PENGERTIAN ONANI
Onani  (melancap) dalam Bahasa Arab disebut Istimna. Dalam ertikata mudanya  bermaksud mengeluarkan sperma atau mani secara sendirian bukan dengan  jalan yang dibenarkan oleh syarak. Ia merupakan satu istilah untuk  menyatakan kegiatan yang dilakukan oleh seseorang itu dalam memenuhi  syahwatnya dengan menggunakan tangan sendiri ataupun dengan bantuan  alat-alat tertentu sehingga mengeluarkan mani.(sumber)
DR. ISMAIL: Amalan onani atau juga dikenali sebagai melancap merupakan amalan turun-temurun yang kekal sehingga kini.
Amalan  ini boleh dikatakan sebagai amalan semula jadi kepada kita sebagai  permulaan untuk mengenali tentang diri kita sendiri, naluri, rangsangan  syahwat dan sebagainya.
Amalan  onani terjadi kerana nafsu syahwat yang berlaku secara langsung dan  tidak langsung memberi rangsangan kepada individu itu untuk melakukan  sesuatu semata-mata ingin merasai nikmat keseronokan, kelegaan,  ketenangan dan kepuasan syahwat.
Kebanyakan  individu yang melakukan onani adalah mereka yang suka keseorangan dan  suka berkhayal. Mereka akan memikirkan perkara-perkara yang boleh  menimbulkan rangsangan kepada nafsu syahwat.
Apabila  senario ini berjaya merangsang nafsu, mereka akan mula menyentuh  bahagian tubuh badan yang dapat merangsangkan syahwat, bagi menikmati  kemuncak syahwat.
Mereka akan rasa puas dan mendapat kelegaan dan jika itu sudah mencukupi mereka akan tidur atau melakukan perkara biasa.
Jika nikmat kemuncak tersebut tidak mencukupi mereka akan melakukan sehingga mendapat kepuasan batinnya.
Mereka  yang melakukan onani adalah untuk keseronokan kendiri sahaja. Malah,  rata-rata tidak terfikir bahawa perbuatan mereka boleh menjejaskan  kesihatan jika amalan tersebut di luar kawalan.
Mereka  yang suka melakukan onani tidak semestinya mereka yang suka membaca  atau menonton cerita-cerita yang boleh mengundang kepada rangsangan  syahwat.
Khayalan perangsang utama mencetuskan kehendak untuk beronani.
Satu  kajian rambang yang dijalankan di kalangan remaja tentang amalan onani  mendapati lelaki melebihi kaum perempuan di mana sebanyak 70 peratus  lelaki berbanding 40 peratus perempuan.
Amalan ini biasanya ditinggalkan apabila mereka mempunyai aktiviti sosial yang stabil.
Didapati  amalan melakukan onani tidak mengenal bangsa ataupun agama. Mereka yang  melakukan onani adalah orang yang mempunyai fantasi seks yang  keterlaluan sehingga mereka tidak dapat mengawal diri dan tewas dengan  godaan fantasi tersebut.
Jika  mereka dapat mengawal emosi dan perasaan, sudah pasti mereka tidak akan  melakukan onani walaupun mereka terdedah dengan perkara yang  merangsangkan syahwat.
Remaja prabaligh adalah golongan orang yang paling banyak melakukan onani jika dibandingkan dengan golongan dewasa.
Orang  dewasa mempunyai fikiran yang matang dan dapat mengenal dirinya sendiri  berbanding remaja yang masih dengan pemikiran yang kurang matang dan  bertindak mengikut perasaan.
Kesan  jangka masa panjang untuk seseorang yang melakukan onani akan  menyebabkan mereka menjadikan onani sebagai satu tabiat yang biasa untuk  dilakukan jika keinginan naluri mereka berada pada tahap yang tidak  dapat dikawal lagi.
Mereka  akan ketagih melakukan tabiat tersebut jika mereka inginkan keseronokan  tetapi pada mereka yang merasakan onani satu tabiat yang buruk, mereka  mestilah cepat bertindak supaya keseronokan kendiri dapat dikawal dengan  baik.
Dari segi kesihatan pula, amalan onani boleh menekan kesihatan bagi mereka yang melakukannya.
Ini tertakluk kepada amalan dan cara gaya onani yang dilakukannya.
Ada  sesetengah mereka mengalami kecederaan alat kelamin sehingga luka  berdarah, dengan batang zakar terasa sakit yang berpanjangan dan boleh  juga menyebabkan kerosakan pada urat saraf zakar.
Apa  yang pasti kesan jangka masa panjang adalah menyebabkan seseorang itu  mati pucuk jika mereka gemar beronani secara berterusan dengan cara yang  ganas itu.
Melakukan  onani berpanjangan akan menyebabkan seseorang itu tidak akan mencapai  keseronokan dan kepuasan apabila melakukan hubungan seks dengan  pasangan, setelah berkahwin.
Hakikatnya,  banyak kesan sampingan yang dikaitkan dengan amalan onani seperti lemah  tenaga batin dan kerosakan kemaluan seperti urat bersimpul, kemandulan  dan masalah zuriat terencat.
Kesemua  ini tidak ada kaitan dengan masalah yang biasa berlaku akibat amalan  beronani selain daripada perkara yang telah dijelaskan awal tadi.
Bagaimanapun, ada waktunya onani boleh dilakukan, iaitu jika perbuatan itu boleh menghalang lelaki terbabit daripada berzina.
Mereka yang menghadapi masalah ini dinasihatkan supaya, meningkatkan daya kawalan diri atau jati diri.
Ini  boleh dilakukan dengan mengelakkan diri daripada berseorangan atau  membaca buku yang mengghairahkan, menonton gambar yang merangsangkan,  melayari laman web lucah dan sebagainya.
sumber : Utusan Malaysia : 29/06/2003

University Of Toronto

University of Michigan
HUKUM BERONANI
Jawapan Oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi
Kadang-kadang darah pemuda bergelora, kemudian dia menggunakan tangannya untuk mengeluarkan mani supaya alat kelaminnya itu menjadi tenang dan darahnya yang bergelora itu menurun. Cara semacam ini sekarang dikenal dengan nama onani (bahasa Arabnya: istimta' atau adatus sirriyah).
Kebanyakan para ulama mengharamkan perbuatan tersebut, di antaranya Imam Malik. Beliau memakai dalil ayat yang berbunyi:
"Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, mereka yang demikian itu tidak tercela. Tetapi barangsiapa mau selain yang demikian itu, maka mereka itu adalah orang-orang yang melewati batas." (Al-Mu'minun: 5-7)
Sedang orang yang onani adalah melepaskan syahwatnya itu bukan pada tempatnya.
Sedang Ahmad bin Hanbal berpendapat, bahawa mani adalah barang lebihan. Oleh karena itu boleh dikeluarkan, seperti memotong daging lebih.
Pendapat ini diperkuat oleh Ibnu Hazm. Tetapi ulama-ulama Hanafiah memberikan Batas kebolehannya itu dalam dua perkara:
1.Karena takut berbuat zina.
2.Karena tidak mampu kawin.
Pendapat Imam Ahmad ini memungkinkan untuk kita ambil dalam keadaan gharizah (nafsu syahwat) itu memuncak dan dibimbangkan akan jatuh ke dalam haram. Misalnya seorang pemuda yang sedang belajar atau bekerja di tempat lain yang jauh dari negerinya, sedang pengaruh-pengaruh di hadapannya terlalu kuat dan dia bimbang akan berbuat zina. Karena itu dia tidak berdosa menggunakan cara ini (onani) untuk meredakan bergeloranya gharizah tersebut dan supaya dia tidak berlaku zina.
Tetapi  yang lebih baik dari itu semua, ialah seperti apa yang diterangkan oleh  Rasulullah s.a.w. terhadap pemuda yang tidak mampu berkahwin, iaitu  kiranya dia memperbanyak puasa, dimana puasa itu dapat mendidik  beribadah, mengajar bersabar dan menguatkan kedekatan untuk bertaqwa dan  keyakinan terhadap penyelidikan (muraqabah) Allah kepada setiap jiwa  seorang mu'min. Untuk itu Rasuluilah s.a.w. bersabda sebagai berikut:
"Hai para pemuda! Barangsiapa di antara kamu sudah ada kemampuan, maka kahwinlah sebab dia itu dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan; tetapi barangsiapa tidak mampu, maka hendaknya ia berpuasa, sebab puasa itu baginya merupakan pelindung." (Riwayat Bukhari)
Dipetik dari kitab al-Halal wal Haram fil Islam
CARA MENGATASI KETAGIHAN ONANI
Di antara cara-cara untuk menyekat dan menghindarkan diri daripada terus terjebak di dalam kancah ketagihan onani adalah:      
1. Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah Taala.
2. Jika mampu dan tiada halangan maka berkahwinlah segera.
3. Sentiasa menyibukkan diri dengan aktiviti dan program luar.
4. Sentiasa menjaga pandangan mata dari perkara-perkara maksiat.
5. Berkawan dengan kawan-kawan yang mampu membawa kebaikkan.
6. Sentiasa mendampingi dan meminta tunjuk ajar dari orang alim.
7. Sentiasa mempelajari ilmu agama secara ikhlas dan bersungguh-sungguh.
8. Berpuasa
1. Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah Taala.
2. Jika mampu dan tiada halangan maka berkahwinlah segera.
3. Sentiasa menyibukkan diri dengan aktiviti dan program luar.
4. Sentiasa menjaga pandangan mata dari perkara-perkara maksiat.
5. Berkawan dengan kawan-kawan yang mampu membawa kebaikkan.
6. Sentiasa mendampingi dan meminta tunjuk ajar dari orang alim.
7. Sentiasa mempelajari ilmu agama secara ikhlas dan bersungguh-sungguh.
8. Berpuasa
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan