajam. 
Ketika  orang-orang Yahudi mendengar penjelasan ini, kemudian mereka 
berkata: si  laki-laki ini (Nabi Muhammad) bermaksud tidak akan 
membiarkan  sedikitpun dari urusan kita, melainkan ia selalu 
menyalahinya."
Keterangan hukum haram yang kedua:
Perempuan yang sedang dalam nifas adalah seperti hukum perempuan yang haidh di dalam masalah ini. 
Menurut jumhur ulamak tidak boleh (diharamkan) menyetubuhi isteri sehinggalah setelah putus haidhnya dan mandi junub. 
Manakala Hanafi, suami boleh menyetubuhi isterinya sebaik sahaja darahnya putus, sekalipun belum mandi junub lagi. 
Hukum istimta dengan isteri yang sedang haidh
Tidak mengapa memeluk isteri yang sedang haidh, menyentuh, mencium dsbnya, iaitu pada selain dari anggota di antara pusat dan lutut. Perkara ini dipersetujui oleh semua ulamak.
1. Kebanyakan ulamak, termasuk SyafiI, Maliki, dan Abu Hanifah: Hukumnya adalah haram. Alasannya adalah untuk mengelakkan dari berlakunya perkara haram (Saddan liz-zaraiI). Juga kerana terdapat di dalam maksud hadis Aisyah r.a. riwayat syaikhain yang melarang berbuat demikian.
2. Hanbali dan al-AuzaI dll. Berpendapat: Dibolehkan, kerana hadis: "Lakukanlah apa saja melainkan jimak." (HR jamaah kecuali Bukhari dari Anas bin Malik).
3. Ulamak golongan ketiga berpendapat: Terdapat perincian, jika suami dapat menahan diri dari faraj (menyetubuhi isterinya), mungkin kerana terlalu warak atau kerana lemah syahwat, maka ini diharuskan. Jika tidak, maka haram hukumnya.
Dr.
 Wahbah al-Zuhaili  memberi tarjih, dalam keadaan biasa hendaklah 
beramal dengan pendapat  yang lebih berhati-hati (pendapat pertama). 
Jika seseorang itu baru  kembali dari permusafiran atau dalam keadaan 
syahwatnya begitu kuat,  maka dibenarkan beramal dengan dua pendapat 
yang akhir, tetapi dengan  syarat, hendaklah dia dapat mengawal dirinya 
dari faraj. Ini adalah  untuk menghalang diri dari tercebur ke dalam 
perkara maksiat dengan  melihat perempuan lain (ajnabi) dsbnya. (Al-Feqh
 al-Islami, vol 3, hal.  552-554) 
Syaitan sentiasa berada di mana-mana dan pada bila-bila waktu sekalipun. Tidaklah ditentukan pada masa-masa tertentu. Dengan sebab itulah nabi saw telah mengajar kita adab ketika hendak bersetubuh. Ikutilah sunnah nabi saw dan insya Allah tidak akan berlaku perkara yang tidak diingini.
Mungkin
 kata-kata alim itu  berdasar dari hadis-hadis dhaif yang cukup meluas 
dipakai pada masa  kini. Untuk saya, saya menolak hadis dhaif selagi 
mana tidak ada ulama  muktabar yang mengatakan hadis dhaif itu di sokong
 oleh hadis-hadis yang  sahih. Dengan erti kata lain hadis dhaif itu 
cukup syarat untuk kita  amalkan. Namun begitu, ulama hadis hanya 
membolehkan pemakaian hadis  dhaif hanyalah untuk fadhail amal sahaja. 
Tidak untuk membuat hukum.  Dalam bab soalan ini, saudari menanyakan 
hukum, maka jelas hadis dhaif  adalah tertolak. Di antara 
perkara-perakra yang sering kita dengar  berkaitan jima ini adalah 
seperti di bawah:
Apakah benar jika seseorang itu bercakap-cakap ketika berjimak boleh menyebabkan anak yang lahir itu bisu dan pekak?
Sebahagian kitab ada mengatakan bahwa dimakruhkan bercakap-cakap ketika berjimak. (lihat: Al-Feqhul Wadhih, vol. 2, Dr. Muhamad Bakr Ismail). Kami tidak tahu apakah alasan lain kemakruhan berkenaan selain dari sebuah hadis dhaif. Barangkali hanya sebagai menjaga adab-adab ketika jimak bersama isteri. Hadis nabi berkenaan ialah:
Ertinya: "Dari Qabishah bin Zu'ib, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Janganlah kamu banyak berkata-kata ketika berjimak dengan perempuan (isteri), kerana sesungguhnya ia dapa menjadikan (anak yang lahir) bisu dan gagap." (Terlalu dha'if / lemah)
Menurut penjelasan alBani, hadis ini adalah hadis Mursal, di mana perawi yang bernama Qabishah adalah seorang tabi'in yang tidak mungkin bertemu dengan Rasulullah s.a.w.
* Hadis Mursal ialah hadis yang disandarkan kepada tabi'in.
Terdapat lagi seorang perawi di dalam hadis ini yang bernama Zuhair. Beliau ini diperselisihkan statusnya. Antara yang memberi komentar ialah al-Hafiz, katanya, bahawa apabila penduduk Syam meriwayatkan hadis dari dia, maka hadisnya tidak sah.
Hadis di atas bertaraf terlalu dha'if, dan tidak dapat dijadikan hujah.
--------
Terdapat lagi sebuah hadis palsu yang tidak dapat dijadikan hujah dan pegangan:
Ertinya: "Apabila salah seorang dari kamu berjimak, maka janganlah melihat kemaluan (isterinya) kerana ia akan mewarisi keturunan yang buta, dan Janganlah banyak bercakap ketika berjimak kerana ia akan mewarisi keturunan yang bisu." (Hadis Maudhu')
Di dalam sanadnya terdapat periwayat yang tidak dapat dipercayai. ( Albani)
-----------
Dua hadis di atas tidak boleh disebarkan dan diriwayatkan.
---------
Masalah: Apakah benar jika seseorang itu bercakap-cakap ketika berjimak boleh menyebabkan anak yang lahir itu bisu dan pekak?
Jawab: Tidak benar.
Jadi saya nasihatkan kepada saudari dan juga semua, paabila didatangkan sesuatu yang baru yang agak pelik, cari atau tanyakanlah dalilnya terlebih dahulu. Sekiranya dikemukakan dalil yang sahih, barulah boleh kita beramal dengannya. Berkaitan pemakaian hadis dhaif, saya nasihatkan adalah lebih baik kita hanya berpaut pada dahan yang kukuh yakni al-Quran dan hadis sahih semata-mata melainkan telah diwartakan oleh ulama-ulama muktabar akan kebolehan memakai hadis dhaif tertentu.
Sebagai penutup saya ingin lampirkan hadis sahih yang membuktikan bahawa Islam tidak menyekat teknik dalam hubungan jima mereka selagi mana tidak melampaui batas syara:
Hadis Jabir r.a katanya: Orang-orang Yahudi telah mendakwa apabila seseorang lelaki bersetubuh dengan isterinya melalui farajnya dari arah belakang akan menyebabkan anak yang dilahirkan akan menjadi juling. Lalu turunlah ayat yang bermaksud: Perempuan-perempuan iaitu isteri kamu merupakan tempat kamu bercucuk tanam, buatlah apa yang kamu suka mengikut selera terhadap ladang kamu itu
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan