Imam
 al-Syafie tokoh ilmuan yang terkenal dengan ketekunan dalam menuntut 
ilmu, penegak sunnah, penegak kebenaran dan imam besar dalam bidang 
fekah. Beliau banyak meninggalkan kata-kata nasihat yang boleh dijadikan
 panduan kepada para pelajar. Antaranya ialah :
1. Imam al-Syafie  pernah bersyair:
Aku mengadukan kepada Waki’ (guru beliau) tentang buruknya hafalan
Maka beliau membimbingku untuk meninggalkan perbuatan maksiat
Dan berkata, ‘Ketahuilah bahwa ilmu adalah cahaya
2.Beliau Berkata :
 Barangsiapa
 ingin agar Allah membukakan hatinya atau meneranginya, maka dia harus 
meninggalkan pembicaraan yang tidak bermanfaat, meninggalkan dosa-dosa, 
menghindari perbuatan-perbuatan maksiat dan menyembunyikan amalan yang 
dikerjakan antara dia dan Allah. Jika dia mengerjakan hal tersebut, maka
 Allah akan membukakan ilmu baginya yang akan menyibukkan dia dari yang 
lainnya. Sesungguhnya dalam kematian terdapat perkara yang menyibukkan.”
Dua ungkapan di atas merupakan azimat yang berharga yang mesti ambil perhatian oleh penuntut ilmu agar mendapat manfaat  dengan ilmu yang dipelajari.
Antara pengajaran yang boleh diambil daripada nasihat Imam al-Syafie ialah :
1.
 Menghindari maksiat kerana maksiat merupakan hijab atau penghalang 
untuk mendapat ilmu. Hati yang dicemari dengan dosa tidak akan dapat 
menyimpan ilmu yang bermanfaat.
2. Meninggalkan percakapan atau aktiviti-aktiviti yang sia-sia. Sesungguhnya masa itu amat berharga bagi seorang pelajar.
3. Melakukan amalan-alaman sunat secara tersembunyi dan tidak diketahui oleh sesiapapun. Ini antara cara untuk  ikhlas dalam beramal soleh.
4.
 Orang yang mendapat bimbingan Allah sentiasa menghabiskan masanya 
dengan ilmu dan amalan yang berfaedah untuk dunia atau akhiratnya.
5.
 Orang yang berilmu juga hendaklah selalu mengingati mati kerana mati 
itu akan menyibukkan seseorang itu dengan perkara yang bermanfaat untuk 
kehidupannya selepas mati.
Kesilapan
 besar pelajar masa kini ialah melibatkan diri dengan perkara sia-sia 
malah dengan perkara yang diharamkan menyebabkan hati menjadi kotor dan 
hilang fokus. Ramai pelajar yang akan menghadapi peperiksaan penting 
masih lagi sempat ‘bercouple’ dan ini adalah satu dosa yang hanya akan 
mengganggu focus terhadap pelajaran. 
Terdapat
 juga pelajar yang terlalu obsess dengan artis sama ada artis tempatan 
atau luar Negara dengan memujanya secara melampau. Ini juga adalah dosa 
kerana perintah Allah ialah menjaga pandangan daripada  melihat yang haram. Sebenarnya banyak lagi perkara melalaikan yang menjadi penghalang seseorang pelajar mencapai kecemerlangan.
Hati
 manusia dijadikan dalam keadaan tidak dapat memberi perhatian kepada 
dua perkara dalam satu masa. Bila seseorang pelajar terlibat dengan 
perkara lain dengan sendirinya pelajaran akan terabai. Lebih-lebih lagi 
bila melakukan perkara haram kerana dosa-dosa merupakan penghalang ilmu 
sebagaimana nasihat Imam al-Syafie.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan