1. Perbezaan utama antara agama Islam dengan agama-agama lain.Agama
 Islam diberikan nama oleh Allah sedangkan agama-agama lain diberikan 
nama oleh pengikutnya. Contoh Judaism merujuk kepada bangsa Judah atau 
Yahudi, Hinduism merujuk kepada sungai Hindus, Budhism merujuk nama 
pengasasnya Gautama Buddha.  
Sesungguhnya
 agama yang diridhai di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih 
orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang 
pengetahuan kepada mereka, karena kedengkian yang ada di antara mereka. 
Barang siapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah
 sangat cepat hisab-Nya (Al-Imran 3;19).
Semua
 agama pada dasarnya mengajak manusia kepada kebaikan dan menjauhkan 
kejahatan, tetapi agama Islam lebih daripada itu. Islam membimbing kita 
ke arah yang praktikal untuk mencapai kebaikan dan menghapuskan 
kejahatan daripada kehidupan individu dan masyarakat. Islam mengambil 
kira fitrah/tabii manusia dan kesulitan masyarakat. Islam adalah 
petunjuk daripada Yang Maha Pencipta maka islam dipanggil juga agama 
tabii (Dinul Fitrah).
Contohnya - 
Islam memerintahkan umatnya agar menghindari perbuatan merompak dan juga
 menganjurkan cara untuk menghapus perompakan. 
a. Semua agama utama mengajar bahawa mencuri adalah perbuatan jahat, islam juga mengajar perkara yang sama. Oleh
 itu, apa perbezaan Islam dengan agama-agama lain? Selain mengajarkan 
bahawa merompak itu perbuatan jahat, juga menunjukkan cara praktikal 
untuk mewujudkan struktur sosial sehingga manusia tidak merompak
-
 Islam menetapkan sistem zakat, Undang-undang Islam menetapkan setiap 
orang yang mempunyai wang simpanan melebihi nisab iaitu 85 gram emas, 
patut memberi 2.5% daripada simpanan tersebut kepada yang memerlukan 
pada setiap tahun hujung Tahun Islam. Sekiranya semua orang kaya 
mengeluarkan zakat dengan ikhlas, maka kemiskinan akan dapat dihapuskan 
di dunia, tidak ada seorangpun manusia mati kebuluran/kelaparan.
-
 Memotong tangan sebagai hukuman merompak. Islam menentukan hukuman 
potong tangan kepada perompak yang sabit kesalahannya. Qur'an mengatakan
 dalam Surah Al-Maidah
Lelaki
 dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya sebagai 
pembalasan atas  apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari 
Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana (Al-Maidah 5;38).
b. Hasil tercapai apabila Undang-undang Islam dilaksanakan. 
Amerika
 adalah salah satu negara yang termaju di dunia, malangnya ia mempunyai 
kadar jenayah yang tertinggi, kecurian dan rompakan. Katakanlah 
Undang-undang Islam dilaksanakan di Amerika, iaitu setiap orang kaya 
mengeluarkan zakat 2.5% daripada simpanan melebihi 85 gram emas setiap 
hujung tahun Islam, dan setiap perompak yang disabitkan kesalahannya 
dipotong tangan sebagai hukuman. Adakah kadar kecurian dan rompakan di 
Amerika akan naik, di paras yang sama, atau menurun? Sudah tentu akan 
berkurangan, sebab utama jumlah masyarakat miskin berkurang sebab 
bantuan zakat, masyarakat mencuri dan merompak kerana kebuluran atau 
kemiskinan. Adanya hukuman yang ketat akan melemahkan semangat orang 
yang berniat untuk merompak.
Saya 
bersetuju bahawa bilangan kecurian di dunia hari ini sangat tinggi dan 
sekiranya hukuman memotong tangan setiap pencuri dikuatkuasakan maka 
berpuluh ribu tangan orang akan dipotong. Apa yang penting kadar 
kecurian dan rompakan akan segera menurun sebaik sahaja undang-undang 
potong tangan dikuat kuasakan. Orang yang ingin merompak akan berfikir 
dua kali sebelum membahayakan tangannya. Hanya dengan mengingati 
hukumannya sudah cukup melemahkan niat kebanyakan perompak. Hanya 
segelintir yang merompak, maka hanya beberapa tangan sahaja yang akan 
dipotong tetapi beribu-ribu orang akan hidup dengan aman, bebas dari 
ketakutan dirompak. Sebagai contoh Kadar rompakan di negara yang amalkan
 hukum potong tangan seperti Saudi Arabia sepuluh kali ganda lebih 
rendah berbanding negara yang tak amalkannya seperti Amerika. 
c. Islam agama terakhir dan universal sebagaimana Allah terangkan dalam Al-Qur'an.
Pada
 hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan
 kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam menjadi agama bagimu 
(AL-Maidah 5;3).
d. Islam satu-satunya agama yang tidak mengamalkan syirik 
Mengikut
 terminologi syirik bermakna menyekutukan Allah dengan ciptaan-Nya 
ataupun menyembah selain daripada Allah. Sedangkan Allah telah terangkan
 bahawa Allah akan ampunkan semua kesilapan manusia kecuali syirik. Sila
 rujuk ayat di bawah ini :
Sesungguhnya
 Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa
 selain daripada syirik bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa 
yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang 
besar (An-Nisa 4;48)
Di ayat yang lain Allah mengulang kembali peringatan tentang syirik kepada Allah:
Sesungguhnya
 Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan sesuatu dengan Dia, dan Dia
 mengampuni dosa selain daripada syirik bagi siapa yang dikehendaki-Nya.
 Barang siapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka sesungguhnya ia
 telah tersesat sejauh-jauhnya (An-Nisa' 4;116). 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan