Masalah memilih bakal  pasangan hidup,  perlu diberi perhatian di awal perkenalan dengan  pasangan masing-masing.  Islam sangat bersifat selektif. Sebab itu  disyarakkan diadakan fitrah  pertunangan supaya terdapat jangkamasa yang  cukup untuk mengenali  pasangan. Mengenali pasangan bukanlah pada  dasarnya keluar  berjalan-jalan dating dan berborak tanpa batasan.  Konsep lima `K’  diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu “Kenal”,  “Kelas”, “Kufu”,  “Kasih” dan akhir sekali “Kahwin”.

KENAL 
Kita  di suruh kenal/takruf pasangan  terlebih dahulu bukanlah dalam istilah  luaran @ fizikal semata mata.  Erti kenal termasuk hati budi dan  pegangan hidupnya. Untuk kenal  orangnya, hati budinya, carilah orang  yang boleh dipercayai agamanya  merisik corak hidupnya dan juga  keperibadiannya.
Terdapat kisah seorang sahabat Nabi, Umar r.a. di mana beliau bertanya kepada seorang lelaki apabila melantik seorang saksi.
“Apakah kamu kenal lelaki ini?” tanya Umar.“Ya, saya kenal,” jawab lelaki tersebut. Umar bertanya lagi…“Pernahkah kamu berjalan dengan saksi ini dalam musafir?” Lelaki itu menjawab tidak pernah. Umar bertanya lagi,“Pernahkah kamu bermuamalah supaya kamu tahu setakat mana waraknya dia? Pernahkah kamu menjadi jirannya supaya kamu tahu kemana perginya dan setakat mana pergaulan, siapa keluarga dan kawan-kawannya?”
Itulah  yang di namakan takruf sebenarnya  dalam Islam supaya kita dapat tahu  apakah pasangan itu sesuai dengan  kita atau sebaliknya.. Risik merisik  latarbelakang pasangan perlu dibuat  untuk mengetahui sejauh manakah  pergaulan dan kewarakannya.. Pada  dasarnya, kita boleh kenal melalui  corak kelakuan sahabat-sahabatnya  yang akrab. Adalah berdosa besar jika  antara kedua dua belah pihak  BERBOHONG. Apabila sudah saling  mengenali, TOLAK ANSUR dapat dibuat  dalam apa juga perkara.
KELAS
Kita  kenal tetapi kita kena bersifat  pemilih supaya terjamin akhlak dan  agamanya. Kelas yang dimaksudkan  bukan hanya merujuk kepada golongan  yang berkelulusan agama, berjanggut  dan berserban sahaja. Kelas yang  baik adalah golongan yang mengamalkan  ajaran agama kerana golongan ini  akan menghormati pertalian perkahwinan.  Mereka yang ada kefahaman dan  penghayatan Islam akan memegang perkara  asas dalam Islam, sentiasa  ‘alert’, sanggup MENERIMA TEGURAN dan MEMBERI  TEGURAN dan saling  bersifat ‘MEMBINA’ untuk menjaga akhlak dalam Islam.
KUFU
Kufu  amat diberatkan, dari segi  pendirian, pemahaman agama dan keturunan  juga perlu diseimbangkan. Jika  terdapat keturunan golongan atasan,  wajar dia mencari keturunan yang  sama supaya tidak wujud jurang yang  dalam.
Begitu juga dari  segi harta, ulama yang  bernama Mawardi menjelaskan ia perlu di  titikberatkan kerana seseorang  yang datang dari keluarga miskin, sukar  untuk seiring dengan keturunan  kaya. Bahkan ulama yang ke belakang ini  juga mementingkan tahap umur.
Memang betul, soal  jarak umur diantara  Rasulullah 25 dan Siti Khadijah 40 tidak wujud  kerana Rasulullah , Siti  Khadijah dan Aisyah mempunyai akhlak yang  sempurna. Dan tidak seperti  kita yg serba cetek. Malah rupa dan fizikal  wanita yang cepat rosak  boleh diselaraskan kesesuaian dengan suaminya  bila sudah lama  berumahtangga.
KASIH
Kasih  bukan bermakna berkasih atau  bercinta tetapi yang sebenarnya yang  ditekankan ialah di antara kedua  dua belah pihak lelaki dan wanita itu  perlu wujud unsur-unsur kasih  sebelum berkahwin. Merujuk kepada sebuah  hadis……
“Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini melainkan mengakhirinya dengan perkahwinan.”
Andaikata  lelaki itu berkenan kepada  seorang wanita, perlulah lihat wanita itu  tersebut tetapi mengikut  syariat Islam. Rasulullah bersabda:
“Pergi lihat dahulu wanita itu, kalau kalau dengan melihat itu boleh menjamin kasih sayang di antara kamu.”
Kalau kawan tolong canang kata begitu dan begini amat susah juga. Sememangnya terdapat “Orang   -orang yang benar benar redha dengan pasangan yang ditentukan oleh   Allah tetapi pokok pangkalnya banyak terletak pada HATI kaum lelaki”.
Kalau  tak berkenan, jangan dipaksa paksa  hati sebab ia bukan satu permainan  pondok-pondok. Kasih yang dipupuk  biarlah kerana Allah kerana ia  menjamin kebahagian rumahtangga.
Hadis Nabi ada menyatakan:
“Barangsiapa yang berkahwin dengan wanita kerana KEDUDUKAN ia hanya mendapat kehancuran sebagai balasan, Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEKAYAAN, Allah menjanjikan kemiskinan. Barangsiapa yang menikahi kerana KETURUNAN , Allah akan menghina keturunanya dan Barangsiapa yang berkawin dengan NIAT BAIK dan kerana ALLAH demi menutup pandangan dan kemaluannya atau menyambung silahturrahim, Allah akan memberkati kedua-duanya.”
Keberkatan  memang dititik beratkan.  Apabila nawaitu/niat kita dipasakkan dengan  betul. Insyallah perkahwinan  akan diberkati dan di lindungi. Setiap  gerak geri dan tindak tanduk  mendapat pengawasan dan hidayah daripada  Allah dan tidak timbul  perselisihan faham.
REDHA
Redha terhadap pasangan masing-masing adalah penting. Rasulullah sering bertanya:
“Apakah kamu redha dengan pasangan ini? Kita berkahwin dengan manusia yang mempunyai unsur-unsur kebaikan dan keburukan. Tidak ada manusia yang sempurna dan apabila kita REDHA dangan pasangan bermakna kita redha dengan KEKURANGAN mereka”“Apa yang di katakan baik bukan sekadar mengikut telunjuk isteri @ suami. Baik yang dimaksudkan sanggup mengaku kekurangan diri dan mencari jalan mengatasinya”
Istilah kufu banyak ditekankan dalam Surah AnNur: Ayat 26:
“Seorang lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan wanita yang tidak baik dan seorang lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik.”
Istilah  kufu sangat ditekankan kerana  jika isteri dianggap kelas kedua, segala  teguran daripada pasangan tidak  boleh diterima. Jika isteri mempunyai  jawatan dan pangkat besar serta  tidak ada kufu, dia tidak dapat  menerima kepimpinan daripada suami.  Tetapi kalau ada persamaan  pendirian, sikap tolak ansur dapat  diwujudkan. Sebaliknya perbezaan  pendapat boleh menyebabkan hubungan  semakin renggang.
Misalnya seorang  suami yang rapuh  pegangan agama tidak mahu memantapkannya selepas  berkahwin. Sikap kurang  mahu ini akan menjadi tolak bengit sekiranya  pula si isteri sememangnya  seorang yang suka menghayati Islam dan cuba  memantapkannya dari masa ke  semasa. Begitu juga sebaliknya, masalah  akan berlaku.
Kata sebahagian  lelaki, dah dapat  perempuan yang berkenan di hati nanti “AKU UBAHLAH  PERANGAINYA”. Tetapi  anda perlu ingat, bukan semua perempuan mempunyai  hati yang lembut dan  mudah di bentuk.
Keimanan dan  kekuatan sikap  merealisasikan Islam perlu ada pada lelaki. Perempuan  yang beriman mesti  mencari lelaki yang lebih kuat imannya daripadanya  kerana lelakilah  yang menjadi ketua keluarga….
Sebuah Kisah Yang Perlu Diambil Iktibar
Seorang  sahabat, Marsat Bin Abu Marsar  Al Ghanawi, seorang pemuda turut  berhijrah dari Mekah ke Madinah bersama  Rasulullah saw. Suatu hari  Baginda Rasulullah menghantar beliau balik  ke Mekah untuk membuat  rundingan dengan orang Quraisy, tentang  pembebasan beberapa orang Islam  yang di tawan.
Sewaktu balik,  Marsat bertemu kekasih  lamanya, Inaq, seorang wanita yang sangat cantik  dan menjadi rebutan.  Inaq berjumpa Marsat dan duduk berdua-duaan  kerana kedua-duanya sudah  lama tidak bertemu. Marsat menolak dengan  alasan dia kini berugama Islam  sedangkan Inaq masih kafir dan ia  membataskan hubungan.
Marsat menyuruh  Inaq bersabar dan akan  bertanya perihal itu kepada Rasulullah jika  diizinkan oleh baginda untuk  berbuat demikian. Mendengar kata kata  Marsat ini, Inaq terlalu marah  sedangkan selama ini dia menjadi rebutan  ramai lelaki. Akibat terlampau  sakit hati, Inaq telah mengupah kaki  pukul Quraisy menyekat Marsat dan  membelasahnya dengan teruk. Tetapi  kerana cintanya yang mendalam kepada  Inaq, beliau bertanya kepada  Rasulullah samada beliau boleh berkahwin  dengan Inaq.
Maka turunlah Surah Al Baqarah:
“Janganlah kamu berkahwin dengan orang musyrik, kerana sesungguhnya berkahwin dengan hamba mukmin itu lebih baik daripada seorang musyrik walaupun cantik.”
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan