Mengawal dan menghindarkan tikus di restoren atau premis terdapat empat cara:
1. Sentiasa memeriksa kehadiran Tikus di premis.
Haiwan perosak ini suka buang najis di merata tempat. Sekiranya dijumpai najis tikus maka sahlah kehadiran tikus ini. Selain dari ini tanda-tanda tapak kaki tikus, kesan kerosakan dari gigitan tikus ke atas kayu, plastik, sabun basuh tangan,wayer dan lain-lain barangan didapur. Kesan air kencing yang busuk atau ternampak tikus hidup atau mati disekitar premis anda. Sekiranya kencing tikus tercemarkan makanan, ia boleh diperiksa dengan menggunakan lampu ultraviolet.
2. Kebersihan.
1. Sentiasa memeriksa kehadiran Tikus di premis.
Haiwan perosak ini suka buang najis di merata tempat. Sekiranya dijumpai najis tikus maka sahlah kehadiran tikus ini. Selain dari ini tanda-tanda tapak kaki tikus, kesan kerosakan dari gigitan tikus ke atas kayu, plastik, sabun basuh tangan,wayer dan lain-lain barangan didapur. Kesan air kencing yang busuk atau ternampak tikus hidup atau mati disekitar premis anda. Sekiranya kencing tikus tercemarkan makanan, ia boleh diperiksa dengan menggunakan lampu ultraviolet.
2. Kebersihan.
Jika di sesuatu kawasan itu terdapat banyak tikus, ia sebenarnya 
membawa maksud bahawa tempat tersebut dipenuhi dengan punca makanan yang
 mewah bagi keperluan tikus. Tikus juga seperti haiwan lain memerlukan 
tempat perlindungan dan juga makanan untuk meneruskan hidup. Dengan 
memastikan bahawa tiada makanan atau sekurang-kurangnya menghadkan 
kewujudan makanan seminimum mungkin bagi keperluan tikus melalui tabiat 
menjaga kebersihan, kita berupaya memberikan kesan yang amat besar dalam
 usaha membenteras serangan tikus. Pengurusan sampah yang kebiasannya 
mengandungi makanan terbuang amat penting untuk diperhatikan. Pastikan 
kita menyediakan tong sampah yang tahan dimasuki oleh tikus samada tong 
sampah tersebut berada di luar atau di dalam bangunan. Ia hendaklah 
sentiasa tertutup dan tidak dibiarkan bertaburan sebelum dikutip oleh 
pekerja buang sampah. Dengan ini kita tidak akan menarik minat tikus 
untuk mendatangi premis kita yang sukar untuk ditemui makanan.  – sedutan dari blog PestSciences.
3. MENGHALANG TIKUS MASUK:
Cara mudah mengawal tikus menyerang kediaman kita adalah dengan 
menghalangnya masuk. Ini merupakan salah satu cara yang paling berkesan 
dan selamat tanpa penggunaan sebarang racun atau bahan kimia. Walau 
bagaimanapun adalah sukar untuk menghapuskan tikus 100% dari tempat 
perniagaankita. Tikus kecil seperti cencorot umpamanya dapat memboloskan
 dirinya walaupun melalui jurang sebesar 1 cm. Tikus dapat masuk setiap 
lubang sebesar kepalanya, jika kepalanya lepas maka anggota lain akan 
dapat melepasi lubang yang dilaluinya. Walaupun badannya besar, ia mampu
 meleperkannya untuk memboloskan diri. Namun ia perlu dilakukan sebagai 
salah satu cara yang melengkapi teknik kawalan tikus. Sebagai panduan 
sebarang ruang seluas 0.6 cm perlulah ditutup untuk menghalang kemasukan
 tikus. Semua tempat yang menjadi titik pertemuan kemasukan peralatan 
utiliti melaui dinding ke dalam premis kita seperti, paip atau corong 
air, paip saluran paip elektrik atau penghawa dingin, saluran angin 
dapur dan lain-lain yang seumpama dengannya.
- Pecahan pada pintu atau dinding atau bumbung.
- Saluran longkang yang masuk ke dalam kedai.
- Perhatikan ruang terbuka dibawah antara pintu kedai kita dengan lantai. Jika ada ruang pastikannya ditutup atau dirapatkan.
Tutup semua bukaan yang pada tempat yang disebutkan di atas dengan 
bahan yang bersesuaian. Bahan-bahan seperti simen, campuran plaster dan 
sebagainya boleh digunakan pada dinding yang berlubang.
4. Menghapuskan Tikus:
Maka bagi melengkapi keseluruhan kawalan, tidak dapat tidak teknik 
terakhir dalam mengurangkan atau menghapuskan tikus ini perlu 
dijalankan. Kawalan ini melibatkan usaha menangkap atau membunuh tikus 
melalui 2 cara:
- Tangkapan atau menghapuskan tikus tanpa menggunakan bahan kimia.
- Membunuh tikus dengan menggunakan racun atau bahan kimia.
Perangkap adalah satu cara kawalan tikus yang berkesan tanpa 
menggunakan sebarang racun. Bagi serangan tikus yang tidak banyak, 
penggunaan perangkap merupakan jalan penyelesaian yang cepat. Penggunaan
 perangkap juga dapat mengelakkan keadaan di mana tikus mati pada tempat
 yang tidak diketahui dan rumah kita dilanda dengan masalah bau bangkai 
yang busuk.
Berikut adalah antara sebab mengapa perangkap menjadi pilihan:
- Apabila kita tidak mahu menggunakan racun kerana khuatir kesan bahaya pada haiwan peliharaan atau kanak-kanak.
- Apabila kita khuatir racun akan menyebabkan makanan di rumah kita tercemar.
- Apabila tikus malu atau mengelak untuk makan umpan racun yang kita letak.
- Kita tidak mahu rumah kita dihantui bau busuk tikus yang mati termakan racun.
Terdapat banyak jenis perangkap tikus di pasaran. Yang biasa kita 
lihat adalah perangkap bidasan yang mengurung tikus apabila terkena. Ada
 juga perangkap bidasan yang membunuh tikus apabila terkena, tetapi 
perangkap jenis ini agak merbahaya terutamanya kepada kanak-kanak dan 
juga binatang peliharaan.
Satu lagi jenis perangkap yang berkesan tetapi agak jarang 
digunakan adalah perangkap gam. Sebidang kertas tebal akan disapu dengan
 gam khas untuk memerangkap tikus dan diletakkan pada laluan yang biasa 
diambil oleh tikus. Lebih elok diletakkan sedikit umpan di tengah gam 
tersebut. Biasanya teknik ini amat berkesan untuk memerangkap tikus yang
 degil.
Perkara yang perlu diberikan perhatian dalam penggunaan perangkap:
- Sebelum memasang perangkap tikus, pastikan semua sumber makanan tikus dilenyapkan sebaik mungkin. Ini akan memaksa tikus merayau dan memasuki perangkap bagi mendapatkan makanan.
- Pastikan perangkap bersih dan berfungsi dengan baik.
- Simpan perangkap yang tidak digunakan dengan membungkus di dalam beg plastik bagi menghilangkan bau yang boleh menghindari tikus.
- Jika ada tikus terperangkap atau mati pastikan anda tidak menyentuhnya dengan tangan tanpa perlindungan. Ini bagi mengelak dari berbagai penyakit bawaan tikus.
- Perangkap yang disentuh oleh manusia akan meninggalkan bau manusia, kebiasaannya tikus tidak kisah dengan bau tersebut. Tetapi jika perangkap anda disentuh oleh haiwan seperti kucing atau anjing, ia mampu menghalau tikus dari menghampiri perangkap tersebut.
- Usaha terakhir bagi menghapuskan tikus adalah dengan menggunakan racun tikus. Walau bagaimanapun penggunaan racun tikus adalah lebih baik dan selamat jika diserahkan pada pengendali khidmat kawalan makhluk perosak yang bertauliah. –
Bolehkah kita bunuh Tikus?.
Mengikut Ulama membunuh ular, tikus dan binatang yang dianggap bersifat menganggu boleh dibunuh berdasarkan Sabda Nabi SAW:
“Lima (haiwan) perosak yang boleh dibunuh diluar Tanah Suci dan di Tanah Suci iaitu: ular, gagak,tikus,serigala dan Rajawali”
 – (Mutafaqun ‘alaih). Maka bunuh tikus dibolehkan tetapi janganlah ia 
disiksa seperti membakar, melemaskan didalam air atau mencurah air panas
 ke atasnya adalah ditegah Islam. Tikus yang ditangkap hidup melalui 
perangkap, boleh dijemur diluar atau pun melepaskan ditempat yang jauh 
dari penempatan manusia dan haiwan peliharaan.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Saudara,
BalasPadamAda satu lagi cara yang ingin saya kongsikan bersama.
Boleh guna Produt Rat Repellent dari Jepun.
Produk ni mengeluarkan bau yang menyebabkan tikus merasa tak selesa dan segera beredar.
Yang Penting, murah, mudah & tak menyeksa binatang.
Boleh lihatproduk di
web : http://tenringgitshop.com
atau email saya
email : tenringgitshop@gmail.com
Rumah penuh dgn tikus?
BalasPadam=================================
RACUN TIKUS VICTORY - pest control grade
=================================
➡ Fomulasi USA ,100% berkesan
➡ Tidak mati dicelah
➡ Jimat masa
➡ Sepekat boleh pakai 2-3 tempat
➡ Dijamin berkesan
Whatsapp/SMS Order:
➡ 016 977 5478
Racun Tikus Victory berasa amat BANGGA dapat menolong RAMAI TANGGA yang penuh dengan TIKUS.
========================================
Tikus anda adalah Tanggungjawab Racun Tikus Victory
========================================