Hukum Mandi Jenazah
1      Memandikan jenazah adalah fardu 
kifayah terhadap semua orang muslim. Jika sebahagian orang melakukannya 
maka sebahagian yang lain terlepas dari doa. Ganjaran pahala hanya 
kepada yang melakukannya, maka kesemuanya tidak berdosa.
2      Orang yang mati lemas sebab tenggelam didalam air wajib dimandikan tidak memadai basaha lemas itu.
3      Tidak memadai orang yag mati dimandikan oleh malaikat atau jin bahkan wajib dimandikan semula oleh anak Adam.
Hukum Yang Bergantung kepada Jurumandi Jenazah
1      Terlebih baik yang memandikan mayat lelaki itu lelaki dan mayat perempuan itu perempuan.
2      Harus lelaki memandikan 
isterinyayang bukan didalam  "idah raj'iyah' atau hamba perempuannya 
selama ia bukan isteri orang atau perempuan "idah sekali pun hamba 
kitabiah.
3      Harus isteri yang bukan dalam idah 
raj'iyah memandikan suaminya tetapi hamba perempuan tidak boleh 
memandikan penghulunya yang mati
4      Jika muslim mati dan disana hanya  
terdapat seorang lelaki kafir  dan seorang perempuan Islam hendaklah 
lelaki kafir memandikan dia dan disembahyang oleh perempuan Islam.
5      Jika mayat perempuan Islam tiada 
disana kecuali ada seorang muslim yang Ajnabi wajib ia tayamumkannya.  
Demikian juga jika mayat lelaki Islam tiada disana kecuali seorang 
perempuan yang Ajnabiah, maka wajib ia tayamumkan mayat itu dengan 
berlapik.
6      Seafdal orang yang memandikan mayat 
lelaki ialah mereka yang afdal menyembahyangkannya. Iaitu anak, cucu, 
bapa,, datuk, saudara, anak saudara, bapa saudara sebelah bapa kemudian 
sebelah ibu, pemerintahnya, imam, pengganti imam dan sepupu.
7      Seafdal orang yang memandikan mayat 
perempuan ialah saudara maranya, walinya, perempuan asing, suaminya  dan
 lelaki yang berkahwin denganya.
8      Mayat budak lelaki kecil yang belum 
ada syahwat atau khunsa yang besar  boleh dimandikan oleh orang lelaki, 
kemudian orang-orang perempuan.
9      Sunat orang yang mandi faham fiqh lagi amanah.
10    Haram orang yang memandikan memandang aurat mayat kecuali darurat dan harus memandang tempat lain.
11    Jangan menyentuh aurat mayat kecuali dengan berlapik.
Peralatan Untuk Memandikan Jenazah
1.     Sebuah pangkin atau tempat pemandian yang dikhaskan.
2      Bekas air atau getah paip.
3      4 biji gayung
4      Sebuku sabun mandi zaiton
5      Sebuah baldi untuk air kapur barus
6      Sebuah baldi untuk air limau nipis/air sintuk/air daun bidara
7      Sepasang sarung tangan
8      2 helai kain puteh berukuran 241cm x 130cm untuk kain basahan mandi dan lap lepas mandi
9      7 helai kain yang berukuran 7cm x 15 cm kemudian digulung
10    Lima helai kain penutup mulut juka mayat itu uzur atau plaster
11    2 gulung kapas bersih
12    Lidi-lidi untuk cuci kuku, tangan serta kaki
Cara Mandi Jenazah
Mandi Bersihkan Badan Jenazah
1      Sebaiknya kawasan mandi terlindung 
dan orang yang  memandikan sahaja ada ditempat itu, boleh walinya 
walaupun tidak memandikannya.
2      Mayat dilitupi dengan kain nipis yang air boleh menembusinya
3      Hendaklah mayat diletakan ditempat 
yang tinggi seperti kerusi malas atau tempat mandi khas yang terpelihara
 dari percikan air najis.
4      Mandi bersihkan mayat ini bertujuan 
unruk membersihkan daripada kotoran serta bahan-bahan yang melekat 
dianggotanya serta untuk melembutkan sendi-sendi.  Air sintuk, sabun dan
 air daun bidara bolehlah digunakan dan pastikan mayat tertutup 
auratnya.
5      Tekan perut mayat untuk keluarkan 
najis dan pastikan sarung tangan digunakan untuk mencuci dubur/kubul, 
bersihkan kuku dengan mengunakan lidi-lidi yang disediakan.  Bersihkan 
gigi, telinga dan matanya dengan menggunakan  kain yang telah digulung. 
Sekiranya terdapat bahan-bahan yang melekat gunakan minyak  untuk 
mengeluarkannya.
Proses Mandi Wajib Serta Niat
1      Lafaz Niat.  Sahaja aku mandi mayat ini lelaki/perempuan kerana Allah Taala.
2      Lalukan air dari sebelah kanan sebanyak 3 kali disertai dengan niat.
3      Lalukan air sebelah kanan juga 3 kali.
4      Lalukan air dari bahagian tengah mula dengan kepala hingga hujung kaki sebanyak 3 kali
5      Kedudukan gayung adalah didalam kedudukan menyonsong.
Mandi Dengan Air Kapur Barus
 .   Lalukan air kaopur barus 3 kali dimulai dari sebelah kanan, kiri 
dan tengah.  Ia bertujuan untuk menghilangkan bau serta kemaskan kulit 
mayat.
Wuduk. Wudukan mayat dengan lafaz niat:  Sahaja aku mengambil wuduk bagi mayat perempuan/lelaki ini kerana Allah Taala.
1.    Lap mayat
2.    Tutup rongga-rongga  yang terbuka dengan kapas bertujuan untuk mengelakan najis terkeluar.
3.    Sekiranya terkeluar najis daripada 
salah satu dari dua rongga (kubul/dubur), maka perlulah mayat tersebut 
dibersihkan dan dimandikan semula.   Sebaliknya jika rongga-rongga yang 
lain memadailah dibasiuh  sahaja.
KAFAN JENAZAH
Hukum
1     Fardu kifayah keatas orang hidup terutama keluarganya.  
2     Sekurang-kurangnya kapan bagi mayat lelaki dan perempuan ialah  sehelai yang boleh menutupi seluruh tubuhnya.
3     Sebaik-baik kafan bagi mayat  lelaki 
ialah:  Dua helai kain pembalut, boleh ditambah dengan baju serta serban
 maka jumlahnya 5 helai.
4     Sebaik-baik kafan bagi mayat perempuan ialah:  Sehelai kain, sehelai baju, sehelai kain tudung dan 2 helai pembalut.
5     Orang yang mati samaada lelaki atau 
perempuan yang sedang menunaikan ibadat haji wajib dikafankan dengan 
menutup seluruh badannya kecuali kepala bagi lelaki dan muka bagi 
perempuan.
6     Sunat dikafankan dengan kain yang 
berwarna putih yang bersih.  Makruh dengan yang lain daripada puteh 
kecuali tidak ada yang puteh. Haram dikafankan lelaki dengan kain sutera
 dan makruh bagi perempuan.
7     Sunat kain kafan dibasuh sebelum dikafankan mayat.
8     Makruh mengambil secebis daripada kain yang dikafankan mayat kecuali daripada orang-orang yang soleh atau waris.
9     Haram ditulis apa saja dari ayat 
Al-Quran dan nama-nama Allah diatas kain kafan kerana dikhuatiri  
terkena najis mayat itu.
Bahan-Bahan
1     Cendana untuk ditabur diatas kain kafan.
2     Kapas 2 gulung
3     4 atau 5 tali pengikat yang diambil dari tepi kain.
4     Lima helai kain kafan ukuran panjang mayat + 1/2 lebih panjang dari ukuran mayat x 60.
5     Kapur barus
6     Minyak wangi yang tiada alkohol
7     Tikar
8     Gunting
9     Kain cawat
Persiapan Sebelum Kafan
1     Kain kafan pembalut pertama diletakan di sebelah bawah dan ditabur cendana.
2     Letak kain pembalut kedua dan taburkan cendana
3     Letakan sehelai kain untuk dipakai sebagai kain serta taburkan cendana
4     Letakan kain untuk dipakai sebagai serban
5     Letakan cawat serta kapas dibahagian pinggang hingga boleh menutupi kemaluan untuk mengelak dari terkeluar najis.
Cara Mengkapan
1     Letakan mayat yang telah dimandikan 
diatas kain kapan yang telah disediakan dengan meletakan tangan mauyat 
dalam keadaan seperti sedang solat.  Pastikan setiap lipatan kain semasa
 membungkus mauyat dibuat didalam turutan yangsama seperti keadaan solat
 bertujuan memudahkan ianya dibuka semasa dalam liang lahat.
3     Tutup kemaluan mayat dengan kapas yang telah disediakan serta cawat diikat dengan kemas.
4     Lapik sendiri-sendi mayat dengan kapas untuk mengelakan daripada anggota mayat dari mudah bergerak.
5     Pakaikan bahagian kainnya.
6     Pakaikan bahagian serbannya.
7     Pakaikan bahagian bajunya
8     Bungkus mayat dengan kain yang disediakan  dengan kemas untuk mengelakan daripada tangan mayat mudah beralih.
9     Bungkus dengan kain yang terakhir.
10.  Ikat dibahagian atas kepala, dada, 
kaki dan dibawah kaki. Bagi bahagian atas kepala  pastikan ikatan 
disebelah kiri mayat untuk memudahkan ikatan dibuka semasa didalam liang
 lahat.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan